Friday 28 October 2011

Sweet Soft Bun dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Anak-anak E-na suka makan roti. Tak kisahlah roti apa pun kalau buat biasanya mesti habis. Bun Manis yang lembut ini antara roti yang selalu E-na buat. Anak-anak makan macam tu je. Sedap juga dicicah dengan air Milo. Ok kali ini baru berkesempatan share resepi Sweet Soft Bun di Lovely Kitchen. 


RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
  14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.




TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.




Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry LALA GORENG SERAI PEDAS. Thanks...


UPDATE :
Rakan yang telah mencuba Resepi Sweet Soft Bun...Thank you.

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. TQVM!!

19 comments:

Ina Haireina said...

kak e-na.. waaa.. nampak gebu nyee roti tu... rase macam nak ngap je rase.. tengok je dah dapat rase bertapa halusnyeee dan lembutnye roti tu.. hehhe..

CT Delima said...

As'salam E-na

memang nampak sangat kelembutan roti tu. k.ct pun memang dah lamaaaaa sangat tak meroti. BM tu dah dok lama bertapa dalam kotak..hehehe

Gee® said...

waaaaa....mengancam betol laa... gebussss

ilahjy said...

memang gebusss roti nie ena.. dah lama kak ilah tak meroti entah bila nak mula...BM dok tido lama sgt tuu hehehe

jul said...

looked so yummy, thanks for the good tips

Wanieyra said...

Salam pagi....

sedapnya tengok roti tu....memang terliur ira dibuatnya

Amie said...

Selamat pagi Ena,
sedapnya dapat makan SSB ni... walaupun dah manis, nak cicah jugak dengan sup cendawan....adeeehhh

Chah said...

Gebunya roti ena....x penah pulak saya buat roti guna resepi yg sukat bhn cecair cam ena tunjuk tu... Tq for sharing....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lapaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq
kak e-na hulur la 4 ketul kat ayu....x tahan sebab mmg super gebu ni ngeee

Anna Qawina said...

salam Ena..akak pun suka makan roti ni, buat sekali harung je habis..hehe..
nak tanya la..kalau spray air tu kan, tak turun ke? akak pernah sapu guna berus je pelan2, dia jd kemek sikit..hehehe..
pastu takde pelembut lak, nak kena boh water roux gak ek..

cik cek said...

E-Na....
Cantik bun manis yg E-na buat serupa mcm kat bakery....permukaan atas roti nampak lembut....and thanks again for the tip mengembangkan roti tu....kak cek selalu guna tips yg pertama tu...tak yag tunggu lama nak tunggu doh roti mengembangkan...:D

tun_telani said...

kak ena! rasa mcm dh lama x meroti.. gebu betul nengok roti akak..

anis said...

assalamualaikum e-na.
roti e-na ni bkn hanya nmpk cantik, licin permukaan atasnya tp nmpk sangat gebu n sedap. rasa mcm nak curi seketul je. hehehe.

Acik Erna said...

E-na gebunya roti E-na tu.dah tentu anak2 suka..akak ambik resepi ye..

Nur-nba said...

Sungguh menawan.. Kalau dapat rasa sendiri, alangkah nikmatnya...

Mamasya said...

Aslmkum Ena..

Wah gebus nya roti Ena..naik elok...warnapun cantik elok...rasa nak kidnap je roti tu buat minum ptg...hi..hi..

anymz said...

salam ena
akak ambik resepi dan dah buat pun dan dah post pun di dapur akak tu hah.mekaseh ya ena..sedap dan lembut dan gebu.....:))))

Umiey Suliman said...

sedapnyer, tringin nk rase..:P
gebu dn lembutnye bun 2..:)

special moments said...

Tima kasih follow blog saya kak.....saya pun dah follow akak jugak.....box comment dah ade....hehehehe....lupa nak setting..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...