Sekarang sudah penghujung musim bunga. Beberapa minggu lagi natsu (summer). Musim yang sesuai untuk menanam pokok-pokok yang boleh di kutip hasilnya. Antara pokok-pokok yang E-na beli ahad lepas...
Pokok tomato ceri sudah berbuah pun...pokok paling mahal pernah beli kat jepun ni, 380yen. Kalau convert RM dah jadi RM14.35!
Benih Kacang Botol atau Kacang Kelisa ni harganya 280yen. Kalau menjadi boleh buat ulam kacang botol. Ini antara benih yang mahal kat home centre yang e-na pegi tu. Benih carrot, sawi, kobis, bawang boleh dapat 105 yen 2 pek di Daiso. Home centre yang E-na beli ni jual 180yen.
Pokok Cili padi ni dah pun mula berbuah. Harganya 98 yen...macam 98sen je. 2 pokok E-na beli. Ikut hati nak ambik 5 pokok. Bila fikirkan ruang yang terhad dan nafsu hendak menanam pokok-pokok lain lagi, 2 pokok cukup lah.
Last year beli anak pokok cili, tanam dari kecik hingga berbuah. Tahun ni jumpa yang dah berbuah. Sepokok tu dah ada 3 biji buahnya, sepokok lagi baru sebiji cili yang keluar. Harap pokok cili ni berbuah lagi lebat, dapatlah merasa cili api fresh seperti tahun lepas. Boleh baca tentang pokok cili api disini.
Cili api @ cili padi jenis yang kat atas ni e-na beli sepokok. Harganya 180yen. Baru pagi tadi selesai alihkan anak-anak pokok ke dalam pasu yang sesuai. Hidup subur dan berbuah lebat ye pokok-pokok ku sayang...muaaahhh!
Layan gambar-gambar pokok kat atas ye, tuan rumah nak pergi keluarkan peluh main badminton pula. Hari ni Damia balik awal, sempatlah mamanya pergi main. Jom sape nak ikut!!!
22 comments:
Salam kak ena..bestnye ade kebun sayur.teringin gak nk tnm,tp takut xtrbela.kcg botol da lm xmkn,feveret tuh;)
seronoknya tengok e-na memborong pokok2 tu.....
selamat berkebun yerk...
asalam ena,
kita suka makan tomato ceri tapi tak jumpa pula pokoknya... he ehe cantik kan kalau dah masak...merah2 gitu...
pokok cili yg lebat tu dah mati ler.. sekarang dah tanam baru, ada byk pokok tp lom buah2 lagi.. selamat bercucuk tanam lah ye
salam kak ena.. ita tak tanam pun pokok sejak pindah rumah bertingkat ni.. tinggal je pasu tu kat rumah lama bagi adik2 tu jaga... bestnya bila petik hasilnya nanti
dah mula berkebun ya.thn lepas pokok cili abis mati.gemuk2 lak tu.rindu nak berkebun.
salam kak ena.. kite pun tgh mood berkebun sekarang nie.. tomato cheey pun dah dituai hasilnye...amai!!! yg maslaah skrg nie adalah pokok cili padi kite nie...diserang oleh abura mushi la pulak.. geramnye!!!
Wah rajinnya akak bercucuk tanam! :D
salam kak ena..
serius tak tau kt japan ni ada jual benih cili api n kacang kelisa..sbb x pernah jumpa lagi setakat ni..tp klu kita tanam pun, confirm x hidup..dh byk kali cuba asik mati je pokok..org ckp tangan panas..x sesuai tanam pokok..hehe
Kamalia : curi2 masa sikit utk berkebun...suke tgk kehijauan pokok2...tenang je...
mas : memborong mmg best, yg x bestnya klu convert RM, mahai jdnya pokok2 tu...xpe yg penting puashati...kan mas...
Amie : betul tu merah2 cute je bila dah masak...cuba tgk kat nursery pokok2 biasanya ada jual..
Jamie : tgk kan cilinya lebat betul...yup happy gardening!
Juwita : apsal x bawa pokok2 tu, xde balkoni ke...e-na ni pun kat tingkat 6...
anie : dah start dah..jom2 wat kebun baru pulak natsu ni...
umie : tgk gak kebun amie..byk pokok2 tu...cili mmg senang diserang musuh...nak kena tgk selalu...last yr e-na penyek je pendatang tanpa izin tu semua..he he
lovetocook: berkebun mmg my hobby selain dr cooking love...
Jue : Benih kacang kelisa mmg x semua home centre n daiso ada jual...yang tak jumpa lagi benih kangkung...sejak dr dtg jepun dok cari...lum jumpa lg...huhuuu
Salam Kenal..1st time tau kat Jepun pun ada pokok cili padi..Org Jepun kan tak makan pedas...
salam kenal...eermmm camna nak kenal ni, xde link...;p
banyak juga anak2 pokok cili di jual kat nagoya...biasanya diaorg buat hiasan je...kekadang ada tulis kt pokok cili tu bukan untuk di makan!
Akak!! nak no phone. nak petua tanam pokok camne. jeles tengok org tanam dapat hasil. hwaa.. jeles! hihi...
kak ni no phone kita nnti sms eh. :D
09029884523
Sori..luper nak ltk link...hehehhe
http://cinta-matahariku.blogspot.com/
Post a Comment