Saturday 8 October 2011

Rendang Tok Resepi 1


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.




Rendang Tok ini senang disediakan. Rasa yang sedap dan sangat sesuai untuk anak-anak makan kerana kurang pedas. Anak-anak E-na suka dan berselera sekali makan rendang ini bersama Pulut Kuning Kukus Mudah. Bagi yang suka pedas E-na cadangkan tambah cili kering atau sedikit cilipadi ke dalam bahan tumbuk.

Resepi dari Mas Duniaku. E-na buat 1/2 kilo daging sahaja tapi menggunakan sukatan bahan-bahan yang sama. Rendang Tok di atas tu E-na buat lembab untuk makan segera. Bagi yang suka rendang yang kering boleh keringkan lagi. Dibawah ini resepi yang telah di buat mengikut kesesuaian bahan di Lovely Kitchen.


RESEPI RENDANG TOK
(4-6 orang)

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging dihiris nipis / cincang pun bole
  • 200 ml santan tin
  • 200ml air
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • 1 1/2 sudu besar gula merah (kurosato)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga (pelaga hindi)
  • 2 bunga cengkih
  • 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1/4 inci halia dicincang
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • Garam dan perasa (~3/4 sk garam rasanya)

Bahan-bahan Tumbuk
  • 2cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit/ 1/4 inci kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 2 batang serai - dihiris ipis sebelum ditumbuk
  • tambah cili kering / cili powder/ cili api jika suka pedas.

Cara-cara:
  1. Gaul sebati daging,bahan-bahan hiris, bahan tumbuk, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, kerisik, gula merah, dan serbuk kari. Boleh juga perap sekejap dalam 1 jam. E-na tak perap.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air dan santan. Kacau rata.
  3. Dengan api perlahan masak sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa dan masak sehingga kering.
  4. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.Gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah. Jadi kena pandai seimbangkan.
  5. Masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  6. Sesuai di makan dengan lemang, nasi impit, ketupat, nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, roti atau pulut. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Rendang tok ini senang disediakan dan rasa pun sedap!


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Sambal Tempoyak'. Thanks... 


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

13 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..
selamat pagi, salam ziarah dipagi hari..
wah!!!!!!!!
blogger masak2.......
sukanya ayu masuk sini..
minta izin bubuh blog ena dalam bloglist ayu ya....

moga ukhwah berkekalan...

psst: mas tu mmg makin pakar memasak, tergoda i dengan rendang tok dia...
hehehehheh

Mas said...

assalamualaikum ena...
wahhh..pepagi dah nengok rendang tok...
maceh ena kerana sudi mencuba...
hmmm...sedapp tengok rendang tok ena yg lembab tu..
sesuai sangat makan ngan pulut kuning...
betul tu ena..klu nak rasa pedas sikit...boleh tambah cili kering...
ikut selera masing2..he3

Acik Erna said...

E-na..jauh dah sampainya rendang tok ni..sampai kejepun..
lagi saut sambal tempoyak tu..selera betul..pandai e-na makan sambal tempoyak ..

pinky said...

wahhhhhh sedapnya....tiba tiba jer teringin nak mkn plk....

tun_telani said...

salam kak ena.. tun kalau rendang2 ni biasa time raya je. hehe..
kat bintulu ni kan, xde daging fresh yg halal.. hehe.. masa mula2 duk sini pelik betul, pastu mcm x caya je xde daging halal.. last2 gi kedai makan melayu, tanya mana dia beli daging. rupa2nya kedai mkn tu pun beli daging frozen import NZ jugak.

Lieza said...

salam Ena...amboii sedapnya akak tgk rendang tu...mkn dgn nasi impit pun sodap tu...

Mamasya said...

Aslmkum Ena

Sedap nampak rendang tok Ena...sedap cicah pulut.tengok resepinya guna rempah kari...akakpun suka buat rendang guna rempah kari sbb tak pedas utk anak2.

Deliah's Deli said...

mmm,blh byngkan kesedapnnya...klu dgn roti pun laju ni :)

rahel said...

Rendang Tok memang sedap betull,jarang2 masak kat umah,selalunya beli je kat luar..sedap sangat ni mkn ketupat..

Mulan said...

memang sedap ni... tqs for sharing..

Chah said...

amboi 'berendam' pula...mana butang like, mana? mana? nak like..like..like ni...:P

IXORAROXI said...

Salam Ena, rendang cicah dengan roti memang best!

Soo Hae Daa said...

sedapnya rendang..terus buat perut sy lapar di pagi2 hari ni..hehehe =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...