Friday, 20 November 2009

:-> Chocolate Chips Bun


Chocolate Chips Bun
Bahan-bahannya :
  • 110ml air
  • 100ml fresh milk
  • 260g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 16g gula (2 sudu besar)
  • 12g susu tepung (2 sudu besar)
  • 5g garam (1 sudu kecil)
  • 20g butter
  • 2 sudu besar choco powder
  • 3g dry yeast (1 sudu kecil)
  • Chocolate chips

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan susu ke dalam bread maker.
  2. Kemudian masukkan separuh dari tepung roti diikuti dengan garam, susutepung, butter, dan choco powder.
  3. Masukkan pula baki tepung roti tadi bersama dengan tepung gandum.
  4. Buatkan sedikit lubang pada tepung td dan masukkan dry yeast kedalamnya.
  5. Pilih menu doh dan tunggu hingga selesai.
  6. Bila dah siap keluarkan doh dan tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kpd 12 bahagian, lebih kurang 48g setiap satu.
  8. Jika mahukan bun yang besar boleh bahagikan kpd 9 bhgn shj.
  9. Kemudian ambil satu bahagian dan masukkan chocolate chip (lagi byk lg sedap) secara berselerak supaya tidak berkumpul di satu tempat. Bentukkan menjadi bulat.
  10. Buat semua sehingga selesai.
  11. Masukkan ke dalam oven yang TIDAK di ONkan dan letakkan semangkuk air panas di bawah tray doh td dan tutup pintu oven.
  12. Langkah ini untuk mempercepatkan proses pengembangan roti.
  13. Bila dah kembang dua kali ganda, selepas 15-20minit gitu, bolehlah di bakar.
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit.
  15. Bila dan masak sapukan sedikit marjerin dipermukaan roti untuk mengilatkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

7 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

BM baru yer.... semangat berkobar2 kann ?...

Pagi ni xbekfes..tengok bun ni buat terliur jer...hehehe..

fzi said...

Salam e-na...
mmm...bestnya roti...sedap tuh makan yang panas2 baru kuar oven... :)

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

e-na..kalau e-na, duduk kat Kuching..tinta sanggup jadi pelanggan beli roti tu...sedap btul kalau mkn masa masih panaskan..hari tu ada baca kat blog 3NQ..ttg E-na dpt mesin buat roti tu..berbaloilah cik abg bagi mesin tu kat E-na....

Watierman said...

oo padan le..rajin meroti...Akak yg tak ber BM ni pun dah banyak hari tak meroti..hari ni beli Gardenia jer...kesian Along sejak balik tak uli roti untuk dia lagi....tapi dah upah sebiji coklat kek hihihi tu pun dah dia kasi licin!...Nyummy la nampak roti tu!!!

blogresipi said...

Ade cik BM bestnye... nak roti nak roti!!! nak cicah ngan air cekelat. :)

geraugebang said...

Salam kenal dari kak gerau. Jenguk-jenguk ada roti. best gak cecah air milo ek.

E-na said...

a.z.r.i.n.a.03.07 : he he baru 21 hari usianya...tp cam kecik la plak...hubby kata kena beli yg besar lg ni, x cukup!

Fzi : Wsalam kak...betul tu mmg laris betul bila kuar dr oven tu...

Tintacyber : Ha ha ha nak kena pindah kuching la plak yer...memang berbaloi2...

Watierman: Kak watie ni mmg rajin betul meroti, respek2...E-na sblm ada BM pun menguli gak tp penat la sebab ada bb sambil berperang ngan dia nak menguli he he...ni senang la sket..

Blogresepi : Ambik ijan ambikkkk...

geraugebang : Salam kenak kak..Tq sudi singgah lovelykithen...jemput datang lagi ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...