Monday, 9 November 2009

:-> Chocolate Cheese Cake


Sedap kek ni, E-na buat dalam dua loyang satu yang besar dan satu loyang kecil tapi sempat snap gambar dr acuan kecik jer...so layan gambar dulu yer...


Chocolate Cheese Cake


Bahan-bahannya:

{A}
  • 250g cream cheese
  • 50g gula
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil lemon juice(kurangkan kpd 1 atau 1/2 sudu kecil dah cukup)
Cara membuatnya :
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan lemon jus dan pukul hingga sebati. Ketepikan.

{B}
  • 150g butter
  • 135g gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 3 biji telur
  • 120g tepung kek/ self raising flour
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar cocoa powder
  • 1 sudu besar susu
Cara Membuatnya:
  1. Sapukan Acuan 20cm dengan sedikit majerin dan alaskan dengan cooking sheet.
  2. Panaskan oven 175 degree.
  3. Tepung, baking powder dan cocoa powder di ayak bersama. ketepikan.
  4. Pukul butter, garam dan gula hingga kembang.
  5. Masukkan telur satu persatu dan dipukul lagi.
  6. Kemudian masukkan essen vanila. kacau rata.
  7. Dengan menggunakan speed paling rendah, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  8. Masukkan susu dan pukul rata.
  9. Tuangkan separuh bancuhan ke dalam acuan yang telah di alas tadi. Ratakan.
  10. Kemudian masukkan semua bancuhan cream cheese {A} tadi dan ratakan.
  11. Akhir sekali tutupkan dengan semua bancuhan coklat dan ratakan.
  12. Bakar selama 45 minit, 175 degree atau sehingga cake tidak melekat pada cake tester anda. Selamat mencuba.
  13. *Mungkin boleh kurangkan sedikit jus lemon kpd 1 atau 1/2 sudu jer supaya x masam sgt....resepi asal guna rum.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Mrs Florence

7 comments:

ain said...

apa2 kek yg ada choc mmg ler sedap!! ditambah lg klu ada cis..mmg bertambah sedap la!!

fzi said...

Salam ena...
Nampak sedap keknya ena...
Akak hari tu dah tengok sekali kek ni tapi lupa kat blog mana, boley la try buat kebetulan cheese kat umah pun ada lagi...jgn lupa ya ena letak resepinya... hehe

Azmiezas said...

Amboi nampak sedapnya kek itew..dah la kita antu kek...nyum3x

E-na Zarina said...

k.ain : betul! betul! betul!

fzi : Wsalam kak. mmg sedap kak kek tu, nnt ena taip resepinya yer...ni bz ngan bb, x mau dok sorang2...nk main mama jer...

Aziemas: E-na pn suker kek jugak...he he

cheqna said...

warghh..

behnya kak..

yummy yummy

nway..salam perkenalan kak

blogresipi said...

bestnye choco cheese cake! dah la sehari dua ni asik nk makan yg cekelat2 jer..ish...

E-na said...

Cheqna : tq singgah lovelykitchen...salam kenal juga..

Ijan : chocolate2 ni mmg best kan, mmg x leh nak tahan mesti nk mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...