Thursday 8 July 2010

:-> Banana Pancake aka Lempeng Pisang



Banana Pancake nama glamor...Lempeng Pisang, Kakak Damia kata nama tak best tapi makan sedap! Sedap-sedap pun lambat je surut lempeng tu... Bila siram chocolate syrup hershey's dan tabur coloured chocolate rice baru laku... tapi sampai petang juga nak habis kan 3 keping lempeng...


Lempeng pisang yang lembut walaupun dah sejuk. Kalau ada daun pisang masa melempeng tu letak daun pisang atas pan dan adunan dia tas daun pisang lagi wangi lempeng ni kan...sebenarnya tak bagi lempeng melekat pada kuali. Maklumlah orang dulu-dulu mana mampu nak beli non-stick pan semua tu kan. Sekarang sapu minyak sikit pada non-stick pan dah boleh dapat lempeng yang licin jelita gitu....Mari kita tengok resipinya...

RESEPI BANANA PANCAKE aka LEMPENG PISANG

Bahan-bahan
  • 350 gram pisang masak - dilenyek (3 biji pisang besar)
  • 30 gram gula
  • 120 gram tepung gandum (1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Pisang dibunag kulit dan di lenyek sehingga hancur.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul rata.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan non-stick pan dan leserkan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan bancuhan ke dalam pan dan leperkan menjadi bulat.
  5. Biarkan sehingga nampak berlubang-lubang di atasnya dan terbalikkan.
  6. Angkat bila sudah masak.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis. Adunan ini menghasilkan 3 keping lempeng seperti saiz diatas.
  8. Boleh di makan begitu sahaja atau di siram dengan madu, cake syrup, chocolate syrup atau apa-apa jem kesukaan anda. Selamat Mencuba!
Note : Sedap juga di tambah dengan sedikit kelapa parut jika suka.


TIPS

UNTUK MENDAPATKAN PERMUKAAN PANCAKE YANG LICIN SEKATA WARNANYA DAN TIDAK BERTOMPOK-TOMPOK
  • Sapu minyak masak pada pan dengan menggunakan KAIN atau TISU dan pastikan TIADA MINYAK yang berkumpul di permukaan pan.


18 comments:

XYZ said...

sgt lapar jdnya

Chik Na said...

sedapnya nampak pancake ena nih.. boleh buat untuk anak-anak

Izan Ishak said...

salam kak e-na...
izan pun suka lempeng pisang. lagi2 kalau mak yg buat. lempeng ni mak saya mmg suka sbb bila buat xpayah letak minyak (guna non stick pan)...mak kata xde kolestrol... hehehe

Kie-yu said...

yeay!
jom try
balek cari pisang utk dilenyek ;)

Mas said...

sedap2...ceri tu mas ambik satu tau..

skano c.a. said...

kena mkn masa panas, tak pun 30sec (600w) dlm m/wave + kopi o panas ... fuuh

anie,Nagoya said...

haa..baru le kuar..tadi kuar pokok cili ijau tu...nak wat sarap esok,nak kuar malas.tggu darling balik baru g beli pisang....

Azmiezas said...

akak tak pandai buat pancake ni tapi suka makan..

hana said...

salam ena.. psssttt bukan takat ena jerk yg gemoks! kite lg ler dh dekat 3tahun duk japang! lagiii ler gemokss banding mmula sampai dulu! muahahahaha... petuanya yg kiter tau klu duk japan nih, diorg num teh ijau green tea tuH! kene kerap minum la.. jgn buh gula! sbb tuh org jepong slim2!! huH! jeles menjeless! hahahahaaa

Anonymous said...

anak2 fa10 suka sgt la banana pancake ni...
asal ada pisang lebu mesti buat pancake, sold out.
Puas hati tukang masak...

Wanieyra said...

sedapnya.....

ZF said...

sedap nye.. susah x buat pancake pisang ni kak?

ERSHAD said...

nak c kit. bt sendiri selalu tak jd

zulkbo said...

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tertidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali." - Sahih Bukhari
Selamat berhari Jumaat Al-Mubarak..

Idda Hashim said...

Salam ziarah dari RIyadh dalam summer..hehe

myoliza said...

nak try buatlaa,,,semalam ade beli pisang ;D

SeViL ( sevdalitatlar ) said...

Harika bir görüntü istah acıcı.

David said...

yeay! jom try balek cari pisang utk dilenyek ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...