Tuesday, 10 November 2009

:-> Chocolate Raisin Soft Loaf


Roti ni asalnya resepi soft bread biasa tapi E-na dah tambahkan raisin dan chocolate powder untuk mempelbagaikan rasanya.

Chocolate Raisin Soft Loaf
Bahan-bahannya:
  • 100ml air
  • 110 ml fresh milk
  • 260g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 16g gula (2 sudu besar)
  • 12g susu tepung (2 sudu besar)
  • 5g garam (1 sudu kecil)
  • 20g butter
  • 3g dry yeast ( 1 sudu kecil)
  • 70g raisin
  • 2 sudu besar cocoa powder
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan raisin ke tmpt khas dalam bread machine.
  2. Pilih menu soft dan tekan on.
  3. Bila sudah masak , keluarkan dari acuan dan sejukkan di atas redai.
  4. Potong dan sesuai di hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.
  5. Roti ni lembut teksturnya....Selamat mencuba.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Manual Book Mr. BM

4 comments:

Watierman said...

Wah E-Na....dah meroti...dan gebusnya!!! Akak ni memang suka makan roti dari makan nasi...!

ain said...

bestnya tengok org pandai meroti. akak pun pandai gak, pandai beli roti je.hihi

E-na Zarina said...

K. Watie : Tu ler kak kat umah ni pun semuanya suke sgt roti...ni kira yang sempat di snap gambarnya sebab masa buat ni tgh mlm sume dah tido...klu x panas2 lagi dah habis...

K.Ain : he he klu dok mesia, E-na pn beli jer kak...mana sempat nak buat...

blogresipi said...

Gebus nye roti dia.. teringin nak ade BM jugak la...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...