Friday, 13 November 2009

:-> Hotdog Bread


Semalam cuaca cerah...means ada cahaya matahari so E-na busy mendobi...ari ni dah mendung semula, baju2 yang dobi ari ni akan kering dalam kesejukan lah...Baby baru tido, ambik peluang post kan resepi Hot dog bread yang E-na buat untuk Roti John Bersayur baru2 ni ...sebelum masuk dapur masak untuk lunch.

Roti ni boleh di gunakan untuk buat hotdog, roti john atau ape2 je la, nak makan cicah dgn milo panas pun boleh.


Hotdog Bread
Bahan-bahannya:-)
  • 100ml fresh milk
  • 60ml air
  • 250g tepung roti
  • 1 1/2 tbs gula
  • 1 tbs shortening
  • 2 tbs susu tepung
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp dry yeast

Cara Membuatnya:-)
  1. Masukkan air dan fresh milk kedalam Bread Maker.
  2. Masukkan separuh tepung diikuti dengan semua bahan lain kecuali dry yeast.
  3. Kemudian masukkan baki tepung tadi.
  4. Buatkan sedikit lubang di atas tepung dan masukkan dry yeast.
  5. Pilih menu "doh' dan on kan Bread Maker.
  6. Bila dah siap keluarkan doh dari bread maker dan tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kepada 6 bahagian. Setiap satu seberat lebih kurang 76g. Bulat2kan.
  8. Rehatkan doh dalam 10 minit.
  9. Kemudian bentukkan panjang lebih kurang 12 ke 13cm.
  10. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30-50 minit. E-na masukkan kedalam oven yang tidak di onkan dan letakkan semangkuk air panas dibawah tray untuk mempercepatkan proses pengembangan.
  11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 12 ke 15 minit.
  12. Bila dah masak bole sapu sedikit marjerin di permuakaan roti. Biarkan di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan.
  13. Sejukkan di atas redai.
  14. Bila dah sejuk bolehlah digunakan untuk membuat roti john bersayur itu...Selamat mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

8 comments:

Watierman said...

hai MR BM kena kerja kuat minggu ni E-Na...jgn sampai dia mogok dah!!! Akak dah kehabisan tepung roti...!!Jeles tengok roti E-Na...huhuhu..

HaSue said...

nih kalo mkan ngan kari pun mesti sedap kan...kite lak malas nak wat roti2 nih sebab kang kite jek makan n tmbh2 berat bdn kite sorg..ahaks..
tapi suka gak wat roti nih sebab leh tmbh skill kan..huhu

ain said...

akak nak beli gak le BM. teringin pulak nak meroti!hehe

E-na Zarina said...

Watierman : Mcam tu la nmpaknya kak..mmg guna betul...jgn dia mogok dah...E-na pun bru dpt stok tepung roti tu...

Hasue : kt umah ni mmg hantu roti semuanya..tambah lg bila baru kuar oven, mcm grg pisang panas cepat jer abis...

Ain : Beli kak jgn x beli (menghasut ke ni???)

MaNjE said...

salam E-Na
manje datang ziarah nie..
sdapnya roti tu..nak sikit boleh?

mamamin said...

salam ena..
tengok visual mmg tertarik nak cuba buat.. mintak2 jadi la yerk..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dari a to z sume home made ...huhuhu..

bila lah boley buat sumer tu ...

E-na Zarina said...

MANJE : wsalam...Jemputlah masuk...ambik je la yang dah terhidang tu yer, he he

Mamamin : Tq mama...cubalah insyaallah jadi.

A.z.r.i.n.a.o3.07: Tu yang sekejap jer masa berlalu sebab sumenya nak buat...insyaallah ada lah waktunya nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...