3 rasa bergabung menjadi 1...macam 3 in 1...E-na try resepi the hazel bloom. Nama resepi E-na tambah 'oat' untuk membezakan dengan resepi lain di Lovely Kitchen. Pasti muffin Chocolate Banana Oat Marble akan menjadi pilihan selepas ini jika ada oat di dapur. Yummy...yummy...
RESEPI CHOCOLATE BANANA OAT MARBLE MUFFIN
(19 biji papercup saiz di atas)
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung serbaguna (200 gram tepung kek / SRF)
- 1 cawan quick cooking oat (70 gram Quaker Instant Oatmeal)
- 2 sudu kecil baking powder (E-na tak letak sbb guna tepung kek)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (E-na tak letak)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan pisang yang di lenyek (230 gram - 3 biji)
- 1 cawan buttermilk
- 3/4 cawan gula (120 gram gula halus)
- 1/2 cawan minyak sayur (100ml minyak masak)
- 1 biji telur (E-na guna telur berat 65 gram)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar cocoa powder (E-na letak 2 sudu besar)
Cara-cara :
- Panaskan oven 170 darjah celcius.
- Sediakan bancuhan buttermilk. Rujuk resepi di bawah, abaikan step ini jika ada buttermilk.
- Di dalam mangkuk pengadun masukkan tepung, oat, baking powder, soda bikarbonat dan garam, gaul rata menggunakan whisker.
- Dalam mangkuk lain masukkan pisang yang telah di penyek, buttermilk, gula, minyak, telur dan esen vanila. Kacau rata menggunakan hand whisker.
- Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung. Kacau dengan whisker sehingga sebati.
- Keluarkan 1/3 dari adunan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
- Masukkan cocoa powder ke dalam mangkuk kecil dan kacau rata.
- Sudukan adunan putih ke dalam paper cup kemudian masukkan 1 sudu kecil adunan coklat ke atas adunan putih. Denga menggunakan chopstik pusingkan adunan coklat ke dalam aduan putih untuk membentuk marble. E-na buat macam ini sikit dan lapis selang seli sikit.
- Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga muffin masak. Boleh dihidangkan panas-panas atau sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Jika tiada buttermilk, boleh guna resepi ini sebagai pengganti buttermilk. Resepi dari frugalliving.
RESEPI BUTTERMILK SUBSTITUTE
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar cuka atau jus lemon (E-na guna cuka)
- susu - kurang dari 1 cawan (E-na guna fresh milk)
Cara-cara:
- Masukkan cuka ke dalam cawan penyukat.
- Tuang susu segar sehingga aras 200 ml.
- Biarkan selama 5 minit. Kemudian boleh digunakan mengikut sukatan resepi.
9 comments:
anak2 ida kalau mapin2 mmg diaorg suka...friday ni hoikuen ada program mikan gari, ingat nk buat mapin buat bekal..entah nk buat mapin apa ye? nk bgtw..mapin e-na ni nmpk sedap la
kak ena, kita x penah beli oat kat sini. ada eh? hihi.. x pernah cari pulak. ada sekali bawak stok dr msia dah habis buat biskut. :D
Oat mmg penuh Dlm umah ni
Sbb darl Ayu suka mkn
Bagus utk turunkan kolestrol jugak
Blh try la nnt
wahhh...menu sihat nih...nnt nk try buat =)
E-na..mufin memang kegemaran acik..sedapkan..tapi jarang sangat buat sendiri.selalu beli je kat kedai roti.
mapin pisang! tun suka makan mapin ngan kek pisang.. letak oat terasa lebih sihat la kan.. hihi..
Yum yum ada muffon fateh baru minta semlm.. Mama dia yg tak buat2 lagi
Alaa..xnak cuba boleh? Tu ada byk ketul kan...bak mai 3-4 ketulpun ok...
cantinya mupin..geram nengoknya.. mapin sihat ni..ada oat bleh kurangkan kolestrol kan Ena hihii..
Post a Comment