Kalau tambah bahan-bahan lain lagi sedap tapi yang ni E-na bakar dan ikut cadangan kat belakang tu je...Makan panas-panas teringat cam kat kedai mamak lak..he he
Ayam Tandoori
Bahan-bahannya:
- 6 ketul ayam
- 2 1/2 sudu besar perencah tandoori maggi
- 2 sudu besar plain yogurt
- sedikit garam
- sedikit minyak masak
- Ayam dibersihkan dan di tos.
- Perap dengan semua bahan kecuali minyak selama 30 minit.
- Masukkan ke atas tray yang di alas dengan aluminium foil,sapu sket dengan minyak masak,dan titiskan beberapa titik minyak masak di atas ayam.
- Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree selama 30 minit.
- Selepas 15 minit, balikkan ayam.
- Dah masak keluarkan dan bolehlah ngap je...
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
2 comments:
hmmmmm, ayam sodap.. bosan2 dtg le sini ya
waduhh.lapo laa nengok ayam e-na nihhh...perencah tu..kalo duk msia pun,masa malas2 mmg berguna..hehe
Post a Comment