Thursday, 15 July 2010

:-> Tuna Eggplant Pizza



Doh pizza yang lembut. Mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah. Kegemaran seisi keluarga. E-na suka menggunakan resepi doh ini yang sentiasa lembut walaupun sejuk. Resepi yang sama E-na guna untuk buat Roti sosej Mini Gebu.


RESEPI TUNA EGGPLANT PIZZA

Bahan-bahan untuk Doh
(2 keping pizza saiz diatas)
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan untuk Topping
  • Sos Pizza
  • 1 tin kecil tuna (80g) - dibuang minyaknya / air
  • Terung - dihiris nipis
  • Mozarella cheese

Cara-cara:
  1. Untuk penyediaan doh pizza, masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli selama 15 minit sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan.
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / plastik wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan angin di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Di atas tray pembakar yang di alas cooking sheet, ambil satu bahagian dan tekan doh menjadi bulat leper seperti gambar di atas. Ulang langkah ini pada satu bahagian lagi.
  7. Biarkan doh naik sekali lagi selama lebih kurang 30 minit atau 2 kali ganda.
  8. Sapukan sos pizza di atas permukaan doh.
  9. Tabur Mozarela cheese, susun terung dan tuna.
  10. Kemudian tabur mozarella cheese sekali lagi di atasnya.
  11. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit atau sehingga masak.
  12. Keluarkan dari oven dan potong untuk di makan. Sedap di makan bersama sos kesukaan anda atau makan begitu sahaja. Selamat Mencuba!

NOTE : Boleh buat sos pizza sendiri guna resepi sos bolognese.

19 comments:

Ida Ddapur said...

Datang bertandang bawak lauk kerutuk daging...he..he,wah!sini lg best ada pizza,mintak sepotong bole.

jalilah_jy said...

salam ena
cantiknye make up pizza ena nie..terliuq akak tgok..kak suka makan terung ni..selalu buat ulaman bakar cecah air asam.. nie buat pizza lak..ok la tu.. minta seloyang kalu tak de buatkan yg terkini heheee

Kamalia said...

uish...sedapnye,ade pizza..cantiknye piza akak ni,nmpk gebus je..ade lg x kak..nak jugak,tp sy xnak terung die ye..:p

Jun said...

salam ena...sedapnyer ade pizza..tp letak terung tu konpem my kids x mkn..hehe..bg sepotong j la..akak mkn..ngeh3

MAS ( DUNIAKU ) said...

e-na. sedapnya pizza tu, cantik la..mas tak pas2 lagi bakar pizza...rasa sepotong boleh..

maz said...

kita klu buat pza letak syur mcm2 jwbnya kna jdi tukang sapu la..hehe..anak2 xmau..letak cpsikum nga black olive pun sruh buang jgk..huhuhu..

Azmiezas said...

Dear..akak nak sangat try wat pizza tapi x de konfiden..esok2 bila akak duduk kat umah, akak nak berguru ngan awak lah..boleh??>.

JaSSNaNi said...

salam e-na.... :D

wow.. pepagi nampak pizza...
sedap kan... hmmm tak pernah lagi try wat yg ada eggplant ni..

nak try wat lagi this weekend..
baru last sunday wat sampai 6 keping pizza.. (menjamu tetamu) hehehe... :)

anie,Nagoya said...

bonjyou....dh lama tk buat pizza....letk nenas pun sedap.ala...hawaian...ummmm...yummy

Parkcheek Chun Li said...

masyaAllah...sedapnye

Ayah said...

lapar nya kita jadinya

HomeKreation said...

Salam Ena. Wow, Along suka eggplant.... nak cuba gak one day! TQ sharing!

akuzle said...

beshnyer pizza... ader terung lagikkk

Mata Hati said...

meleleh air liur bila tgk pizza...sedap nyaa...

AishaDIYanything said...

wah... sedapnya nampak pizza nie... tapi td buka blog dah terliur nampak strawbery kat tepi tue... sedap2 tul.... lapar je datang sini....

xazryx said...

fuhh .resipi best ni .

lydzar said...

baru tau eggplant tu adalah terung hahaha..dulu masa aktif main farmville, dok la pk apakah itu eggplant..sedap tak pizza ngn terung ni?

CapixAdnan said...

sedap tul pizza nih... :)

farah said...

akak..kalau nak buat pizza ayam,same jugak ke care die??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...