Tuesday, 27 October 2009

:-> Spaghetti Bolognese


Pagi ni breakfast ala2 Itali gitu...E-na masak spaghetti bolognese yang yang telah di olah mengikut citarasa isi rumah ni. Dah beberapa kali buat dan macam2 bahan dicampur utk mendapatkn rasa yg sedap dan ini rasanya yang menepati selera kami sekeluarga.



Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• 300 gram spaghetti
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu besar olive oil(klu x de bole ganti ngan minyak masak)

Untuk Sos:
• 2 sudu besar olive oil (klu xde guna minyak masak)
• 2 sudu besar butter
• ½ labu bawang besar kuning – dicincang halus
• 1 ulas bawang putih – dicincang halus
• 2 keping daging burger - daging fresh lg sedap kn..
• 50ml fresh milk
• ½ batang carrot – didadu kecil
• 1-2 batang celery – didadu kecil
• 1 tin sedang tomato puri
• 1 ½ tin air (guna tin tomato puri)
• 2biji tomato segar ranum – dipotong dadu
• 1 tin cendawan butang yg telah dihiris
• 1/2 sudu teh herba Oregano kering + basil atau Italian Mixed Herbs
• Sedikit garam dan gula secukup rasa
• 1 1/2 sudu teh garam
• ½ sudu teh gula
• Aji no moto(klu suke)
• Parutan keju parmesan – untuk menghidang

Cara membuatnya :-

Spagetti
1. Masukkan air dalam periuk bersama 1 sudu teh garam.
2. Masukkan satu sudu teh minyak zaitun ke dalam periuk spaghetti td(atau
minyak masak).
3. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala.
4. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese :
1. Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter
dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang
putih cincang. Jangan sampai garing!
2. Bila bawang layu, masukkan daging burger. Ketuk-ketuk daging biar semua
hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan/masak.
3. Masukkan carrot, goreng lagi hingga lembut.
4. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak
semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
5. Masukkan air. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji
hingga agak hancur.
6. Masukkan cendawan butang dan celery yang telah di hiris.
7. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa.
8. Mesti seimbang rasa masam, manis dan masin sos.
9. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil.
Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Lagi masa masa utk
mereneh sos ini akn lg sedap, pekat dan akan menyalut spaghetti dengan
cantik sekali.
10. Apabila menghidang,tabur parutan keju parmesan di atas spaghetti.

2 comments:

blogresipi said...

Cedappnye..lama dah tak ber bolognaise nie... tibe tibe nak makan spageti lak.hehe

E-na Zarina said...

mkn jer kt lovelykitchen dulu.kang balik masak lak kt blogresepi...bole???he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...