Monday 8 August 2011

:-> Kuih Cara Manis dan Cara Berlauk



Cara berkembar...Sebab mesti kena buat dua jenis. Cara Berlauk untuk E-na, hubby, Shasya dan Hafiy. Cara manis pula kegemaran Damia dan E-na juga. Untunglah mamanya dua-dua cara  makan...;p


RESEPI CARA MANIS
*menghasilkan 25 biji (bergantung pd saiz acuan)

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung gandum
  • 100ml santan tin (pekat)
  • 300ml air
  • 1 biji telur (+-65g)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • beberapa titik perisa pandan
  • beberapa titik pewarna hijau
  • Gula sebagai inti
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam bekas.
  2. Kacau sebati. 
  3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
  4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
  5. Sapu minyak pada acuan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan.
  7. Masukkan 1/2 sudu kecil gula ke atas adunan di setiap lubang.
  8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
  9. Set timer selama 9 minit.
  10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
  11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua aduan.
  12. Cantumkan cara secara berpasang untuk menghidang.
  13. Sejukkan dan bolehlah di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Hati-hati jika makan cara manis yang panas / suam kerana air gula di dalamnya masih panas!



RESEPI KUIH CARA BERLAUK

INTI DAGING
Bahan-bahan:

  • 1 cawan daging cincang / kisar (ayam pun boleh)
  • 1 labu bawang besar holland (180g) - di dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - di dadu kecil
  • 1 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 200ml air
  • anggaran 1/2 sudu kecil garam dan serbuk perasa jika suka
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara :

  1. Panaskan 1 1/2 sudu besar minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi/ layu.
  3. Masukkan rempah kurma, sedikit air dan kacau.
  4. Kemudian masukkan daging, kacau rata.
  5. Masukkan semua air, garam dan perasa.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sehingga inti agak kering.
  7. Boleh di guna terus atau di simpan dalam peti untuk kegunaan hari berikutnya.
NOTE : Inti ini cukup untuk 2 bancuhan  cara di bawah.




ADUNAN CARA BERLAUK
*menghasilkan 30 biji (bergantung pd saiz acuan)

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung gandum
  • 100ml santan tin (pekat)
  • 300ml air
  • 1 biji telur (+-65g)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning telur
Bahan-bahan Tabur:
  • Inti daging / ayam 
  • 1 biji cili merah besar - dihiris nipis
  • 25 gram daun sup- dihiris halus
* Pengganti daun sup di Jepun

Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, dan pewarna kuning telur ke dalam bekas.
  2. Kacau sebati. 
  3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
  4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
  5. Sapu minyak pada acuan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan. Jangan penuh, sekadar 3/4 memenuhi acuan.
  7. Masukkan inti daging, hirisan cili besar dan sedikit daun sup ke atas adunan di setiap lubang.
  8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
  9. Set timer selama 9 minit.
  10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
  11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua adunan.
  12. Sejukkan dan bolehlah di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



TIPS LOVELY KITCHEN

  • SUPAYA KUIH CARA TIDAK MELEKAT DI ACUAN - Pastikan acuan di panaskan dahulu dan di sapu minyak baru isi adunan kuih.
  • Set kan timer semasa  memasak untuk mendapatkan hasil yang sama cantik warna masaknya.
  • Boleh guna ACUAN TAKOYAKI untuk membuat kuih cara.

15 comments:

Asmara said...

uish rajinnya akak buat dua2. kalau kite mau jam 2 dah start masak. hehe..

Wanieyra said...

Salam...

Buat sampai 2 jenis...sedapnya

Amie said...

uuiiii...rajinnya dia buat 2 jenis, kita suka 2 2nya tu, tapi paling suka yang berlauk....nyummm...nyummmm

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hikhik ayu suka yg cara manis....tapi acuan x der...rupanyer boley guna takoyaki punya acuan ek...

ijayuji said...

Salam kak ena!! kalau ayu yg manis kita nak yg laukkk!!! sedapnyer! lama tak buat, pestaim buat guna acu takoyaki trus tirguda dgn kuih cara TAPI malas pulak nak buat inti dia tuu hihihi...

adarnadzmie said...

meriahnya kuih cara disini... sedappp..nyummmy...

Mas said...

mas suka dua2...
sedappnya tengokk..

Ida,Japan said...

dia siap angkut acuan dari m'sia lagi tu...ida guna acuan takoyaki jer la, selalu buat yg manis sbb budak2 sume suka yg manis..so lebih ikut selera anak2

Juwita Jamaludin said...

sedap2 suka dua2 gak.. tambah warna kedua2nya menarik.. kak ena kalau kat sini daun ketumbar macam mana yek rupanya.. jenuh cari.. yang tu bukan daun sup ke.. hihihihi ita ingat daun sup

Nuwairani said...

kite ingat nk buat jugak cara berlauk. tp kawan2 jarang suke yg tu...buat cara gula jela....acuan kite sama la...! huhuh

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ena..
Thanks fr drop by my blog..
Cantik blog Ena.. Suka tgk gmbr buah strawberry tu..
Naz suka cara berlauk.. Tp kalau buat mcm Ena gak. Kena buat yg cara gula skali sbb ada peminat Kt umah ni.. Ena tinggal di Jepun ye skrg?

AVE said...

entri untuk anda http://www.akalemosi.com/2011/08/macam-mana-nak-buat-horizontal-drop.html

:)

lavender ungu said...

thnks ya singgah my blog.. wahhh.. sedapnye kuih-kuih kat sini..rajin yek..

nur easy said...

alahai comel2nya kuih..suka tgk

Sofea said...

salam kenal Ena, selamat berpuasa..akak follow ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...