Thursday, 19 November 2009

:-> Lompat Tikam



Lompat Tikam....jangan tanya E-na kenapa kuih ni diberi nama Lompat Tikam, memang E-na tidak ada jawapan untuk soalan tersebut....he he

LOMPAT TIKAM

(A) PULUT MERAH

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan air (bergantung kpd jenis beras pulut)
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah
  • 4 inchi daun pandan
  • beberapa titis minyak masak
Cara Membuatnya :
  1. Beras pulut di cuci.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali minyak masak ke dalam rice cooker.
  3. Kacau supaya pewarna bergaul rata.
  4. Masak seperti biasa.
  5. Bila hampir kering masukkan beberapa titis minyak masak dan gaul rata.
  6. Biarkan sehingga pulut masak.

(B) ADUNAN HIJAU
Bahan-bahan :
  • 150g tepung beras
  • 700ml air
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau (Lebih sedap jika blender daun pandan dan ambil airnya)
  • Sehelai Daun Pandan
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan kacau bersama tepung beras dan air kapur.
  2. Kemudian barulah hidupkan api.
  3. Dengan menggunakan api sederhana, kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  4. Bila agak pekat keluarkan daun pandan tadi. Kacau sehingga mendidih dan 'meletup-letup'. Ianya perlu betul-betul masak kalau tidak ianya lembik dan tidak sedap.
  5. Tips untuk mengetahui adunan betul-betul masak ialah permukaannya agak berkilat, terasa semakin ringan ketika mengacaunya dan sudah tidak terasa tepung.
  6. Sejukkan di dalam loyang dan bila betul-betul sejuk barulah di potong.
  7. Adunan ini agak lembut dan hendaklah menggunakan sudu untuk mencedoknya. Jika mahukan adunan yang keras dan boleh dipotong bolehlah kurangkan sukatan air.
  8. E-na sukakan yang lembut jadi E-na masukkan terus ke dalam silicon mould untuk senang dikeluarkan nanti.
(C) KUAH SANTAN
Bahan-bahan :
  • 200ml santan dalam tin
  • 1/4 tsp garam (ikut citarasa masing-masing)
  • 3/4 tbs tepung beras (lebihkan jika mahu kuah yang pekat)
  • Daun pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  2. Kacau sehingga mendidih dan menjadi pekat.
(D) AIR GULA
Bahan-bahannya:
  • 50g kurosato/ gula melaka
  • 1 tbs gula pasir
  • 1/4 cawan air (boleh tambah jika x suka pekat)
  • Daun Pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan kacau sehingga hancur.
  3. Berhati-hati jangan sampai hangit nanti pahit.

CARA MENGHIDANG :
  1. Masukkan sedikit pulut merah dan adunan hijau ke dalam pinggan.
  2. Siram dengan santan dan air gula.
  3. Sedia untuk di makan.
  4. Rasanya seperti makan cendol je kan sebab bahan yang sama cuma bentuk yang berbeza.
  5. Kalau di musim panas boleh tambah ais di dalamnya...adussss sedap bangat!





Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

12 comments:

Fa'e said...

wooo...camni ke rupa lompat tikam...hehehe, jakun tol la k fae nie...dok dengar org ckp je! tp x penah nengok pon rupa paras nye...asal negeri mana ekk kueh ni?

zarin said...

sedap sedap...jamu mata pun boleh sedap jugak :D
lamanya tk makan lompat tikam..

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

lamonyo tok make lompat tike ni. E-na faham tak apa yg saya tulis tadi? hehe

ZaiY said...

salam e-na..
maaf bebanyak lambat ziarah blog e-na. trima kasih krn sudi lawat blog saya yg xseberapa tu.nmpak sedap sgguh lompat tikam tu, tapi sy belum pernah merasa kuih ni, kesian saya kan..hehhe

Azmiezas said...

E-na..>..kita penah makan kuih ni..kuih ni datangnya dari kelantan kan coz dulu jiran kita owang kelate dia selalu buat..I likkee..

HaSue said...

alala...comelnya kuih lompat tikam tuh kaler pink lagik pulutnya ek.. agak2 ader belen tak e-na? ;)

AZIAN said...

Salam, cantikkk nye..molek lg tuh. Tak tau plak lompat tikam ada pulut. Selalu makan yg hijau dgn santan dan gula kerek aje...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

lain sket dari yg saya makan kat kg abg di Lipis.

kat sana warna hijau&putih & tak guna pulut..

cikmanggis said...

alamak comey nya lompat tikam ni...pulut tu yang menambah sedapnya!

blogresipi said...

Ala comel2 design lompat tikam die... sayang pula nak tikam-tikam.heheh

E-na said...

Fa'e: kuih ni biasanya kat kelantan n terengganu...tp klu kat P.malam s.alam tu ada gak org jual....

Zarin : Jemput2 makan zarin he he

Nur,Nura,Nurad,Yani : Pehe sangat..he he

ZaiY : Sama2...bolehlah cuba buat kan...

Azmiezas : suke jugak yer?...

Hasue : Dah selamat sumenya sue...he he

Azian : kat umah ni pulut yang abis dulu kak...

A.z.r.i.n.a.03.07. : Boleh jugka klu x letak pulut pun still lompat tikam kan....

Cik manggis: betul2 tu...

Blogresepi : ala ijan klu sayng nak tikam kita tengok je la yek..he he

Anonymous said...

nenek sy kata, knapa dinamakan lompat tikam sbb bahagian hijau tu nenek sy masak di atas dapur hingga mendidih...masa ia mendidih tu batter akan melompat2... so petua org dulu2 kalo xnak batter tu melompat2,amik lidi + cucuk batter sekali skala dalam periuk...hehehe... tula sbbnya org tua2 bg nama kuih ni lompat tikam... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...