Sunday, 15 November 2009

:-> Sour Chicken


Sour Chicken

Bahan-bahannya:-)
  • 6 ketul ayam
  • 2 sudu besar oyster
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 batang serai dititik
  • 3 biji cili api- nk pedas tambah lagi
  • Bawang besar - dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 ulas bawang merah _dimayang halus
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan perasa
Cara Membuatnya:-)
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan di goreng sebentar. Jangan sampai garing, sekadar masak je. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam pan dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Kecilkan api dan masukkan oyster, sos ikan dan cuka. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan serai dan sedikit air.
  5. Masukkan bawang besar dan ayam, kacau rata.
  6. Masukkan baki air tadi,cili api, garam dan perasa.
  7. Kacau dan kalau agak kering bolehlah di tambah sedikit air lagi.
  8. Bila bawang sudah layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  9. Lagi cantik jika dimasukkan traffic light capsicum.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^




6 comments:

ain said...

eermm... sedapnyaaa!!! akak just goreng ayam ngan tepung adabi je ari ni. sonang kerja!!

Azmiezas said...

Nampak sedap n senang nak bikin..so hari ni kita dapat lagi satu resepi nak masak ayam..tq E-na.

fzi said...

Salam e-na...
mmmmm...nampak mabeles sour chicken tu... boley la try buat InsyaAllah.... selalu tu akak familiar ngan ikan sweeet sour je. So kali ni kita try chicken sour pulak kan e-na... :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wuissh..lebih kurang cam chicken sweet sour eh...

pape pon bila lapar memang sedap ..

blogresipi said...

Sedappnye sour ciken tue.. nak makan dgn sayur bayam kat bawah sinun tau!

blogresipi said...

Bayam lak.. sawi la..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...