Thursday, 16 June 2011

:-> Agar-agar Santan Gula Kabung



Gula Kabung terkenal di daerah Lipis dan Jerantut di negeri Pahang. Biasanya gula kabung digunakan untuk membuat dodol, kuih koci, buah melaka, pengat, nasi manis dan inti kuih.

Gambar kredit to Dr Bubbles

Sebuku gula kabung seperti gambar di atas harganya RM6.50. Ada 2 keping gula kabung di dalamnya. Macam mana rupanya gula kabung? Lebih kurang je dengan gula melaka atau gula kerek atau nise. Kalau nak lagi jelas boleh tengok Perusahaan Gula Kabung di Benta.

Dah kenal gula kabung bolehlah cuba resepi di bawah ye...


Resepi Agar-agar Santan Gula Kabung

Bahan-bahan:
  • 10g agar-agar tali
  • 80g gula kabung
  • 80g gula
  • 1100 ml air
  • 200ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • secubit garam

Cara Membuatnya :
  1. Satukan santan pekat dan telur. Kacau sebati. Ketepikan
  2. Masak air dengan agar-agar sehingga hancur.
  3. Masukkan gula kabung, gula, garam.
  4. Setelah semuanya hancur, tapiskan adunan.
  5. Kemudian masukkan daun pandan, kecilkan api dan masukkan bancuhan santan dan telur tadi.
  6. Kacau sehingga mendidih. Angkat dan keluarkan daun pandan.
  7. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai.
  8. Sejukkan kemudian baru di dinginkan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

14 comments:

Acik Erna said...

E-na..akak ada gula kabung..memang nak buat jugak ni.tunggu cuti..

Ida,Japan said...

huik,mana dpt gula kabung e-na..order dr kampung erk..mesti sedap dgn aroma gula tu...

Amie said...

assalam,
lama tak jumpa gula kabung....cantik agar2 tu, tp boleh pandang2 saja....

Chik Mimi said...

cantiknya ena agar2 tu lama tak buat

Mas said...

mas suka agar2 santan gini..
sedappnya tengokk...

izman said...

perusahaan gula kabung bentu tu tak jauh dari rumah aku, 15 minit je.

aku suka makan cendul yang air manisannya dari gula kabung. pergh...

kalau balik pdg piol nanti bagitaula, nak bawa satu gerabak gi rumah ko makan.

Juwita Jamaludin said...

ita suka gak agar2 gini .. anak2 pun suka ni yang nak buat gak ni.. hihihih tambah nampak ada lagi gula kabung dlm simpanan.. tapi ita guna gula merah dalam resepi yang biasa buat tu

Lovely Kitchen said...

Acik Erna : akak buat nanti e-na g makan kat umah akak yer...;-)

Lovely Kitchen said...

Ida : member kt sini yang bagi...x minta pulak org kat mesia poskan benda2 yang boleh dpt kat sini...

Lovely Kitchen said...

Amie : boleh pandang2....jgn pegang2....hihiii

Lovely Kitchen said...

Chik mimi : tq...ambik je yang tu sis..;p

Lovely Kitchen said...

mas : sedap kan mas...terasa lemak2 sejuk2 gitu.

Lovely Kitchen said...

izman : cendol...sedapnya! brp pnjg gerabak ko wei...agaknya by d time kami blik mesia sempat produce 2 org lg ke...

Lovely Kitchen said...

Juwita : semua jenis gula pun bole kan ita...mana yg ada stok kt dapur je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...