Ayam Madu BBQ
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam - di belah dua dan dikelar di bahagian isi / 12 ketul kepak @ peha ayam.
- 4 sudu besar madu
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 inci halia
- 1/2 labu bawang besar / 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar serbuk cili giling / boh (ikut selera masing2)
- 1 1/4 sidi teh garam
- Kisar kering ketumbar, jintan manis dan putih.
- Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
- Sesuaikan rasa manis, pedas dan masinnya. Gaulkan dengan ayam.
- Perap di dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam supaya bahan-bahan meresap masuk ke dalam ayam.
- Titikkan minyak di atas ayam.
- Bakar di dalam oven dengan suhu 220 degree selama 30 minit.
- Kemudian balikkan ayam dan bakar selama 10-15 minit lagi.
- Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak atau di ratah begitu sahaja. Selamat Mencuba!
- Suhu oven dan masa membakar bergantung kpd jenis oven masing-masing.
- Titikkan sedikit minyak di atas ayam sebelum di bakar supaya tidak terlalu kering.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Source : Kak Zai
5 comments:
oh sedap nyerr :)
weekend ni nak try lah..........nampak sdap jer
tetiba lapo~
ahaks
tergaman tengok pic ayam tu..sdap je nampaknye..resepi xsusah nak carik..senang je...sume ade..kecuali ayam..kang kena beli la nih..hehe..pape pon tq sangat2 kak ena...ssaye suke...
sedap nye.....hehehe
Dsweetdiamond.blogspot.com
Post a Comment