Wednesday, 25 November 2009

:-> Maki Sushi


Ini lah rupenya Maki Sushi versi mesia...he he x pandai lg nak menggulung. Maki tu maknanya 'gulung' ye bukannya sushi yang kena maki @ marah!

Maki Sushi
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras jepun yang telah di masak seperti biasa.
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
  • 3 biji telur
  • Timun
  • Tuna mayonis
  • kani /crab stick
  • Nori / seaweed
Cara Membuatnya :
  1. Goreng telur yang telah di pukul dgn sedikit garam di dalam pan.
  2. Biar tebal telur tadi dan di goreng dgn api perlahan.
  3. Bila dah masak potong panjang.
  4. Bentangkan Nori. Yang kasar di atas.
  5. Letakkan nasi lebih kurang 2/3 nori
  6. Tekan2 rata dan padat.
  7. Letakkan timun, telur, kani, tuna.
  8. Gulung nori tadi.
  9. Potong se suka hati.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Shuke..shuke..shuke..

besa makan tapi beli lar...hehehe..

HaSue said...

beras jepun tuh kalo gantikan ngan pulut malaysia sedap gak kan..hihi.pastu taruk sambal tumis...gulung ngan seaweed..mmg tekak melayu ngengade nak japanese food..hihi

indahhouse said...

Salam E-Na,
wah, ada maki sushi, nampak senang nak buat. agak2 susah tak nak gulung. hihi. Selamat hari Raya AidilAdha, E-Na sekeluarga.

geraugebang said...

kak gerau ingat pun awak sudah maki itu sushi. Sedapnyeer. akak ngan anak-anak memang sawan sushi. nanti nak buat. yang isi sotong bercili tu tau cam na nak buat? Mana nak beli seaweed tu? akak tak jumpa pun.

geraugebang said...

ha ha ha. sudah lupa, kamu kat jepun. patut lah senang nak dapat kan seaweed tu. akak kat sini tara jumpa ooo. manyak susah. ki ki ki. malu aku.

niena elyas said...

along, ato je laa sushi free ke niena.. mmg dop kena maki.. ngee :D
tapi, maleh laa..or len kali je laa try. nice.

fateema said...

erm ,nk tanye la kat mne sye bleh bli nori ye ?

Lovely Kitchen said...

fateema : kat JUSCO biasanya ada Nori...try tengok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...