Thursday, 2 June 2011

:-> Triple Chilled Strawberry Cheese Cake




Resepi Triple Chilled Strawberry Cheese Cake
Loyang Spring form 18cm


Bahan A (base)
  • 130g biskut merie
  • 100g butter

Cara Menyediakan Bahan A
  1. Hancurkan biskut merie.
  2. Cairkan butter.
  3. Tuangkan butter cair ke dalam bekas biskut merie dan gaul rata.
  4. Masukkan adunan ini ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Tekan supaya kemas dan padat
  6. Sejukkan selama 1/2 jam di dalam peti sejuk.

Bahan B (adunan cheese)
  • 200g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 120g gula halus / castor
  • 1 sudu besar jem strawberry + 50g buah strawberry dihancurkan / 1 sudu kecil strawberry paste
  • 1 sudu besar gelatin
  • 70ml air

Cara Menyediakan Bahan B :
  1. Masukkan gelatin ke dalam air.
  2. Panaskan dengan cara dobule boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
  3. Pukul whipping cream hingga gebu dan pekat.
  4. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan strawberry paste hingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.
  5. Masukkan adunan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipping cream. Gaul dgn whisk hingga rata dan sebati.
  7. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan adunan cheese kedalamnya. Ratakan.
  8. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3jam utk proses beku sepenuhnya.

Bahan C (topping)
  • 40ml air
  • 1/2 sudu besar gelatin
  • 50g jem strawberry
  • 50ml air
  • 50g buah strawberry
  • buah strawberry untuk hiasan
  • 1-2 titik pewarna merah

Cara Menyediakan Bahan C
  1. Masukkan gelatin ke dalam 40ml air dan panaskan dengan kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
  2. Hancurkan buah strawberry dengan garfu. Tidak perlu terlalu halus.
  3. Masukkan jem strawberry, pewarna merah dan gelatin ke dalam buah strawberry yang telah hancur dan kacau sebati.
  4. Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk.
  5. Susun buah strawberry di atas cheese cake mengikut kreativiti anda.
  6. Tuangkan topping dan ratakan.
  7. Kemudian masukkan semula ke dalam peti sejuk.
  8. Bila adunan dah betul-betul sejuk bolehlah di potong dan dihidangkan. Lebih sedap jika di biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Note :

Source : Resepi asal boleh tengok di blog K.Nor.

18 comments:

nonierahman said...

sedapnya..terliur nie

sal said...

amboi..selera..
topping: kala merah lagi, ikut strawbery....

Ida,Japan said...

merah menawan cheese cake itu ena...mesti sedap<>

Kak Rose said...

ena, lamanya menghilang and rasa belum terlambat nak ucap welcomeback to blogging world! miss ur many2 wonderful recipes

ijayuji said...

Salam kak ena!!! eeee...kita lamaaaaaa sgt cuti buat kek2 mcm nii teringin nak makan tp tgh meng hadkan penggunaan gelatin hihihi... nak order itu hari ada sekuriti kena tanyer ngan ninja tu dulu, gian dah lamaaaaaaa dah tak makan! ada belen 1 paket kecik jerrr kitanyer gelatin hihihi...

Anna Qawina said...

sedapnya dgn stoberi merah menyala tu...

Azmiezas said...

lamanya tak singgah sini..pi mana?..ingatkan dh merajuk..
apa khabar?..
i love strawberri..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ena.. Sedap nampak cheese cake tu... Yummy

ashra said...

will try..sedap nih..hehe

=)

Lovely Kitchen said...

nonirahman : dah terliur tu nak kena cari bhn buat cepat2...wink*

Lovely Kitchen said...

sal : dah mmg giler color merah sis nak wat camna...hihii

Lovely Kitchen said...

Ida : xleh nak post komen kt blog ida la...word verification tu x kluar semua xleh nak taip...g ari2 xleh tinggal jejak...huhuuu

Lovely Kitchen said...

kak rose : thank u sis...harap leh bertahan la kan....;p

Lovely Kitchen said...

ijayuji : ambik je la cheese cake kt atas tu ika...x yah order gelatin dah...cheese cake ni selalu wat kt LK, kegemaran ramai...ko buat kuih muih yg susah2 tu dtg anto sini ye...;p

Lovely Kitchen said...

Anna Qawina : cheese kek ni mmg sedap!!! kasi merah lebih baru semangat nk mkn....

Lovely Kitchen said...

Azmiezas : xde maknanya merajuk sis...he he...alhamdulillah sihat... kt LK ni penuh dgn stoberi sis, kutip je masuk bakul wat balik ye...he he

Lovely Kitchen said...

Juwita : wsalam ita...mmg sedaaappp!!!

Lovely Kitchen said...

ashra : try la ashra...mmg sedap, x rugi mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...