Tuesday 28 June 2011

:-> Kek Ros Lapis Jem Strawberry



Hari sabtu dan ahad lepas ada 2 undangan makan tengahari dari 2 family kat sini. E-na buat Kek Pandan Lapis Seri Kaya dan Fried Tuna Pizza untuk di bawa pada hari Sabtu dan Kek Rose Lapis Jem Strawberry dan Kuih Kaswi Gandum untuk makan-makan pada hari ahad.

Untuk Cik anie, manyak rugi wooo tak datang...makanan banyak, sedap2! Antara menu pada 2 hari tu mee kari, nasi ayam, laksa penang, meehoon goreng, nasi goreng, black forest cake, cheese cake, kek pisang, pelbagai jenis agar-agar, popia goreng, kuih lapis, keropok ikan dan beberapa jenis menu lagi. Meleles tak? xpe u dah puas makan kat malaysia kan...kan...

Kek ini versi nak cepat, pagi sebelum majlis baru buat sambil kukus kaswi, gambar pun mana yang sempat je.

Kek Ros Lapis Jem Strawberry ini lembut dan senang di potong sesuai untuk majlis keramaian dan party.


RESEPI KEK ROSE LAPIS JEM STRAWBERRY

Bahan A:

  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sb ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa Ros / vanila
  • Sedikit Pewarna merah
Bahan B:
  • Jem Strawberry Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A kecuali butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 - 10 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 2 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna merah, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan garisan seperti dalam gambar 1.
  10. Ambil lidi sate atau hashi (chopstik) dan lorekkan seperti dalam gambar 2.
  11. Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit.
  12. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan seperti Gambar 3.
  13. Menggunakan pisau kek potong kepada 2 bahagian.
  14. Sapukan nipis jem strawberry secara lembut di permukaan kek lapisan bawah.
  15. Letakkan lapisan yang bercorak di atas sapuan jem tadi.
  16. Buang cooking sheet, potong kecil kek dan susun di atas dulang hidangan.
  17. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :

  • Boleh juga di hias dengan paipkan whipped cream di atas potongan kecil kek ini dan di letakkan hirisan strawberry.
  • Boleh dipelbagaikan dengan perisa-perisa lain seperti pandan, coklat, blueberry, oren, kiwi, nenas dan sebaginya.

Sunday 26 June 2011

:-> Puding Balqis




Semasa proses mencampurkan kedua-dua adunan supaya sebati, adunan puding dan adunan telur yang di pukul tu macam tak mahu berbaik. Yang telur diatas dan adunan puding di bawah. Setelah di kacau lama baru mereka bersatu. Cuak juga takut tak menjadi.


RESEPI PUDING BALQIS

Bahan-bahan:

  • 7 g agar-agar serbuk
  • 1200ml air
  • 200 ml fresh milk
  • 2 biji telur gred A
  • 150g gula
  • 100g butter
  • 1sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk, kacau kemudian masukkan gula dan didihkan di atas dapur.
  2. Kemudian masukkan butter dan fresh milk, kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan esen vanila, kacau tutup api.
  4. Biarkan seketika sehingga agar-agar suam-suam panas (20 minit).
  5. Telur di buang tali pusat dan dipukul sehingga betul-betul kembang.
  6. Masukkan adunan agar-agar ke dalam telur dengan perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
  7. Ambil 1 cawan adunan dan warnakan merah. Tuang ke dalam corak bunga ros. Biarkan sehingga adunan beku sedikit di bahagian atas.
  8. Ambil 1/2 cawan adunan dan warnakan dengan pewarna hijau. Tuang ke dalam corak daun. Biarkan adunan beku sedikit.
  9. Akhir sekali warnakan lebihan adunan dengan warna kuning dan tuang ke dalam acuan perlahan-lahan di bahagian tepi.
  10. Sejukkan di dalam peti ais. Terbalikkan acuan ke dalam pinggan. Hidangkan ketika puding masih sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Note :

  • Sukatan di atas lembut sesuai untuk di isi di dalam acuan cawan-cawan plastik kecil untuk hidangan. Terus makan tanpa di potong.
  • Kurangkan sukatan air sebanyak 100-200ml jika menggunakan loyang besar supaya puding tidak terlalu lembik dan mudah untuk di potong.
  • Sukatan gula diatas 'just nice', boleh tambah sedikit lagi jika suka lebih manis.

E-na guna agar-agar serbuk di atas untuk buat puding balqis ini. Brand agar-agar yang berbeza selalunya menggunakan sukatan cecair yang berbeza. Gambar hanya sebagai ingatan sendiri dan rujukan pengunjung LK.


Resepi di bawah adalah versi asal Puding Balqis oleh Kak Nor. Letak juga di sini untuk rujukan. Thanks sis!

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Saturday 25 June 2011

:-> Kek Span Pandan




Kek Span Pandan ni antara kek yang menjadi pilihan E-na kalau ada permintaan kek dari arwah ayah. Sebabnya mudah dan cepat disediakan. Resepi mak lah yang E-na guna masa sekolah menengah rendah dulu-dulu. Mana ada nak akses internet cari resepi. Memang kejenya dok godek2 buku-buku resepi mak aje.

Sekarang mari kita tengok resepi Kek Span Pandan dari Sweet4ever yang menggunakan ovallete sebagai salah satu bahannya.

RESEPI KEK SPAN PANDAN
Loyang 20cm

Bahan-bahan:
  • 150 g tepung kek
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 80 ml air
  • 80 ml butter cair
  • Sedikit Perisa Pandan
  • Sedikit Pewarna Hijau
Cara Menyediakannya :
  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
  4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul ringan.
  5. Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati.
  6. Sapukan loyang 20cm dengan marjerin dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 degree selama 45 minit atau sehingga kek masak.
  8. Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas redai sehingga kek sejuk.
  9. Keluarkan kek dari acuan, potong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
  • Gantikan air dgn air daun pandan untuk rasa dan bau yang lebih harum.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
  • Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.


Friday 24 June 2011

:-> Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang


Tu diaaa kerabu Pucuk paku jepun! Rupa nak sama, bau nak sama tapi rasa memang tak samaaa...Sedap Pucuk Paku yang kat Malaysia lagi! Pahit sikit rasa pucuk paku jepun ni...patutlah orang jepun kutip pucuk-pucuk sahaja untuk dimakan, daun muda yang dah kembang tak di ambil. Terjawablah sudah persoalan E-na dalam n3 sebelum ini.

Bahagian batang tu laaaagi pahit! Nasib baik E-na buat kerabu jadi rasanya oklah sikit sebab ada rasa masam2 dan pedas. Kalaulah di goreng kicap agaknya tak ter makan kami.... Habis juga 2 ikat pucuk paku yang e-na buat kerabu. Bahagian batang tu je buang sebab dah tak tahan sangat pahitnya. Pada E-na sedap lagi rasa pucuk mengkudu muda makan mentah buat ulam. Pahit-pahit tapi sedap.

Tapi tak apalah itu semua pengalaman. Kalau tak cuba tak tahu...Untuk as, ita, umie, dah terjawab rasa pucuk paku ni, kalau berani boleh try tapi kalau tak suka sayur-sayur pahit, lupakan saja...hihiii.

Kerabu di atas e-na buat guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja. Kerang kat sini saiznya besar-besar sangat, sampai takut nak beli buat makan... Insyaallah balik Malaysia nantilah makan pucuk paku kerang sedap!

Di bawah ini E-na masukkan resepi kerabu pucuk paku yang biasa di buat masa kat Malaysia dulu. Resepi dari bonda tercinta. Sedap tau! Rasanya dah tak de bahan yang terlupa taip. Sukatan tu E-na agak-agak je, biasalah masa masak main campak-campak, takde guna resepi bagai... Sesiapa yang nak mencuba pandai-pandailah ejas kesesuaian rasanya. Insyaallah jadi...

RESEPI PUCUK PAKU KERANG BONDA ZAINUN

Bahan A
  • 2 ikat pucuk paku
  • 300g kerang
  • 1 ekor ikan saiz sedang( kembong / selayang/ selar)
  • 2 keping asam gelugor/keping
  • Garam
  • Air untuk merebus ikan
Bahan B:
  • 4 ulas bawang merah
  • 4-6 biji cili api
  • 7-8 biji lada hitam @ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Bahan C :
  • 50ml pati santan
  • 30g kerisik
  • 1 biji lada besar merah dipotong nipis
  • Garam dan gula/perasa
  • Air asam jawa secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Ikan di rebus dengan garam dan asam gelugor. Tos dan sejukkan.
  2. Ikan di buang tulang dan di ambil isinya. Ketepikan.
  3. Kerang dicuci dan di rebus dengan sedikit garam.
  4. Ambil isi kerang. Ketepikan.
  5. Pucuk paku di ambil bahagian yang lembut sahaja (selagi boleh patahkan dgn tangan tu ok boleh diambil), cuci, celur sebentar.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Tumbuk semua bahan B, masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  8. Satukan kerisik kedalam bahan isi ikan dan gaul rata.
  9. Pucuk paku di perah sedikit untuk mengeluarkan air rebusan. Masukkan pucuk paku, kerang, cili besar, semua bahan tumbuk, air asam jawa,santan, garam, sedikit gula/perasa dan gaul rata.
  10. Perasakan cukup masam, masin, pedas. Sedia untuk di hidangkan. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
  • Jika ingin tahan lama kerabu pucuk paku ini tidak perlu letak santan.
  • Boleh gantikan air asam jawa dengan perahan limau nipis.

TIPS MENCUCI PUCUK PAKU
  • Rendam Pucuk paku yang telah dipotong dalam bekas yang airnya tidak tenggelam pucuk paku. Selepas 5 minit boleh nampak ulat-ulat daun di daun/batang pucuk paku yg tidak tenggelam dengan air. Buang ulat-ulat tersebut. Tips ini berkesan untuk pucuk paku yang masih fresh (ulat-ulat pun masih hidup ;p). Elakkan dari mengisi garam di dalam air kerana ulat-ulat akan mati dan terperangkap di dalam pucuk paku.

TIPS SUPAYA PUCUK PAKU KEKAL WARNA HIJAU BERSERI
  • Masukkan ais ke dalam bekas pucuk paku yang baru diangkat dari periuk rebusan. Gaul dan kemudian baru perah buang airnya.

Wednesday 22 June 2011

:-> Pucuk Paku Jepun


Teringin nak makan pucuk paku. Hubby nampak sayur ni di Tachiya terus beli 2 ikat. 100yen seikat. Ada rupa macam pucuk paku di Malaysia kan, tu yang bagi nama Pucuk Paku Jepun. Ada sesape tahu nama sebenar sayur kat atas?

Kalau pucuk paku di Malaysia, E-na suka buat kerabu, goreng kicap, atau celur buat ulam. Dapat pucuk paku jepun ni memang terus je rasa nak buat kerabu pucuk paku. Masa potong sayur ni terfikir juga kenapa hanya pucuk sahaja yang di ambil...apsal daun yang muda-muda baru nak kembang tak dikutip sekali ye.

Jadi ke kerabu pucuk paku jepun e-na? Sama ke rasa dengan pucuk paku di Malaysia? E-na pun suspen juga masa masak tu...tak sabar nak menikmati rasanya...Nanti E-na cerita dalam next n3 ok...

Tuesday 21 June 2011

:-> Jagung Rebus Lemak Manis


Jagung kat belakang rumah dah boleh di petik...*mood happy* Lepas ni boleh makan jagung bakar panas2....uish sedap tu!

Apa yang tertulis di atas hanyalah angan-angan penulis sahaja. Jagung tu cuma ada 3 ketui. Beli dengan harga 150 yen seketui. Cukup lah, anak-anak kureng dengan jagung. Rebus 2 ketui untuk E-na dan hubby.

Resepi Jagung Rebus Lemak Manis

Bahan-bahan :
  • 2 tongkol jagung
  • 1/2 sudu kecil garam (atau lebih sikit, bergantung pada kuantiti air)
  • Air secukupnya
  • Sedikit marjerin

Cara Merebus
  1. Buang kulit luar jagung dalam 2 lapis. Tinggalkan beberapa lapisan kulit dalam / muda.
  2. Potong hujung dan pangkal Jagung.
  3. Masukkan jagung, garam dan air separas dengan jagung.
  4. Rebus selama 25 minit atau sehingga jagung masak.
  5. Keluarkan dari periuk, buang semua kulit jagung dan rambutnya.
  6. Sapukan marjerin di sekeliling isi jagung. Boleh di potong kecil atau di makan begitu sahaja.Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Tips untuk jagung manis dan montok licin berkilat isinya.
  • Tidak perlu rebus terlalu lama. Cukup sekadar 'ngam-ngam' masaknya.
  • Rupa paras jagung akan berkedut jika terlebih rebus. Tiada lagi kemontokan jagung, hilang seri gitu.
  • Garam sekadar rasa lemak-lemak masin baru sedap menghisap air rebusan dari batang jagung.
  • Sapuan marjerin akan memberi kilatan pada jagung dan menambah rasa lemak-lemak manis.


Saturday 18 June 2011

:-> Chocolate Moist Cupcakes



Asalnya Chocolate Moist Cake kukus tapi E-na masukkan ke dalam cawan kertas dan di bakar dalam oven. Resepi dari Chef Zubaidah dan dikongsi oleh sis AlogRoz dalam myresepi.

Cara di bawah yang telah di edit oleh Lovely Kitchen.


RESEPI CHOCOLATE MOIST CUPCAKES

40 biji papercups (saiz disini)
6-9 biji papercups (seperti dalam gambar di atas)

Bahan-bahan :
  • 100g serbuk koko*
  • 250g gula halus/castor*
  • 300ml fresh milk*
  • 200ml minyak sayur*
  • 250g susu pekat manis*
  • 4 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Papercups secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur dan licin. Tidak perlu sampai menggelegak. Tutup api.
  2. Tepung gandum, baking soda dan soda bikaronat di ayak. Ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan bahan yang di masak tadi dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam jug.
  6. Susun papercups di atas tray oven.
  7. Tuang adunan ke dalam papercups lebih kurang 2/3 papercups.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga masak.
  9. Hias mengikut kreativiti masaing-masing. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna whipped cream, biskut koala dan chocolate kit kat untuk menghias cupcakes ini.





Friday 17 June 2011

:-> Nasi Lemak Hujan Panas



Biasanya selepas hujan panas akan keluar pelangi yang bewarna-warni. Sangat cantik! Nak-nak pula kalau ada pelangi kembar...sweet.

Mari kita warnakan nasi lemak yang biasa di buat tu jadi seindah pelangi selepas hujan panas. Pasti anak-anak menggemarinya.

Dalam gambar tu ada kerabu udang. Biasanya di LK kalau masak nasi lemak untuk 2 kali makan, breakfast dan lunch. Untuk lunch biasanya E-na akan tambah lagi satu menu lauk. Untuk kali ini buat kerabu udang. Anak-anak E-na memang suka sangat nasi lemak dan mamanya boleh lah jadi cikgu dirumah lama sikit, tak terkejar-kejar nak masak untuk lunch (ayat cover je tu, sebenarnya pemalas...;p)

Resepi dan post kat sini dulu atau boleh juga refer di myresepi. Layan gambar nasi lemak hujan panas dengan kamera hp kat sini. Nak berkenalan dengan cik halba dating kat sini ye.

Di bawah E-na taip kan resepi yang menggunakan sukatan metrik.

Resepi Nasi Lemak Hujan Panas

Bahan-bahan :
  • 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai)
  • 200ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 inci halia (di hiris 4)
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
  • 1 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning
Cara Memasaknya :
  1. Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa.
  3. Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
  4. Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
  5. Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
  6. Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
  7. Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
  • Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur.

Thursday 16 June 2011

:-> Agar-agar Santan Gula Kabung



Gula Kabung terkenal di daerah Lipis dan Jerantut di negeri Pahang. Biasanya gula kabung digunakan untuk membuat dodol, kuih koci, buah melaka, pengat, nasi manis dan inti kuih.

Gambar kredit to Dr Bubbles

Sebuku gula kabung seperti gambar di atas harganya RM6.50. Ada 2 keping gula kabung di dalamnya. Macam mana rupanya gula kabung? Lebih kurang je dengan gula melaka atau gula kerek atau nise. Kalau nak lagi jelas boleh tengok Perusahaan Gula Kabung di Benta.

Dah kenal gula kabung bolehlah cuba resepi di bawah ye...


Resepi Agar-agar Santan Gula Kabung

Bahan-bahan:
  • 10g agar-agar tali
  • 80g gula kabung
  • 80g gula
  • 1100 ml air
  • 200ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara Membuatnya :
  1. Satukan santan pekat dan telur. Kacau sebati. Ketepikan
  2. Masak air dengan agar-agar sehingga hancur.
  3. Masukkan gula kabung, gula, garam.
  4. Setelah semuanya hancur, tapiskan adunan.
  5. Kemudian masukkan daun pandan, kecilkan api dan masukkan bancuhan santan dan telur tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan keluarkan daun pandan.
  7. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.
  8. Sejukkan kemudian baru di dinginkan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Tuesday 14 June 2011

:-> Projek Membeli Anak Pokok



Sekarang sudah penghujung musim bunga. Beberapa minggu lagi natsu (summer). Musim yang sesuai untuk menanam pokok-pokok yang boleh di kutip hasilnya. Antara pokok-pokok yang E-na beli ahad lepas...

Pokok tomato ceri sudah berbuah pun...pokok paling mahal pernah beli kat jepun ni, 380yen. Kalau convert RM dah jadi RM14.35!


Pokok Cili padi ni dah pun mula berbuah. Harganya 98 yen...macam 98sen je. 2 pokok E-na beli. Ikut hati nak ambik 5 pokok. Bila fikirkan ruang yang terhad dan nafsu hendak menanam pokok-pokok lain lagi, 2 pokok cukup lah.


Last year beli anak pokok cili, tanam dari kecik hingga berbuah. Tahun ni jumpa yang dah berbuah. Sepokok tu dah ada 3 biji buahnya, sepokok lagi baru sebiji cili yang keluar. Harap pokok cili ni berbuah lagi lebat, dapatlah merasa cili api fresh seperti tahun lepas. Boleh baca tentang pokok cili api disini.


Cili api @ cili padi jenis yang kat atas ni e-na beli sepokok. Harganya 180yen. Baru pagi tadi selesai alihkan anak-anak pokok ke dalam pasu yang sesuai. Hidup subur dan berbuah lebat ye pokok-pokok ku sayang...muaaahhh!


Benih Kacang Botol atau Kacang Kelisa ni harganya 280yen. Kalau menjadi boleh buat ulam kacang botol. Ini antara benih yang mahal kat home centre yang e-na pegi tu. Benih carrot, sawi, kobis, bawang boleh dapat 105 yen 2 pek di Daiso. Home centre yang E-na beli ni jual 180yen.

Layan gambar-gambar pokok kat atas ye, tuan rumah nak pergi keluarkan peluh main badminton pula. Hari ni Damia balik awal, sempatlah mamanya pergi main. Jom sape nak ikut!!!

Monday 13 June 2011

:- Kek Strawberry




  • 5 biji telor gred A
  • 135 gm tepung gandum ) diayak bersama
  • 1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
  • 75 ml minyak jagung/sayur
  • 160 gm gula halus
  • 15 gm ovalette
  • 2 camb. susu segar
  • 1 camt. strawberry emulco/paste (E-na hancurkan buah strawberry + sedikit pewarna merah)

Bahan Lain:- ( utk hiasan)

  • Krim putar (whipping cream) secukupnya.
  • Strawberry Filling (E-na guna hirisan buah strawberry)
  • Chocolate Curls
  • Strawberry segar secukupnya
  • chocolate rice


Cara Membuat:-

  1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
  5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
  6. Tuang susu segar dan putar rata.
  7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
  9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian .
  10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, chocolate curls, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing.

Source : Kak Inahar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...