Thursday, 4 August 2011

:-> Perkembangan Sebulan Edible Garden



30 Julai 2011 genap sebulan usia pokok-pokok yang E-na semai dalam entry PADA USIA 1 MINGGU. Cuaca sekarang sangat cantik untuk pokok-pokok ini terus membesar dengan sihat.

Di bawah ini gambar pokok Kacang Buncis jenis Green Bean. Cepat betul pokok ni naik junjung berbanding dengan Kacang Buncis jenis Common bean (pokok rendah di batang putih).


Yang ini pula Pokok Kacang botol aka Kacang Kelisa. Usia yang sama dengan pokok kacang buncis tapi pokoknya baru separuh ketinggian pokok Kacang Buncis.


Sayur Pak Choy atau sawi pendek, ada juga yang panggil sawi jepun...Bak Choy pun ye juga ke?

Pokok Cili Merah ada 2 pasu dan 1 pasu kecil. Kalau tengok anak-anak pokok cili ni memang luas kebun e-na kan...hiks...semai je tu, untuk back up bila pindahkan nanti kalau ada yang mati boleh di ganti terus dengan yang pokok lain kan...


Yang dok dalam pasu bertiga ni besar pulak pokoknya.


Pokok-pokok bendi yang telah dipindahkan dari tapak semaian.
Inilah ruang kecil comeiii untuk menanam kat bahagian laundry rumah.

Tu diaaaa ada lagi anak-anak pokok piman atau lada benggala jepun...banyak niiii nak tanam kat mana pun tak tau la...


Kat bawah ni sepasu penuh lagi!! Semuanya dah boleh di alihkan. E-na saje tunggu batang dia keras sikit sebelum dipindahkan. Banyak siput halus dalam tanah kat tempat laundry, kalau tanam masa pokok kecil batang masih lembut nanti habis di makan siput.


9 comments:

atie @ ejay said...

alaaahai..jeles la ginih:)

Ctnaemah said...

ena..geram akak tgk edible garden ena ni..hehehe

Adry@Daun said...

As salam E-na,
Mmg tgn E-na ni jnis sejuk. Tnm apa smuanya menjadi.. Nsib la ada ruang sekangkang kambing tu je.. Kalau ada tanah yg lbh luas, blh jadi peladang jaya ni. Tapi tanam dlm kuantiti sikit lebih baik sbb blh tnm pelbagai jnis sayuran/ulaman.

Acik Erna said...

Assalam E-na betul kata adry..jenis tangan sejok..apa aje yang e-na tanam..cantik aje hidupnya..kalau tengok dari gambar2 tu macam luas betul kebun e-na..
akak geram tengok bila semua pokok tu hidup subur menghijau.
nak tunggu gambar bila dah berbuah pulak.

ijan said...

wah kagumnye dengan akak... banyak betul akak tanam tu. lepas ni boleh petik dan masak je. :)

Mas said...

seronoknya tengok kebun2 e-na tu...
memang rajin makcik sorang ni.....he..he..

Open Kitchen Concept said...

Oh I cant read malay but love those plants!!

Mylady said...

wah..subur betul pokok2 tu...mylady pun plan dengan dear hubby..lepas puasa ni, tanah yang sekangkang kera tu, nak dijadikan tanah untuk tanam pokok2 sayur nih...nak masak pun senang...petik je ditaman..eehehe

suzane said...

ena...geramnya tengok lada benggala nie....itulah kalau cinta dengan pokok pasti hasilnya lumayan...suzane pun tgh berkira2 nak buat satu lagi garden herbs...masih dalam perancangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...