Tuesday, 13 September 2011

:-> Raya Kedua, National Day and Our 11th Wedding Anniversary


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

31 August 2011 menjadi sejarah apabila kita semua merayakan Aidilfitri sekali dengan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 54. Bagi E-na dan hubby 31 August adalah tarikh yang begitu bermakna. Setelah 4 tahun bersulam cinta dan rindu kami disatukan dalam majlis akad nikah dan majlis perkahwinan pada hari yang sama 31 August 2000.

Sambutan Anniversary kami pada tahun ini cukup meriah dengan 3 undangan open house di Nagoya. Tahun-tahun sudah kami di Nagoya mengadakan open house pada hujung minggu tapi tahun ini ada sedikit kelainan yang mana raya kedua terus meriah dengan rumah terbuka. Sebenarnya nak meraikan anibesari kami la tu...hihiii....(perasan kejap)

Memang beraya sakan hari tu...dari tengahari sampai malam baru balik rumah. Perut memang penuh dengan aneka juadah. Menu rumah pertama : Mee bandung, Nasi impit kuah kacang dan serunding, pasta, beberapa jenis dessert dan kek buah. Menu rumah kedua : Nasi Ayam, Laksa Penang, beberapa jenis jelly, kek gula hangus, kek marble dan beberapa jenis biskut raya. Menu rumah ketiga : Nasi tomato, ayam masak merah, Lodeh, tempe grg sambal, nasi impit, kuah kacang, biskut raya.

Dan sebagai ingatan di hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 11, E-na buatkan Farbrozen Kenari sebelum ke Open house. Alhamdulillah hubby suka dengan rasa cookies ni. Itulah hadiah anniversary dari E-na...hihiii. Bagi E-na  Farmbrozen Kenari ni sangat sedap. Memang akan di buat lagi lepas ni. Buatnya senang cuma mengambil masa yang lama untuk masak lapisan atas. 

Terpikat dengan hasil di rumah Ita dan E-na terus buat ikut cara Ita cuma bagi kami lapisan atas masih lagi manis dan akan di kurangkan lagi selepas ini. Gandingan kacang gajus dan fresh blueberry menjadikan rasa  Farmbrozen Kenari sangat sedap! Thanks Ita...

Resepi di bawah telah di buat mengikut citarasa E-na dan hubby. Resepi asal boleh tengok disini dan disini.


RESEPI FARMBROZEN KENARI

Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.(E-na bakar 20 minit).
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising (E-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya.
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan.
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering, tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE :

  • Resepi Farmbrozen Kenari Step by Step Bergambar click disini.
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

16 comments:

Asmara said...

Akak! Omedetou! Byk betul celebration dalam sehari gitu kan.  seronok ramai2 kat sana. Kak x nak ikut dtg sini ke? Hehe..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

dah wish byk kali khen kat fesbuk smpi dpt kek car lagik ekkk....bestnyer tgk farmbrozen kenari ni but ayu diet skrng nie....so elak makanan gini nak kurussssssssssssssssssssss

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Semoga berbahagia selalu dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke my homework. Izinkan saya follow lovely kitchen sebab tertarik dengan gambar2 kat sini. nanti nak cuba jugak le resepi ni. nampak senang sangat.

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalammualaikum E-na, td akak tgk kat fb cuma gmbr je, tu yg cari kat blog pulak. Ni kalau buat mesti anak akak suka, bahan pun senang, dah ada kat rumah. Cuma gajus takde, nak ganti apa ek? kismis boleh kot?

Jieda said...

Tahniah.. tak sangka raya kedua kita berdua ada persamaan.Saya juga menyambut anniversary yang ke 11 juga :)

AI said...

- happy anniversary...moga berkah sepanjang umur...

H.J said...

hoho..romantiknya akak ni..nagoya eh..?jauh tu..hehe

IXORAROXI said...

Salam.
Happy anniversary..moga berbahagia bawa ke syurga..amin

Acik Erna said...

E-na happy anniversary..semoga terus bahagia selamanya.

Juwita Jamaludin said...

Kak ena.. Sedap2 farmbrozen kenari ni.. Ita pun suka tp nak bakar dan masak lamakan...Happy anniversary kak

Ida,Japan said...

wahhhh....sungguh meriah la sambutan anniversary e-na, hari raya ke-2 dan merdeka day..nama kukis ni pelik tapi nmpk sedap

アヌム ちゃん said...

wahh happy 11th anniversary..moga kekal bahagia selamanya :) byk openhouseee best2^^

Jay said...

very happy anniversary...lovely space u hve..
interesting posts..
Am your proud follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

Lieya said...

sedapnyeee tengok farmbrozen kenari tu.... ade mase nanti nak try laaa

Diana @ Melley Mey said...

~ happy anniversary buat ena n hubby.. moga kekal bahagia ke akhir hayat.. amin..
wah cantiknya farmbrozen kenari tu ena... rajin betul buat... nampak sedap tuu...

akuzle said...

dah 11 thn. alhamdulillah! taniah yea, buddy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...