Pagi tadi sebelum masak Nasi Lemak, E-na on kan Mr. BM suruh dia uli doh untuk buat Hotdog Bread. Bila dah siap uli E-na pun sambung proses seterusnya hingga menjadi Hotdog bread tapi bukan nak buat hotdog...nak buat Roti John Bersayur.
Roti John Bersayur ni E-na buat utk minum ptg ni...E-na masukkan sayur yang di cincang halus supaya ianya seimbang ada lauk, sayur di dalam roti.
Untuk Intinya
Bahan-bahannya :-)
- 2 keping daging burger di potong dadu kecil
- 1/4 biji bawang besar di potong dadu halus
- 1/2 sudu besar serbuk kari dibancuh dgn air
- 2 inchi carrot dipotong dadu kecil
- 1/2 biji pimang (capscicum)
- sedikit kobis dicincang halus
- Garam dan perasa
- 1/2 sudu besar marjerin(guna minyak masak pn boleh)
- 1/2 sudu besar minyak jagung(guna minyak msak pn boleh)
Cara membuat Inti:-)
- Panaskan minyak jagung dan marjerin.
- Tumiskan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan serbuk kari dan kacau.
- Kemudian masukkan daging burger. Tekan2 daging dengan sudip supaya tidak berketul2.
- Masukkan semua jenis sayur dan garam.
- Kacau rata dan biarkan sayur lembut dan inti agak kering sedikit barulah di angkat.
- 6 ketul Roti hotdog atau yang seumpamanya
- Inti daging bersayur
- 6 biji telur
- Chilli Sauce
- Mayonis
- 1000 island sauce
- Sedikit marjerin
Cara Membuatnya:-)
- Roti di belah dua tetapi jangan putus.
- Sapukan sedikit sahaja marjerin pada roti. Ketepikan.
- Pecahkan sebiji telur ke dalam cawan.
- Masukkan 2 sudu besar Inti Daging bersayur ke dalam telur tadi.
- Tambahkan sedikit garam dan kacau.
- Panaskan sedikit minyak di dalam pan.
- Dengan api perlahan, masukkan semua bancuhan telur ke dalam pan seperti gambar no 1 di bawah.
- Masukkan roti yang telah di sapu marjerin tadi ke atas telur seperti gambar ni 2 di bawah.
- Tekan-tekan roti supaya menyerap telur.
- Bila telur telah masak bolehlah di angkat, gambar no 3.
- Ulang langkah 3 hingga 10 hingga selesai.
- Picitkan chilli sauce, 1000 island sos dan mayonis ke atas lapisan telur seperti gambar no 4.
- Lipat semula Roti tadi dan potong untuk di makan.
- Dah siap...senang kan...Selamat Mencuba! Yummy...yummy
10 comments:
pg ns lemak sambal udang,petang roti john pulak!!! bestnyaaaa!!!! nak mai umah e-na lah!!
La...John pi Jepun pulak dah..Mary dia tinggai kat mana???
Masak E-na masak..jgn dok saja....makan E-na Makan.....ada lagi dak????
K.Ain : Pintu umah E-na sentiasa terbuka kak jemputlah masuk jer klu tuannya x der pun...
K.watie : Kah kah kah ade2 jer k.watie nii...tu la kak masak makan masak makan aaaiii risau gak ni kang balik mesia double size E-na ni...errrmm sumenya dah selamat kakkk..
huissh..ni bertambah laparlah saya ni...
bez betullah bila semua boley buat sendiri... saya ni roti beli kat babu/bai roti jer..huhuhu..
isshhh pandainyer E-na buat roti john
nampak sedap sngt,lyana copy resepinyer yer...
Rina : Masa tgh bercuti ni boleh lah try buat semua...nnt bila dh balik keje jarang2 bole buat sndiri kan..roti pn beli je laa..hihi
Lyana : Xder la pandai sgt pun...ikut sedap hati jer ni...ambik le resepi tu, nnt bila dah buat komen le sket ape rasanya yer...selamat mencuba
salam singgah
roti..bestnya sbb i tgh gian dok buat roti ni...hihihi maklum le baru cuba2 belajar wat roti...
makanya i akan selalu lah berkunjung ke blog u ini...boleh tk?....hihihi muka tk malu kua kua kua
bestnye kalo dpt roti john nie wat breakfast..huhu
Dapat dua ketul roti ni dengan segelas susu panas, mesti tersandar kekenyangan!
Zarin : Tq singgah lovelykitchen. Boleh ajer..dtg lah selalu, tetamu kan pembawa rezeki..
Ijan: Nanti kita wat lg ye Ijan..yg ni dh habis ler...
MamaFami : betul3.. mkn panas2 waah ooiishiii..
Post a Comment