Saturday, 24 July 2010

:-> Telur Dadar Bersayur


Telur Dadar Bersayur versi ala-ala Japanese Rolled Omelet (Tamago Yaki). Sangat mudah untuk disediakan dan tentunya dapat menarik anak-anak untuk makan sayur. Bendi dan Tomato Ceri yang interpreme tu dipetik segar dari mini edible garden E-na. Sedap makan bendi mentah sebagai ulam. Tomato ceri tu pula manis rasanya....

Telur yang di masak begini juga biasanya di buat sushi. Telur untuk sushi u manis2 sikit rasanya. Kepal-kepal nasi jepun, letak telur kat atas dan balut dengan sedikit nori...dah siap sushi yang sedap...Yang E-na buat ni versi tekak melayu yang nak telur dadar masin2 gitu...saja buat dadar yang bergulung...nak buat dadar biasa pun boleh, makan panas2 memang sedap!


Resepi Telur Dadar Bersayur

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur - di cuci
  • carrot - di dadu halus
  • kobis - di dadu halus
  • piman merah dan hijau / capsicum/ cili besar - didadu halus
  • garam dan perasa(jika suka)

Cara Menyediakannya :
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan garam, perasa dan kacau rata.
  2. Masukkan semua sayur dan kacau.
  3. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  4. Tuangkan satu pertiga dari telur tadi.
  5. Bila atanya agak beku gulung telur dan letakkan di tepi pan (masih dalam pan).
  6. Letak sedikit minyak dan masukkan pula separuh dari baki telur tadi.
  7. Biarkan telur melekat/ke bawah telur yang telah siap tadi.
  8. Bila agak beku gulung telur yang mula-mula masak tadi bersama telur yang baru.
  9. Ketepikan di dalam pan yang sama juga.
  10. Seterusnya tuangkan semua baki telur dan buat seperti langkah 7 dan 8.
  11. Angkat dan potong mengikut kreativiti masing-masing.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai di makan dengan nasi putih, pulut kuning, atau sushi.

18 comments:

fara dean said...

Salam..
fresh betul tomato cherry tu ye..ena lama lagi ke dok jepun..area mana?

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah e-na, sedap nampak telur dadar tu, mas lagi terpikat tengok tomato ngan bendi tu, segarnya...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

nak try la...harap2 jadi la...

kak Erna said...

e-na memang menarik la..nampak sedap dan cara ena buat dan gulong macam tu memang nampak cantik dan kemas je..

~~zAnAfAhMi~~ said...

org2 jepun mknn dia simple je kan? tak mcm kita, nak dua tiga jenis lauk. akak pun suka telur dadar ni, tp kalau tak silap akak rasa dia ada manis skit kan? agaknya la..dah lupa.

syAzAnA said...

perghh. sedap yerr. harus cuba niee. HARUS! =)

kakpah said...

e-na, thanks for the recipe. tengahari ni nak buat...

Kamsiah said...

masuk blog ena ja...perut jadi lapar...

diana said...

terliur je tgk..
dapat mkn mlm2 ni
syok jep.

fuzidss said...

sangat menyelerakan ni. pasti akan cuba ni. Thanks Ena

Mak Su said...

errrmmm, tekak saya pun suka tu :)

Jiya said...

lawo la pulok dadar sayur tu. kalo akak hulur kat jiya. kompem x tolak. ahehehehe

emilia said...

krefifnyer..bgs masakn yg simple n sihat cmni yer..budak2 pun msti suka

MAS ( DUNIAKU ) said...

e-na, mas copy resepi mini sosej ye...tima kasih tau...memang sedap dan gebu roti tu..

indahhouse said...

salam kak e-na,
apa khabar kak? moga segala urusan dipermudahkan Allah :)

Shahrul Shaharuddin said...

Salam there!
came from nuffnang, nice blog u have! =D make me hungry u know.. =D

yours
SH

sweetheart said...

wah, teringin nak try. tapi kalau goreng telur mesti dia jadi kembang. kak e-na buat cantik je...

ijayuji said...

Salam kak e na! salam windu dr siam hihihi.. selamat menyambut ramadhan bersama keluarga d sana dr d sini d siam :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...