Saturday, 18 June 2011

:-> Chocolate Moist Cupcakes



Asalnya Chocolate Moist Cake kukus tapi E-na masukkan ke dalam cawan kertas dan di bakar dalam oven. Resepi dari Chef Zubaidah dan dikongsi oleh sis AlogRoz dalam myresepi.

Cara di bawah yang telah di edit oleh Lovely Kitchen.


RESEPI CHOCOLATE MOIST CUPCAKES

40 biji papercups (saiz disini)
6-9 biji papercups (seperti dalam gambar di atas)

Bahan-bahan :
  • 100g serbuk koko*
  • 250g gula halus/castor*
  • 300ml fresh milk*
  • 200ml minyak sayur*
  • 250g susu pekat manis*
  • 4 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Papercups secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur dan licin. Tidak perlu sampai menggelegak. Tutup api.
  2. Tepung gandum, baking soda dan soda bikaronat di ayak. Ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan bahan yang di masak tadi dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam jug.
  6. Susun papercups di atas tray oven.
  7. Tuang adunan ke dalam papercups lebih kurang 2/3 papercups.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga masak.
  9. Hias mengikut kreativiti masaing-masing. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna whipped cream, biskut koala dan chocolate kit kat untuk menghias cupcakes ini.





14 comments:

Anna Qawina said...

rajinnya Ena deco cupcake...tp kek ni memang sedap..

Mas said...

perhh...cantik dan sangat memikat hati.....

Ida,Japan said...

cun ..comel jer cup cake e-na ni..mestisedap tuu...

Kasih Ibu said...

wah comelnya...bebudak msti berebut nak amik ni...deco yg simple tapi kreatif...sukerrr...=)

ijayuji said...

Salam kak ena!! happy weekend kak! Kawaiiiiiiiiii!!!!! cantek akaknyer krim tuuu bekas dia pun lagi comel! suke tgk! nanti balik jepun nak carik jugak cup mcm tu kat sini tak de :D

izman said...

ko poskan kat aku sikit. asyik tgk je, bila nak try ni. nampak menyelerakan.

Asmara said...

comey sungguh! buat hantaran pon boleh. hehe..

Ijan said...

Cantik nye kek coklat dok dalam cup macam tu. Kite pun dah lama tak mengekek coklat ni...teringin pulak ;)

Psst, menarik telur bentuk love kat bawah sinun. hehe

Cik Eyqa said...

guna fresh cream jew ker? cm ne nk wat ea?huhuu

nOOrsha said...

salam k ena..cantiknye deco2 kat cuppies tu..cute..bebudak mmg suke nih....

pasal donut tu, saye x de donut cutter...saya bulat²kan doh, tepek2 kat tangan pastu tekap kat tengah2 tu ngan penutup botol...biar besar sket saiz bulatan tengah tu takpe ,nanti donut mengembang, so die terbentuk cantik jer.. tak tertutup... masa menggoreng pulak,masa da letak donut dlm kuali, saya ambil lidi, letak lidi kat lubang donut tu pastu pusing²kan arah jam beberapa kali just utk bagi bentuk bulatan tgh tu menten... tu jer... hehehe

nOOrsha said...

salam k ena..cantiknye deco2 kat cuppies tu..cute..bebudak mmg suke nih....

pasal donut tu, saye x de donut cutter...saya bulat²kan doh, tepek2 kat tangan pastu tekap kat tengah2 tu ngan penutup botol...biar besar sket saiz bulatan tengah tu takpe ,nanti donut mengembang, so die terbentuk cantik jer.. tak tertutup... masa menggoreng pulak,masa da letak donut dlm kuali, saya ambil lidi, letak lidi kat lubang donut tu pastu pusing²kan arah jam beberapa kali just utk bagi bentuk bulatan tgh tu menten... tu jer... hehehe

Liz said...

nampak sedap..creativenya kakak

Norasikin said...

Tengok rupa je dah tau sedap

missbby said...

sedapnya cupcakes ni..betul2 menguji keimanan saya ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...