Mari kita warnakan nasi lemak yang biasa di buat tu jadi seindah pelangi selepas hujan panas. Pasti anak-anak menggemarinya.
Resepi dan post kat sini dulu atau boleh juga refer di myresepi. Layan gambar nasi lemak hujan panas dengan kamera hp kat sini. Nak berkenalan dengan cik halba dating kat sini ye.
Di bawah E-na taip kan resepi yang menggunakan sukatan metrik.
Resepi Nasi Lemak Hujan Panas
Bahan-bahan :
- 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai)
- 200ml santan pekat
- 500ml air
- 1 sudu kecil garam halus
- 1/2 inci halia (di hiris 4)
- 1/2 sudu kecil halba
- 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
- 1 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning
Cara Memasaknya :
- Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
- Masak nasi seperti biasa.
- Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
- Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
- Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
- Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
- Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
- Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur.
10 comments:
Ena...teringat nasi minyak Terengganu...nasi lemak color-color tak pernah jumpa lagi
boleh cuba ni...mesti anak2 ira suka
assalamualaikum ena,
cantiknya.....kreatif & inivatif! meriah....
memang ceria jd nasi lemak ni...ida pernah buat sekali masa hari undoukai anak bulan lepas kut..malas nk entry lagi...
Salam kak enaaaaaa!!!!!! mata kita pun dah ada pelangi2 ni kak cantek!!!!! masuk list tp mcm tak kompiden pulak nak buat kaler maler gitu sellu tak menjadi hihihi... suke timun jepun :D
adohaiii...cantiknyer..sayang nak makan kalau camni..
salam kak ena.. menari ni nasi lemak ni,,, warna warni tentu berselera anak2 makan.. leh cuba nanti
wahh...cantik nasi lemak tu...
caler maler..'
berseri2 jerk mas tengok...
wah menarik la... leh la try....
Post a Comment