Friday, 14 May 2010

:-> Makaroni Goreng Shitake



Makaroni Goreng Shitake

Bahan-bahan:
  • 150 gram makaroni
  • 4 kuntum fresh shitake - di hiris nipis
  • 20 ekor udang
  • 1 keping daging burger - didadu kecil / daging cincang
  • 1/4 labu bawang besar - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil olive oil
  • garam dan perasa
Cara-cara:
  1. Didihkan air, masukkan makaroni dan olive oil.
  2. Masak sehingga makaroni lembut. Angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar sehingga wangi/ layu.
  4. Masukkan daging cincang/ daging burger. Kacau rata.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kacau sebati.
  6. Masukkan udang dan shitake. Kacau sekejap.
  7. Kemudian masukkan makaroni.
  8. Perasakan garam dan kacau rata.
  9. Bila sudah sebati angkat dan hidangkan dengan hirisan daun sup dan sedikit oregano jika suka. Selamat mencuba!
TIPS :
Mengelakkan Makaroni Melekat
  1. Masukkan olive oil ke dalam periuk semasa merebus makaroni. Jika tiada boleh juga gantikan dengan minyak masak.
  2. Bila dah angkat JANGAN siram dengan air. Toskan sahaja.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

7 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

salam e-na, wah, ada makaroni shitake la, mas suka sangat cendahwan tu, sedap kan, mas minta izin copy resepi ayam goreng kfc tau,dah buat dah, he..he..sedap la e-na..

zul said...

mak aihhh, berselero... selalu makan makaroni bakar jek..

ain said...

akak suka makaroni goreng. lg suka bila ada cendawan butang!!

Azmiezas said...

nampak sangat sedap..cuma nak tanya daun shitake?..tu daun apa?/..(maaf ye,..jakun sikit..)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wuuishh saya suka ni.. tapi saya ngan anak2 jer.. hubby kata yg pelik2 dia tak reti.. hehehe...
apa shusah... msuk mulot jer kan...


kat sini shitake tu dlm tin jek..

kak Erna said...

E-na..akak belum pernah masak makaroni..selalu jumpa resepi..tapi tak berani nak cuba..takut tak jadi..tengok resepi E-na..macam sedap dan buat pun mudah..

.: SharLeenZ :. said...

tq singgah kat my blog.. wow byk resepi.. i like it!!!
slamat berkenalan... yeah sama nama anak kite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...