Sunday, 4 July 2010

:-> Agar-agar Roti


Musim panas ni sedap makan dessert sejuk. Minggu ni tak putus agar-agar dalam fridge. Kali ini try resepi Mas Duniaku, menggunakan roti. Sebelum tu nampak kat umah Mamafami, bila mama mention resepi dari rumah Mas, terus terjah dapur Mas pula.

E-na terlepas pandang step yang ke 8 so dah jadi rainbow pulak agar-agar E-na. Sepatutnya tuang habis satu2 bahagian tapi E-na buat selang seli...minta ampun tuan resepi ye...he he

Resepi asal boleh tengok kat blog Mas dan blog Mamafami pun ada. Di bawah ni sukatan yang e-na buat untuk rujukan lain kali. Thanks Mas for the nice recipe. Thanks to MamaFami juga...wink! wink!


RESEPI AGAR-AGAR ROTI

(Loyang 4 segi 20cm)

Bahan :
  • 20 gram solid agar - agar ( 1 bungkus)
  • 1000 ml air
  • 200 gram gula
  • 200 ml fresh milk
  • 150 gram roti sandwish
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Di dalam mangkuk masukkan telur dan fresh milk, kacau rata.
  2. Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
  3. Apabila roti kembang, blender hingga halus.
  4. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan.
  5. Masak agar, agar dengan airsehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  6. Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  7. Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
  8. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras. ( E-na terlepas pandang, tu yang jadi rainbow pulak)
  9. Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

10 comments:

Kamsiah said...

ena...sedapnya...resepi mudah mcm ni,makan pun tak jemu,kan...

MAS ( DUNIAKU ) said...

cantik la puding roti e-na, berseri2 warnanya, sukanya mas tengok,kira ok la tu e-na,janji cantik dan sedap...betul tak..

Lovely Kitchen said...

Kamsiah : E-na dgn kids mmg suka semua jenis agar2 n puding kak...tambah2 musim panas skrg ni sedap je mkn agar2 sejuk....

Mas : ya ampun bkn berniat nak buat cenggitu...he he

Amirrah Zawani said...

cantiknya...
msti sedap kn..
Kelaparan pula ni ...

Lovely Kitchen said...

Amirrah :
tq amirrah...nampaknya kena masuk dapur cari makanan tu..he he

indahhouse said...

salam kak e-na,
sejukkan agar2 dalam peti ais.. fuh, segar tekak. :)

Ida Ddapur said...

slm e-na...cantikk..betul tu,musim panas2 ni,sedap utk sejukkan tekak...

Pn Kartini said...

Salam:)
tq utk resepi yaa..
kat sekolah suka buat potlucknya..kiranya leh cuma nihh lepas niii:):)

NORAIN said...

salam kak ena.
huhuhu setiap kali ain tgk resepi ni, tension je...2 3 kali dha buat tp asyik tak jadi...entah apa yang tak kena...

Lovely Kitchen said...

indahhouse:
wsalam nur...ye lah sejukkan tekak tapi badan panas gak berkipas je skrg ni...

Ida Ddapur : tq Ida...panas kan skrg ni...

Pn. Kartini : Wsalam...u r welcome sis...try la kak kalau xde roti boleh wat resepi rainbow marble pudding tu pulak..

Norain : Wslam ain...resepi ni ke yang rainbow marble tu ain? agar2 roti ni 1st time k.e-na buat guna resepi yang ni...
apsal lak ek x jadi apa problemnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...