Friday, 14 October 2011

Barbie Doll Cake


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


E-na selalu berangan seronoknya kalau dapat deco kek cantik-cantik guna pelbagai jenis tips untuk buat ruffle, petal, star, leaf, basket and roses. Wilton Master Tip Set 56pcs hubby dah bagi 2 tahun lepas tapi belum dapat di gunakan sepenuhnya. Tak tahu kat mana nak cari creamwell untuk buat buttercream. Pernah buat buttercream yang tidak menggunakan krimwell tapi hasilnya tidak seperti yang dikehendaki. Buttercream lembik  dan tidak boleh di bentuk langsung.

Tengok Barbie Doll Cake yang E-na buat untuk majlis menerima hadiah birthday our beloved princess pada bulan Julai 2011. Impian E-na bukan main lagi nak buat skirt barbie yang bertingkat-tingkat nampak mewah tapi sayang buttercream  lembik sungguh...akhirnya E-na sapu je la buat macam cat rumah.


Ini kali pertama E-na deco kek Barbie Doll. E-na guna patung barbie Wilton yang khas untuk buat barbie doll cake. Patung ini tiada kaki, hanya  badan setakat pinggang dan satu tiang ke bawah macam paku untuk di pacakkan di atas kek. Patung ini dah beli tahun lepas lagi. Asalnya nak buat Kek Barbie untuk birthday Shasya ogos last year tapi tak jadi sebab celebrate birthday shasya kat sungai. Susah nak bawa kek barbie jauh ke pedalaman tempat nak mandi sungai. Kena buat kek lain. Tahun ini baru sampai hajat Shasya nak kek Barbie.

Boleh juga guna patung princess yang ada kaki tapi mesti wrap badan patung dengan plastik wrap sebelum guna. Kalau patung tu panjang kenalah kek banyak lapis. 

Ada masa dan cukup bahan E-na tunjukkan gambar patung dan saiz kek untuk kek barbie Doll E-na ni... sekarang mood nak pegang kamera merudum...badan tak berapa sihat.


Pandangan belakang Barbie Doll...baju yang seksi...ooowww!!! 


Hadiah birthday request dari puteri-puteri comel E-na...Hami  and basket bed (Suite Precure). Hafiy masa ni dah sedih sebab takde kek kereta. Bergambar pun tak nak senyum.Bila tengok kakak-kakaknya dapat kek barbie Hafiy mula minta nak kek kereta. Klik kat sini dan di sini untuk Lighning Mc Queen Cake.


Suite Precure ni character cartoon heroin yang popular di Jepun. Seronok sangat Kakak Damia dan Shasya dapat tengok show Suite Precure masa berjalan ke Tottori Sand Dunes last week. Dapat pula bergambar kenangan.

E-na letak juga resepi untuk buttercream yang E-na guna untuk deco kek barbie doll. Buttercream ini cair mungkin sebab e-na guna powdered sugar....resepi ini untuk rujukan E-na di masa depan...tak ada pulak link resepi ini dari mana...

RESEPI BUTTERCREAM

Bahan-bahan:
  • 200g butter
  • 120g shortening
  • 200g gula icing
  • 1/2 sk esen vanila
  • pewarna
Cara-cara:
  1. Pukul butter dan shortening hingga putih.
  2. Masukkan gula icing yang telah di tapis. Pukul lagi sehingga kembang dan putih.
  3. Masukkan esen dan pukul rata.
  4. Warnakan ikut kesesuaian kek.
  5. Hias kek ikut citarasa anda.  
*gula icing boleh kurangkan sedikit.


Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda.

19 comments:

tun_telani said...

kek barbie pulak ye..omey! tun yg tangan keras kejung nii, tgk je laa.. hihi

Ida,Japan said...

huikkk comeinyer.....masa tu Julai, musim panass...buttercream cepat kot cair,ida pakai patung biasa jer e-na, mahal tak patung utk kek barbie ni na..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hamboi bermusim princess cake org jepun buat dah 3 org ni....rajin betul la....cantekkkkkkkkk

Juwita Jamaludin said...

Kak ena beli mana brg wilton.. Nak juga beli yg set 56 tu.. Best nampak.. Cuba lain
kali akak guna resepi buttercream yg ita buat untuk kek barbie ita tu.. Rasanya ok sebab ira memang guna tu je selalu..ita pun guna powder sugar gak.. Anyway lawa kek ni

JaSSNaNi said...

wow.. bergambar di sisi kek barbie and adiah besday ye.. :) canteknye...

yang dapat bergambar ngan watak karton 3 org tu lagi best.. sure nampak macam real je kan.. hihihi

Nadz Nazharzan said...

Tomeiiii.. kek comel.. anak2 Ena pun comel2 semuanya...

rahel said...

emm kreatip betull..bila la agaknya Rahel dapat buat kek cute yang cam ni...

Acik Erna said...

Ena..comel nya.
akak ambik resepi buttercream ye..tak pernah buat lagi ..

Chah said...

comey tertomey...best tu ada set nozzle wilton..kalau e-na nakkan buttercream yg boleh stay even dlm room temp, campurkan dgn meringue powder, anggarannya jika 1 cwn krimwell, letak satu sudu meringue powder..
sama juga kalau nk buat buttercream, gunakan scs butter n campurkan juga dgn meringue powder tu..yg saya tau brand wilton je ada..lain2 brand x sure..

cik cek said...

Comey dah tu Ena...sikecik syasha confirm suka kan....
memang...kalau buat buttercream guna krimwell memang jauh lebih elok...paling kak cek suka...warnanya putih salji...senang nak letak kaler...cantik hasil kejadiannya....

Lieya said...

alahaiiii cumilllll betollll

asmariza said...

salam along. cutenya doll tu. sesuai sangat gaun tu. lepas ni along dah boleh bukak class decorate cake. sure as join. keep up the good work.

Mamasya said...

Aslkmum Ena

Wow cekci barbie doll..comeii..sure suka Shasya dpt kek barbie ni.Tomeinya anak2 Ena posing dg Suite Precure tu...
re; nak potong kerepek nipis2 tu mmg susah sikit...tp kalau tebal tak elok jadinya.aa husben akak kerja di Cairo...baru je stay sini May lalu.

Amie said...

cantik & comel.... kalau ada anak pompuan bolehlah buatkan gini.... hi hi hiiii...semua anak bujang...

IXORAROXI said...

cantik..tumpang tengok ya :)

Hamizi Azizan said...

rambut dia leh makan x?? hehehe


Post Ngeri

Ayam said...

ena...lama betul kita tak masuk sini.Thanks sebab melawat blog kita dan baru kita teringat semula kat ena, so lepas nie kita link blog awak ye.Apapun nice try saya pun teringin nak buat kek barbie nie tapi anak saya lelaki tak da girl girl tak dapatlah kita nak buat satu. Hihi nak tunggu cucu entah bila tahun lambat lagi la skg baru 14 tahun.

Asmara said...

sumber inspirasi nak buat ricca chan keki. hihi.. Batrisya pun suka sgt la dpt princess kek mcm ni. ;D

anumuchan said...

comell..pandai k.ena decorate..huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...