Dalam entry 'Teruja Dengan Bunga Pertama' E-na ada masukkan gambar Pokok Ulam Raja dan minta friends and readers teka nama pokok berkenaan. Betullah tekaan Kak Amie dan Kak Ilah, Pokok Ulam Raja. Nak hadiah kena datang ambik kat Nagoya ye sis...;)
Ulam Raja memang tidak asing lagi bagi penggemar ulam-ulaman. Kat Jepun ni tak jumpa pulak pokok ni. E-na minta mak kirim benih Ulam Raja last year masa autumn. Dah try tanam masa tu tapi susah nak hidup subur mungkin tidak sesuai dengan cuaca sejuk.
Bila tanam musim panas ni cantik pulak naiknya. Gambar yang di bawah ni gemuk je batangnya...dah boleh kutip buat ulam...tapi tunggu gengnya besar sikit baru cukup kuota...;p
Kat bawah ni masa pokok gemuk gambar atas tu kecik lagi.
Yang ini ulam raja dalam pasu semaian.
Inilah geng ulam raja yang telah di alih ke tempat yang lebih selesa. Tunggu sikit lagi boleh tuan pasu kutip buat ulam...tak sabar ni...Menurut Kak Illah, ulam raja boleh buang kolestrol. Bagus tu kan...Jom try! Sedap tau...
7 comments:
Ena, pucuk ulam raja tu sedap cicah dengan sambal kelapa, dan kalo buat kerabu dengan sardin pun sedap...uh...rindunya...dh lama tak makan..dulu kat kg akak mmg banyak pokok ni..
e-na... nk tnya ni. tp.. malu la pulak. sbb tnya kat org yg duk kat jepun. hihihi...
camner ek rupa benih ulam raja tu?
anak pokok ke? atau biji?
cam tbau2 je harum ulam ni.. ;)
Assalam,
Mamawana memang suka ulam raja, kunyah2 dlm mulut sedap rasa dan baunya...
salam kak e-naa jiran kite kt sini ade tanam ulam raja nih...segarrrr bugarr tp bile dah balik malaya dahn kejungg lepas kene salji bru nih..sedih kite tgk..
errmmm nk tny pokok cili padi akak bpe lame nk berbuah...kite dah naik tinggi tp lom buah2 lg laa ka e-na
Bestnyeeeee... menanam sendiri...
ooo amie pun tepat juga tekaanya ya..tak perasan pula..tak baca pun komen kwn2..hehehe...kena kongsi hadiah kacang paNjang sulung e-na lah nanti hehehe jom amie kita naik jet p jepunggg...
Post a Comment