E-na buat Roti Sosej 'cute' untuk memudahkan anak-anak makan.
Roti Sosej Mini (24 biji yang comei2)
Bahan-bahan Doh :
Roti Sosej Mini (24 biji yang comei2)
Bahan-bahan Doh :
- 250 gram tepung roti
- 150 ml fresh milk + 1 biji telur (asingkan 2 sudu kecil untuk di glis pada roti)
- 20 gram gula (2 1/2 sudu besar)
- 20 gram butter
- 20 gram susu tepung (2 sudu besar)
- 5 gram garam ( 1 sudu kecil)
- 3 gram dry yeast (1 sudu kecil)
Bahan- bahan sampingan :
- 12 batang sosej
- sedikit marjerin untuk di sapu/ glis pada roti
- 2 sudu kecil telur yang di asingkan tadi
Cara-cara :
- Didihkan air di dalam periuk dan rebus sosej.
- Angkat, toskan dan sosej dipotong 2.
- Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur dan di akhiri dengan dry yeast.
- Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
- Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
- Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada 24 bahagian. Bulat2 kan.
- Buatkan bentuk panjang dan lilit keliling sosej.
- Pastikan kedua-dua bahagian hujung doh ditindih di dalam lilitan untuk mengelakkannya dari terbuka semasa proses pengembangan nanti.
- Biarkan naik sekali ganda. (bergantung kepada suhu bilik, masa yang di ambil antara 15-30 minit)
- Setelah kembang glis telur pada permukaan doh.
- Bakar dengan suhu 180 darjah selama 12 ke 15 minit atau sehingga masak bergantung kpd jenis oven.
- Keluarkan dari oven sapukan dengan marjerin untuk cantik berkilat.
- Sejukkan dan simpan di dalam bekas bertutup. Selamat mencuba!
Cara Uli tangan
- Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
- Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
- Ketepikan dan tutup dengan kain lembab. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
- Seterusnya ikut cara nombor 6 di atas. Selamat menguli!
Tips :
- Elakkan dry yeast bercampur secara terus dengan garam supaya tidak membantutkan proses pengembangan doh nanti.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
10 comments:
wah2 bestnya kak ena pandai masak
fatin tinggi sgt pandai dlm masak2 ni tp hehe pemls :D
alahai ena, comelnye roti sosej nie....gebus berkilat2 ..... untung org pandai meroti ni.....puas mkn kan.....
tomei nye..cedap nye ;)
rajinnya dia meroti. akak meroti kat giant je lah!hihi
cantik la roti sosej e-na,gebu dan berkilat2,rasa macam nak ambik 1 masuk ke mulut,yummy...
tembunnya!
gerrammm jek.. hehe..
oooo montok montoknya roti tu...
http://butikcollections.blogspot.com
Pakaian yg sgt elegan,sgt sesuai untuk wanita pada masa kini,simple dan menarik,diskaun menanti anda sekiranya pembelian lebih dari 3 pasang...
Salam :)
Roti -roti cute tu memang nampak sedap!
Thank you for sharing the recipe.
Nice blog you have!
Harap sudi menerima 'Nice Bloggers Award' dari saya :)
Sila kunjungi blog saya?
Salam Kenalan :)
wah..pansai nye wat roti..aku pndai wat jemput2 je..hhaa
Post a Comment