Tuesday 13 July 2010

:-> Roti Sosej Save Budget



Resepi ini tidak menggunakan Bread Maker dan juga tidak menggunakan tepung roti. Juga tanpa penggunaan telur, water roux, bread softener dan bread improver tetapi roti tetap lembut dan gebu walaupun sudah sejuk.

RESEPI ROTI SOSEJ MINI GEBU

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 140 ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast (Biasa E-na letak 2sk, ada masa dry yeast nak abis dpt 1 lebih sikit je, tapi jadi lembut gak)
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan sampingan:
  • 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
  • Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)

Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
  3. Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
  4. Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
  5. Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
  6. Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
  7. Ulang langkah 6 sehingga selesai.
  8. Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  9. Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
  10. Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

NOTE :
  • Doh ini juga boleh di gunakan untuk membuat pizza atau bun berinti.

TIPS :
  • Elak dari mencampurkan dry yeast sekali dengan garam kerana garam boleh mengurangkan keaktifan dry yeast.
  • Jika menggunakan BM , garam di masukkan dahulu dan dry yeast di atas sekali (buat lubang atas tepung).
  • Simpan roti yang telah disejukkan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan dari menjadi keras kerana terkena udara.

( My friend leen , sorry tak sempat nak publish resepi ni last night...;-)



18 comments:

KakAsma said...

waaa....boleh buat nie Ena..sebab tak guna tpg roti..suka..maceh share resipi..sayangggg Ena...

anie,Nagoya said...

tin..tong...sekom..kita bawa teh ni..nk bf..eh!?biar btul?dulu kita ada cuba gn bhn yg sama..tp dah sejuk leh tukar jd batu..nape ya??tangan yg menguli kot??..nk pnjm tangan e-na jap...

Ida,Japan said...

wah e-na....rajin pakai tgn,Bibik Menguli on leave ke? hi.hi
sama la mcm anie tu..pernah uat pakai tepung gandum & uli pakai tgn,bila sejuk keras jugakk..pas tu bila pakai t.gandum,sukatan air dah berbeza..sbb tak gemar uli lama2 kut,@ tgn ni tak ngam..sib baik ler ada pembantu kah.kah

E-na Zarina said...

KakAsma ;
Cubalah kak...biasa e-na buat guna 2 sudu kecil dry yeast baru2 ni x ckp dry yeast...ada dlm tak sampai 1 1/2 sudu kecil jadi gak....

anie, nagoya :
E-na memang dah jatuh hati dgn sukatan ni lembut walaupun dah sejuk...try la buat lagi sekali sukat betul2 tepat..insyaallah jadi..

Idaddapur :
Kalau nak cepat E-na guna resepi ni untuk buat piza ke roti ke sebab cepat, lembut dan tak banyak bahan guna....

Kamalia said...

salam kak..hohoho..ni kn cube gak resipi yg ni..slalu kot ade guna telur,sy xberapa suka sgt..xtahan bau telur tu..ngehehe..nampak cnik je roti tu..

Effah Mahat said...

salam e-na... wah.. tak rugi walking2 kt blog e-na.. macam2 ada.

sy suka gak ngan dunia tepung dan cakess ni.. huhu.. smoga dpt berkongsi ilmu...

salam perkenalan..

-effa-

Mas said...

cantik la roti e-na tu, kena try ni, lagi pun bahan2 semuanya dah ada kat rumah...thanks ye e-na..

Wanieyra said...

cutenya...geram betul!

Love2cook Malaysia said...

Geram gak like Wanieyra!!! hehehe...

Love beli je kat bakery...uwaaaa, mintak sikit kak! :D

maz said...

e-na..bab2 save ni yg suke dngar..sbb skrang ni smua menda mahal la...hehe..

Anonymous said...

salam ena...nampak gebu je roti buatan ena tu...cantik pun ye gak...kak ima dah serik buat roti ni..dua kali cuba dua2 masuk tong sampah...huhu,geram sungguh..tapi bila tengok teman2 blogger buat roti, keinginan nak belajar tu mula datang...

hana said...

dapnyer klu dpt mkn roti nih panas2... pssttt... bukan masalah kelapa kering tak sedap! sbb sblm2 nih klu gune kelapa kering mmg akan campur santan n air panas sket! masalahnye stok kelapa keringnyer yg xdeee.. huhuuu... dh berbulan2 nak order asyik luper jerk! carik kat supa mahal bebeno sepeket! ciput plak tuH! huhuu...

Suzi said...

salam kenal ena, wah! cantik gebu roti ena...blh try resepi ni...tq!!

khairanimaisurah said...

salam kenal ena. sedang blog hop jumpa pula LK ni. Mohon izin ye nak cuba resepi2 di sini. Sedap je menggoda kalbu hehehe

kaktus. said...

Mintak izin nak try ya resepi ni hehe

kaktus. said...

Mintak izin nak try ya resepi ni hehe

kaktus. said...

Mintak izin nak try ya resepi ni hehe

Unknown said...

Salam kak ena... kalau tak guna fresh milk boleh ke tk ye??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...