Thursday 27 October 2011

Lala Goreng Serai Pedas



Lala mudah didapati di Malaysia. Kat Nagoya belum pernah jumpa Lala. Lala berkulit nipis dan isi agak kecil berbanding dengan Asari yang ada di Jepun.  Biasanya kulit Lala bewarna cerah, manakala Asari bewarna agak gelap dan tebal. Dari segi rasa lebih kurang  dan bentuk isinya juga sama cuma saiz yang berbeza. Lala kecil dan asari besar sedikit. Kulit  Asari ada sedikit persamaan dengan kepah di Malaysia. Klik sini untuk tengok rupa Asari yang belum digoreng.

Asari di Tachiya biasanya telah di pack dan ada juga yang masih berendam di dalam air menandakan semuanya masih hidup. Biasanya beli yang pack, ada beberapa ketul yang baru mati. Kali ini kami try beli Asari yang masih berendam walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi amat berpuas hati sebab semuanya masih hidup.  Harga Asari yang masih segar di dalam air 100 yen untuk 100 gram. Bila dah masak memang terasa kemanisan dan kesegaran Asari tadi. Tiada satu pun yang tidak elok. Memang puas hati.

Kalau dulu masak Lala  pernah juga ada lala yang telah busuk atau hanya ada lumpur di dalam kulitnya. Bila terpecah semasa memasak menyebabkan masakan bertukar warna gelap dan rasa lumpur berpasir. Kalau dapat Lala yang semuanya fresh memang sedap. Rebus ketuk serai pun sedap hirup kuahnya kalau Asari fresh. Buat Kerabu pun sedap.

Resepi LALA GORENG SERAI PEDAS ini  ilham dari masakan Lala di kedai Thai Seksyen 27 Shah Alam. Bila makan kat luar kena dengan selera,  E-na akan cuba agak bahan-bahan yang digunakan dan akan cuba masak sehingga dapat rasa seperti yang diinginkan. Lain kali boleh makan sedap dan makan banyak sebab dah boleh masak sendiri kan...;-)


RESEPI LALA GORENG SERAI PEDAS

Bahan-bahan:
  • 1kg asari / lala / kepah
  • 7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)*
  • 2 batang serai dihiris nipis*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit air asam jawa / asam keping
  • Garam dan perasa
Cara-cara:
  1. Rendam Lala paling kurang 1/2 jam. Lebih lama lagi elok. Bila air nampak kotor boleh salin sekali.
  2. Bersihkan Lala dan sejat.
  3. Blend semua bahan-bahan yang bertanda * di atas.
  4. Panaskan minyak secukupnya.
  5. Tumis bahan blend  sehingga betul-betul masak, wangi, naik minyak dan agak garing.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan perasa. 
  7. Bila dah cukup rasa pedas, masin masukkan Lala dan kacau rata.
  8. Tambah sedikit air jika perlu. 
  9. Tutup api bila kulit lala sudah terbuka.
  10. Angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen. 


TIPS MEMILIH DAN MEMASAK LALA DARI LOVELY KITCHEN
  • Pilih Lala/ Asari / Kepah yang masih hidup untuk menjamin rasa yang fresh dan bersih.
  • Rendam Lala/ Asari / Kepah yang masih hidup sebelum di masak supaya kotoran dalam kulitnya terkeluar semasa ia membuka kulitnya.
  • Masak sekejap sekadar Lala terbuka kulitnya supaya rasa lebih fresh / manis dan Lala/ Asari / Kepah tidak terpisah dari kulitnya.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Chocolate Banana Oat Marble Muffin. Thanks...

10 comments:

Gee® said...

salam ziarah, sedapnya lauk....

Anna Qawina said...

wangi ni bau serai yer...sedap makan dengan nasi panas2...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ayu part benda ni mesti fail nak beza lala kepah etc ngeee
but heroes dlm umah ni x mkn cuma ai jer makan so jrng masak la....tapi lala akak menggoda jiwa ai ni ouchhhh

nonierahman said...

bestnya lala,mkn dengan nasi hangat mmg x henggat :)
laparnyaaaa

tun_telani said...

salam kak ena.. alaa.. tun xpandai makan.. rasa2nya fobia sbb masa kecik2 dulu pernah makan kerang pastu bau dia pelik, tun sampai muntah2.. smp skrg tun x makan kerang, kepah, lala, dan apa sahaja yg se-specis dengannya. huhu..

Adry@Daun said...

Menu yg mcm gini selalu saya mkn sbb mmg duk dkt2 dgn laut..hehe..

Nuridah said...

Assalamualaikum Ena,

lama kak nur tk singgah sini...sedapnya lala tu...dh terasa mcm kat tekak nie.

Soo Hae Daa said...

akak mmg the best lah akak..!! leh mkn n agk2 resepi then masak sndiri..kagum betol..!!

akak mmg pakej lengkap la nih...dpt jhit bj melayu tu bkn calang2 org leh buat...wahhh..untung hubby n ank2 akak... =)

Malay-Kadazan girl said...

Natsukashiiiiii...dulu selalu beli asari gak masak camni memang syok!

Mauricemetw said...

akak mmg the best lah akak..!! leh mkn n agk2 resepi then masak sndiri..kagum betol..!! akak mmg pakej lengkap la nih...dpt jhit bj melayu tu bkn calang2 org leh buat...wahhh..untung hubby n ank2 akak... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...