Tuesday 25 October 2011

Tofu Vege With Sweet Chilli Sauce


Menu sihat yang sedap di makan begitu sahaja atau dijadikan sayur dalam hidangan nasi putih. Sangat sesuai untuk dinner bagi mereka yang diet atau tidak mengambil nasi pada waktu dinner. Makan Tofu Vege with Sweet Chilli Sauce gerenti kenyang. Nak buat pun senang, lebih kurang macam TAUHU SUMBAT SEGERA cuma cara presentation sahaja yang berbeza. Bila dipotong2 begini lebih senang di makan. Biasanya E-na ratah je untuk minum petang, makan malam atau pun breakfast.

Gambar Sweet Chilli Sauce yang E-na guna disini. 100 yen sebotol di Tachiya. Rasanya seakan-akan Sos cili thai. 

RESEPI TOFU VEGE WITH SWEET CHILLI SAUCE
(2-3 orang)

Bahan-bahan:
  • 2 keping tauhu goreng (E-na guna yang dah siap goreng)
  • 1/2 batang timun
  • 1/2 batang carrot
  • 100 gram taugeh
  • Sweet Chilli Sauce / Sos Chilli Thai secukupnya
Cara-cara:
  1. Cuci timun, carrot dan taugeh.
  2. Didihkan air. Jika beli yang siap digoreng, celur sekejap supaya lebih lembut. Angkat dan toskan.
  3. Potong carrot sebesar batang mancis dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  4. Kemudian tutup api dan masukkan taugeh ke dalam air rebusan tadi, kacau dan terus angkat. Jangan lama dalam air panas nanti lembik. Toskan.
  5. Potong timun dan tauhu seperti dalam gambar di atas.
  6. Hidangkan seperti dalam gambar di bawah. Bila hendak makan baru di curahkan sweet chilli sauce atau sos cili thai dan gaul rata. Sedia untuk di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen. 


TIPS DARI LOVELY KITCHEN
  • Gaul dengan sweet chilli sauce semasa hendak makan supaya tidak berair dan basah.
  • Rendam sekejap taugeh dalam air panas supaya lebih ranggup dan tidak lembik.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry NASI KERABU BIRU DAN PENGIKUTNYA. Thanks... 

15 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kita panggil tauhu yang tak disumbat ..boley ?

hehe...

Delimasari said...

resepi best222

ady said...

as-salam
wow!!sedapnyeee..

Ina Haireina said...

Wow.. nampak sedap ni... dan senang untuk dicuba.. mekaceh share resepi..:)

Unknown said...

Tauhu tu favourite akak, kalau tak mkn ayam, tauhu la gantinya...bagus utk kesihatan kan? Tapi anak akak tu susah betul nak makan sayur2 mcm ni....

Kak Rose said...

sedapnya... kak rose suka sangat... bak kata azrina - tahu yg x disumbat...look so appealing with sooo cantek photonya!

tun_telani said...

kak ena.. lamayna x update.. bz ke? hihi.. tun mmg hantu tauhu.. wat tauhu sumbat tu, mmg duk ngadap tu je x tgk dh mende lain.

Sue @ Nenie said...

Salam kak..wahhhh betul2 menu sihat ni

Liza said...

Ena...bestnya, mcm tauhu sumbat kan..mmg best..

Chah said...

Terus rasa terkurus sket bila tgk tauhu ni...2,3 ari lps saya xleh komen kt blog e-na, x tau apa masalah melanda..:(

Asmara said...

Memang nampak menyelerakan! makan dengan sambal kacang pun mesti sedap, jadi rojak tahu pulak dah. hehe..

cik cek said...

Sedapnya Ena....bestnya kalau dapat makan sepiring ni...ratah2 dok depan tv...:D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ni menu fav darl ai ni ngeeee
menu cihat ai loikeeee

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya tgk... terliur dah tau... oo nie tofu vege yer ena.. lebih kurang cam tauhu gak ler kan.. nie kalu bab2 tauhu mmg suka nie.. fav akak .. tmbh2 lg hubby n daughter akak.. laju jer masuk dlm mulut.. :)

Nancy said...

ni menu fav darl ai ni ngeeee menu cihat ai loikeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...