Tuesday, 18 October 2011

Piman


Piman atau cili hijau jepun. Nipis sedikit dari lada  benggala/ capsicum. Inilah hasil pertama piman untuk musim ini. Pokok Piman masa berusia sebulan tengok disini. Sekarang piman dah boleh dipetik. Boleh di buat topping pizza, solok lada, sayur campur, nasi goreng dll...macam lada hijau malaysia cuma bau piman ni lain sikit. Ada bau maung/ daun..errrr camna ye nak describe...kena rasa sendiri baru tau...he he


Pokok Piman 1



Pokok Piman 2


Pokok Piman 3

 Pokok Piman 4...

Gambar di bawah, pokok piman 1 dan 2. Berhimpit-himpit di tempat sempit. Berkongsi tanah dengan ulam raja, cili merah dan daun kesum..

Pagi tadi sempat berkebun sekejap...bersihkan taman mini...tanam carrot dan asparagus. E-na nak tengok rupa pokok asparagus dan cara nak menjaganya. Itu yang try tanam. Peluang berada di negara 4 musim, boleh cuba tanam pokok-pokok musim sejuk. Hidup ke tak kita tengok hasilnya nanti...;-)

10 comments:

Asmara said...

bestnya!! semua tanaman akk menjadi. hihi.. kita dok beli je sayur kat sini. uhuhu..

JaSSNaNi said...

itu la.. nani dah kata... nani memang tak bleh lupa blog E-na ni.. kalau dah 4 bulan lepas nani tak berblogging still nani masuk cari E-na tau.. sbb pandai bercucuk tanam,. lepas tu hasilnya memang best.. pokok2 subur menjadi.. seronok tengok org lain yang bercucuk tanam membuahkan hasil dan subur mekar camtu.. jeless tau.. sbb nani tanam tak pernah idup.. ni dua hari lepas rendam anak daun pandan dlm air.. lepas tu kononya nanti dah berakar nak boh atas tanak dlm pasu.. lepas tu pagi ni dah nampak kuning2 je daunnya.. tak menjadi betul..

ejaMaria said...

bau dia lebih kurang mcm lada benggala tu ke?
takpe la janji pedas kan... ;p

ilahjy said...

kak ilah jelessss nie dah lama tak balik melaka tgok kebunnnn winduuuunya tgok kebun e-na dah cukup dahhh huhu

akuzle said...

sy suka capsicum...

Lieya said...

Bestnye bercucuk tanam sendiri.. rajin betoll....

Liza said...

Ena...jgn lupa singgah blog akak amik award yer..

Acik Erna said...

E-na..suka sangat kalau datang sini..tengok kebun e-na..semuanya menjadi..memang tangan sejuk ena ni..tanam apa pun berbuah..

EmbunRosaliza said...

Assalam e-na ..sukanya bila tgk hasil kebunkan, terasa satu kepuasan bila pkk yg kita tanam kuarkan hasil, mmg sejuk tangan e-na ni, subur je pkk. Hobi akk ni tgk hasil kebun, tak kiralah kebun sapa heheh

アヌム ちゃん said...

wahh best2..xpenah try tanam pokok lg dekat sini..tkut x menjadi je..huhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...