Monday, 6 June 2011

:-> Murtabak Kulit Popia



Resepi Murtabak Ayam
Hidangan untuk 2 - 3 orang

Bahan A (Kulit Murtabak)
  • 5- 6 keping kulit popia
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti Murtabak)
  • 350 ubi kentang
  • 100g daging ayam cincang
  • 1/2 biji bawang besar kuning /holland
  • 3 sk serbuk kari babas
  • 1 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 sk garam (anggaran)
  • gula dan perasa
  • sedikit minyak
  • 2 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan di potong dadu kecil.
  2. Bawang besar di dadu kecil.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bawang besar sehingga wangi dan layu.
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau rata.
  7. Bila daging agak masak masukkan kentang dan air.
  8. Kacau sebati, bila air separuh kering masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  9. Kacau sehingga air agak kering.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
  12. Masukkan inti kentang tadi dan kacau sebati. Boleh tambah bawang besar yang dihiris nipis jika suka.
  13. Ambil sekeping kulit popia.
  14. Sudukan 2-3 sudu besar inti kentang ke atas kulit popia.
  15. Lipat menjadi segi 4 supaya semua inti tertutup di dalam kulit popia.
  16. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  17. Masukkan murtabak. Bila dah masak, balikkan.
  18. Angkat murtabak bila sudah masak.
  19. Teruskan langkah 13 sehingga inti habis.
  20. Sedap di makan bersama kari ayam/daging atau kuah cuka. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen


15 comments:

Ida,Japan said...

slm e-na..ida dh pernah try cara gini...mudah dan sedap kn..tak payah susah2 nk uli tepung buat kulit>>

ijayuji said...

Salam kak e na!!! nak murtabak!!!! kita pun tak pernah guna kulit popia niiii, pdhal bukan ssh pun kan kan main bungkus2 jerrr tu pun besorkan pemalas tahu nak makan jerr hihiih.,.

CT Delima said...

As'salam E-na

kulit popia dah ada, cuma daging cincang jer yang tak ada. kalau guna sardin pun okey gak kan. tak pun ganti jer dengan inti karipap pun on gak betul tak... hihihi.

tak pun mintak e-na jer lah seketul dua, nak buat bf :DD

Juwita Jamaludin said...

CanTiknya murtabak tu nsmpak kemas... Suka tgk ita kalau buat tentu herot2.. :).. Lama x mkn murtabak yum yum

Wanieyra said...

dah lama betul tak makan....nak try jugalah

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

SALAM..
MENARIK DAN TERTARIK LAH RASA2 MCM DAH CUBA COZ INTI KENTANG MEMANG DAH SEDIA ADA CUMA KULIT POPIA AJE LUM ADA STOK KAT UMAH

farhana_aziz said...

tak pernah try lagi..tapi mcm nak cuba je.

leh buat menu buka puasa hari ni..:p

MULAN said...

owwhh... senang & gerenti sedap ni...

anie,Nagoya said...

murtabak mali.ada lagi tak?pepagi td dtg bertandang.tinggalkan komen.tak sempat nak pos.pap...pc padam.

Asmara said...

kak Ena! hisashiburi desu ne! eh lama tak buat murtabak popia nih, dah nak hampir kejung kulit popia dlm esbok tu. hehe..

DeLancrettLurpak said...

mcm gini la saya selalu buat murtabak, recipe pun lebih kuang sama..kalau dpt buat layer2 mcm murtabak singapore tu kan best.. hehehe

Myza Pesona said...

Nampak sedap nie! Kebetulan kulit popia ada stok dlm peti sejuk! Mohon ambik resipi yea!

haslina said...

salam,

lovelynya.
mohon copy resepi.
terima kasih dear.

syaqin said...

salam..
mohon ambil resepi ye..tq!

eqeen said...

sedapnyer..leh try nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...