Friday 7 October 2011

Sambal Tempoyak


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Selama 2 tahun lebih tinggal di Jepun sudah 2 kali kami bawa tempoyak naik flight. Alhamdulillah lepas dan tempoyak juga selamat, tidak pecah atau terbuka bekasnya dan beg pakaian juga tiada bau tempoyak. Ada ke yang berminat untuk bawa tempoyak naik kapal terbang...nanti E-na bagi TIPs dan Cara Selamat Bawa Tempoyak Naik Kapal Terbang...

Tempoyak buat masak apa pun sedap...gulai, goreng, masak lemak atau di makan mentah, campur dalam budu...semua boleh. Yang pastinya bila menu tempoyak di Lovely Kitchen memang tak sempat nak photoshot...:p. Tempoyak E-na ni special homemade by MIL dari durian MIL sendiri. Isi durian terpilih dijadikan tempoyak itu yang buat rasanya berbeza dengan yang dijual di luar.

MIL rajin buat tempoyak dan menantunya yang ini la tukang angkut perabiskan tempoyak MIL...he he...sampai ke jepun bawa tempoyak! Kat atas gambar yang sempat di snap end of last month. Berulamkan peria yang di hiris dan bendi mentah. Bendi tidak perlu dihiris, terus je gigit makan macam tu untuk mengelakkan belendir. Peria pun rapuh dan tak pahit sangat buat ulam mentah. Memang makan tak hengat la dapat ulam dengan sambal tempoyak.

Ni resepi sambal tempoyak easy peasy...express punya!

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK

Bahan-bahan:

  • Tempoyak
  • Cili api 
  • Garam 
  • Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara:
  1. Masukkan tempoyak ke dalam mangkuk kecil yang sesuai.
  2. Hiris halus cili api.
  3. Masukkan sedikit kunyit untuk mencantikkan warna tempoyak. Tak nak pun tak apa.
  4. Jika tempoyak tidak masin masukkan garam secukup rasa. Kacau semua sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama ulam atau di makan sahaja dengan nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :

  • Lebih sedap jika ditumbuk ciliapi dan campur sekali tempoyak gaul dlm lesung batu...boleh tambah ikan bilis tumbuk sekali....tapi yang ini pesen instant, x perlu nak basuh lesung batu lagipun E-na guna lesung jepun kalau tumbuk pun tak hancur sangat...lebih senang hiris je...
  • Auto Publish Entry...backlink akan di update nanti.

UPDATE
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Farmbrozen Kenari' dan Sweet Commnets terkini :


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

16 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

syg seribu kali syg ayu x mkn tempoyak....biasa bau jer mkn x pernah...siler la simpati kaka

Sheila Shafeareen said...

Salam..hai ena wah terbit sambal tempoyak juga ye heheh akk baru semlm pekena sambal tempoyak gan ulam juga..sdp kan mkn sampai x hingat..hhe hilag sudah diet hhehhe.buat gulai lomak mmg sdp tu..

Mas said...

tempoyakkk..
sedapppnya..
cantikk gambar tempoyak tu..
mengeliurkan betoiiii...

pinky said...

sedapnya....huhuhu terus teringat tok sy....hanya dia yg champion buat sambal tompoyak camni....my mum pulak tahu buat tompoyak jer....sambal tompoyak dia tak penah buat sbb dia xmakan tempoyak huhuhu.....MIL xde lg...kihkihkih.....

Unknown said...

assalamualaikum...uuiii...cantiknya pic kt atas tuu...tempoyak kegemaran mama mia juga....sedap sedap...bila nak bg tip bw tempoyak naik kapal terbang tuu...

Adry@Daun said...

Sambal tempoyak.... I like! Buh dlm budu mmg best.. Lada tu tumbuk byk2, bg pedas skt. Dulu biasa juga buat sambal tempoyak ni..

Kamalia said...

Kak ena..sedapnye smbal tempoyak tuh..boleh ye akk bwk naik flight?klau sy tahu lepas n slmt sume mesti dr dulu sy da bwk dah..huhu

Amie said...

nampaknya pagi ni banyak n3 tempoyak yang ditemui....sampai sini pun ada kuga, tak peduli.... nak juga makan di sini.... Bismillah...

tun_telani said...

wahh.. tempoyak naik kapal terbang kak??? tun masa duk NZ dulu x berani nk bawak.. takut nnti kastam tu bukak, pengsan pulak dia kt airport tu. haha.. tun innocent sket time belajar, ye laa, mana tau apa2 kan, tulis sebijik2 semua sekali kt declaration form tu, pastu mula la semua brg kene selongkar. huhu..

Kak Sam said...

My faveret ni

ninazsyafinaz said...

Salam perkenalan...makan tempoyak nih mmg mengasyikan..colet dgn ikan goreng pepanas..ulam2an..mmg tak toleh kiri kanan lagi lah

Chah said...

Ini boleh mendatangkan marah! Mak aii..dh penuh air liur dlm mulut...kecur beb!

Unknown said...

Saya selalu gak buat sambal tempoyak ikan bilis..........oooo sedap tau !!!!!!! cara masak senang je goreng bawang dulu bersama ikan bilis...dah garing masukkan je tempoyak tuh+ daun kunyit+garam+cili padi/cili kering......

Anonymous said...

Salam, alhamdulillah ada jugak orang berjaya bawak tempoyak ke Jepun. Saya tercari2 cara untuk bawak tempoyak naik kapal terbang. Kalau tak kene rayan boleh tak kalau share tip2 nak bawak tempoyak?

Anonymous said...

Akak wat ikut resepi ni. Sodap! Hi3... Tp akak tumbuk sbb ade lesung batu. Tambah ikn bilis. Perghhh! Mkn ngn ulam-ulanan... Tima ksih byk2...

Unknown said...

wahahha. memang tercari-cari resepi ni. Mudah je sebenarnya ek? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...