Thursday, 1 July 2010

:-> Kuih Serimuka



Menjadi juga kuih serimuka ku yang pertama! Sedikit lembik tetapi rasa sedap. Resepi asal boleh tengok di blog Kak Raihan tapi E-na ambil dari Kak Inahar. Resepi di bawah ini telah di edit dengan kesesuaian beras pulut jepun untuk rujukan E-na lain kali. Kalau di Malaysia bolehlah gunakan air daun pandan supaya lebih wangi dan harum bau kuih ini nanti.


RESEPI KUIH SERIMUKA
Loyang 4 segi 7 inci ( 18 cm )

Bahan-bahan untuk lapisan bawah
  • 1 cawan beras pulut - dicuci dan direndam selama 1 jam
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1/2 sudu kecil garam (jangan habiskan)
Cara Memasak Lapisan Bawah :
  1. Didihkan air di dalam pengukus.
  2. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang.
  3. Masukkan santan yang telah di campur dengan garam secukup rasa.
  4. Gaul santan bersama beras pulut.
  5. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit dengan menggunakan api yang agak kuat. (E-na kacau sekali)
  6. Bila sudah masak tekan pulut dengan menggunakan sudu atau senduk supaya padat dan rata.
Sementara pulut di kukus sediakan pula lapisan atasnya.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
  • 2 biji telur saiz M (berat antara 50-55 gram sebiji)
  • 1/2 cawan gula putih
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/4 cawan santan
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit esen pandan
Cara memasak lapisan atas :
  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga hancur dan sebati.
  2. Tapiskan ke atas pulut yang telah di mampatkan tadi.
  3. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

TIPS

UNTUK MENDAPATKAN PERMUKAAN KUIH SERIMUKA YANG LICIN CANTIK

  1. Balut penutup periuk kukus dengan steaming cloth / tuala / kain untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kuih.

NAK TAHU RAHSIA SERIMUKA BERSERI CANTIK APABILA DIPOTONG BOLEH TENGOK DISINI.

4 comments:

kak Erna said...

E-na ada beza ke..beras pulut jepun dengan pulut susu kita kat sini..

tmukmkd said...

serimuka. kadang2 ada yang sedap kadang2 ada yang tawar kadang ada yang terlalu manis haha

ain said...

akak suka serimuka ni. kdg2 buat jd cantik sgt..kdg2 tak menjadi sgt pulak. x pe la kan, asal rasanya sedap.

Lovely Kitchen said...

kak Erna : berbeza dari segi saiz kak, pulut jepun ni montok2 sikit dari pulut mesia...dari segi rasanya sama je.

tmukmkd : betul! betul! betul! itulah cabaran tukang masak utk menyediakan masakan yg secukup rasa...bukan senang kan...;-p

ain : ikut mood tukang masak kot kak...he he yang penting rasanya sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...