Wednesday 11 November 2009

:-> Roti John Bersayur





Pagi tadi sebelum masak Nasi Lemak, E-na on kan Mr. BM suruh dia uli doh untuk buat Hotdog Bread. Bila dah siap uli E-na pun sambung proses seterusnya hingga menjadi Hotdog bread tapi bukan nak buat hotdog...nak buat Roti John Bersayur.

Roti John Bersayur ni E-na buat utk minum ptg ni...E-na masukkan sayur yang di cincang halus supaya ianya seimbang ada lauk, sayur di dalam roti.


Untuk Intinya
Bahan-bahannya :-)
  • 2 keping daging burger di potong dadu kecil
  • 1/4 biji bawang besar di potong dadu halus
  • 1/2 sudu besar serbuk kari dibancuh dgn air
  • 2 inchi carrot dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji pimang (capscicum)
  • sedikit kobis dicincang halus
  • Garam dan perasa
  • 1/2 sudu besar marjerin(guna minyak masak pn boleh)
  • 1/2 sudu besar minyak jagung(guna minyak msak pn boleh)
Cara membuat Inti:-)
  1. Panaskan minyak jagung dan marjerin.
  2. Tumiskan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau.
  4. Kemudian masukkan daging burger. Tekan2 daging dengan sudip supaya tidak berketul2.
  5. Masukkan semua jenis sayur dan garam.
  6. Kacau rata dan biarkan sayur lembut dan inti agak kering sedikit barulah di angkat.

Roti John Bersayur
Bahan-bahannya:-)
  • 6 ketul Roti hotdog atau yang seumpamanya
  • Inti daging bersayur
  • 6 biji telur
  • Chilli Sauce
  • Mayonis
  • 1000 island sauce
  • Sedikit marjerin
Cara Membuatnya:-)
  1. Roti di belah dua tetapi jangan putus.
  2. Sapukan sedikit sahaja marjerin pada roti. Ketepikan.
  3. Pecahkan sebiji telur ke dalam cawan.
  4. Masukkan 2 sudu besar Inti Daging bersayur ke dalam telur tadi.
  5. Tambahkan sedikit garam dan kacau.
  6. Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
  7. Dengan api perlahan, masukkan semua bancuhan telur ke dalam pan seperti gambar no 1 di bawah.
  8. Masukkan roti yang telah di sapu marjerin tadi ke atas telur seperti gambar ni 2 di bawah.
  9. Tekan-tekan roti supaya menyerap telur.
  10. Bila telur telah masak bolehlah di angkat, gambar no 3.
  11. Ulang langkah 3 hingga 10 hingga selesai.
  12. Picitkan chilli sauce, 1000 island sos dan mayonis ke atas lapisan telur seperti gambar no 4.
  13. Lipat semula Roti tadi dan potong untuk di makan.
  14. Dah siap...senang kan...Selamat Mencuba! Yummy...yummy


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

10 comments:

ain said...

pg ns lemak sambal udang,petang roti john pulak!!! bestnyaaaa!!!! nak mai umah e-na lah!!

Watierman said...

La...John pi Jepun pulak dah..Mary dia tinggai kat mana???

Masak E-na masak..jgn dok saja....makan E-na Makan.....ada lagi dak????

E-na said...

K.Ain : Pintu umah E-na sentiasa terbuka kak jemputlah masuk jer klu tuannya x der pun...

K.watie : Kah kah kah ade2 jer k.watie nii...tu la kak masak makan masak makan aaaiii risau gak ni kang balik mesia double size E-na ni...errrmm sumenya dah selamat kakkk..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

huissh..ni bertambah laparlah saya ni...

bez betullah bila semua boley buat sendiri... saya ni roti beli kat babu/bai roti jer..huhuhu..

LyanaSyaZam said...

isshhh pandainyer E-na buat roti john
nampak sedap sngt,lyana copy resepinyer yer...

E-na said...

Rina : Masa tgh bercuti ni boleh lah try buat semua...nnt bila dh balik keje jarang2 bole buat sndiri kan..roti pn beli je laa..hihi

Lyana : Xder la pandai sgt pun...ikut sedap hati jer ni...ambik le resepi tu, nnt bila dah buat komen le sket ape rasanya yer...selamat mencuba

zarin said...

salam singgah
roti..bestnya sbb i tgh gian dok buat roti ni...hihihi maklum le baru cuba2 belajar wat roti...
makanya i akan selalu lah berkunjung ke blog u ini...boleh tk?....hihihi muka tk malu kua kua kua

Anonymous said...

bestnye kalo dpt roti john nie wat breakfast..huhu

MamaFaMi said...

Dapat dua ketul roti ni dengan segelas susu panas, mesti tersandar kekenyangan!

E-na Zarina said...

Zarin : Tq singgah lovelykitchen. Boleh ajer..dtg lah selalu, tetamu kan pembawa rezeki..

Ijan: Nanti kita wat lg ye Ijan..yg ni dh habis ler...

MamaFami : betul3.. mkn panas2 waah ooiishiii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...