Thursday 6 May 2010

:-> Buah Melaka Pancawarna aka Onde-Onde


BUAH MELAKA PANCAWARNA
Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 - 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
  • sedikit garam
Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1/2 sb -1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka de tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

TIPS
  1. Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya. Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
  2. Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato cair.
  3. Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
  4. Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini warna doh kurang sekata.
  5. Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...

Hasil dari rakan-rakan yang telah mencuba klik link di bawah:


Best Regards,


^_^LovelyKitchen^_^


11 comments:

Unknown said...

kalau kat kelantan kitaprang panggil kuih ni buah mulong..

ijayuji said...

Salam kak e na!! haih! ni lagi satu menu kegemaran niiii.. lama tak makan ni mau buat jugak nanti niii :D KALAU rajin kalau malas tak mknlah jwbnyer huhu..

zul said...

wah 1st time join blog resepi, makan2 ni.. nice...

tak pernah plak makan buah melaka warna worni ni... but look delicious...

fuzidss said...

ala2 1 Malaysia gitu

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe mmg suke kueh ni..sebb bile makan gula dia akan kuar n cair dalam mulut....sedapnyeeee....awe mmg prg melaka..kalu buat sendiri suka buat comel2 tp gula letak bnyk...heheh

☆ lieya latif ☆ said...

alamak sis..cantiknye...dah tak mcm buah melaka plak....cantik rupenye hehehe

salah satu kuih peberet time bulan2 puase...

izahdaut said...

assalamualaikum..wah comel nye..geram tul tengok.dah lama tak makan kuih ni, susah bile hubby tak suke kui salut nyior cam ni

fzi said...

Salam E-na...
Waaa... cantiknya onde-onde, siap kaler2 lagik! Rasa nak ambik je dua tiga bijik, E-na...hehe

NORAIN said...

colourful...comel...cantik...cute...heheehe....dapat 4c untuk buah melaka akak...

Love2cook Malaysia said...

Kak E-na, this is my son's most fav kuih! He's asking for it after seeing them on ur blog now...aduiiii! :D

Pass me some pls...hehe!

Zaitun said...

Kak Zai selalu buat hijau aje, lain kali nak buat colourful lak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...