Wednesday, 12 May 2010

:-> Singgang Daging


Singgang Daging

Bahan-bahan:
  • 250 gram daging - dihiris nipis
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis dan dipotong 3
  • 1/2 inci halia - di hiris nipis dan di potong 3
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 1 sudu besar biji ketumbar - di cuci dan di tumbuk sekadar pecah2 sahaja
  • 1- 2 asam gelugor / asam keping
  • 3 - 5 biji cili padi di ketuk - ikut kepedasan masing-masing
  • 5 cawan air
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Daging di cuci dan toskan.
  2. Masukkan daging, ketumbar, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, asam gelugor, dan air ke dalam periuk.
  3. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, perasa, cili padi dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
  5. Bila air nampak sudah surut dan daging sudah empuk bolehlah di tutup api. Sedia dihidangkan.
Tips
  1. Biar mendidih lama sedikit sehingga air nampak surut sedikit baru sedap.
  2. Bila dah bermalam lagi sedap sebab makin sebati rasa rempah dan daging.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

11 comments:

Azmiezas said...

Sedapnya..
menu sihat..
bagus utk kesihatan..

sshida said...

salam perkenalan...saya baru lg dlm blog2 ni...jenguk2 la blog saya ek...
pandai masak sume sedap2 belaka
http://shidas.blogspot.com

sshida said...

salam perkenalan...saya baru lg dlm blog2 ni...jenguk2 la blog saya ek...
pandai masak sume sedap2 belaka
http://shidas.blogspot.com

☆ lieya latif ☆ said...

aduh ena sedapnye...ni kalo dpt mkn ngan nasi panas, budu n ulam ...puh! mmg tak pandang kiri kanan...tau2 2 pinggan licin hik hik hik....

maiyah said...

sedap.. sedap.. rasa lapar nih

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ni Lauk Orang Pahang kann ?


Simple n for sure nice kan..

indahhouse said...

salam kak e-na,
wah...ini letak rempah2 seme mesti umph! biasa saya buat, letak bawang ngan halia jer.. :)

zarin said...

aduss baru semalam teringin sgt nak mkn singgang daging tp tk terbuat sebab tkde daging..tup tup e-na dah buat dah..sedapnya :D

AdryDaud said...

Salam E-Na, ini la resepi simple tp best dr Kelate. Sy suka menu singgang ni.Ikn aya/tongkol atau dgg mmg best kalo buat singgang. E-Na mmg best sbb byk resepi dr Kelate yg diperkenalkn dlm blog ni.

ain said...

singgang daging??lum pernah cuba! mesti kena try nanti!

ima said...

salam e-na...emm dah lama kak ima tak masak singgang daging ni...sebenarnya kat umah ni ramai yang sukakannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...