Thursday, 13 October 2011

Ayam Percik Kelantan


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Since yesterday badan rasa nak demam tak demam, flu pun dah singgah ni...mulalah rasa nak lepak golek-golek guling je...ok E-na nak share menu favorite oghe klate, Ayam Percik. Biasanya kuah percik bewarna putih, kalau nak pedas dan kuah bewarna merah lebihkan cili kering. Selain ayam, ikan pun sedap dibuat percik. Dan satu lagi percik jantung pisang...fuhhh!! dapat pulak yang mak masak, memang terangkat!

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN
(4-5 Orang)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam berat 1kg
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 gram halia (1 inci)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Ayam di belah 2 dan di bersihkan.
  2. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur dan satukan dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Lumur bahan tadi pada ayam dan perap sekejap dalam 30 minit. (nak perap lama pun boleh, lagi sedap)
  4. Sambil menunggu ayam di perap sediakan kuah percik seperti dibawah.

Bahan-bahan Untuk Kuah Percik:
  • 200 ml santan pekat dalam tin
  • 400 ml air (agak2 ni)
  • 7 biji cili kering 
  • 3 batang serai
  • 20 gram halia / 1 inci
  • 70 gram bawang merah / 5 biji 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 keping asam gelugor / asam keping
  • 1 sudu kecil gula (ikut citarasa anda)
  • 1 sudu kecil garam (ikut citarasa anda)
  • perasa jika suka

Cara-cara:
  1. Cili kering dibuang biji dan di rebus sekejap sampai lembut.
  2. Buang air rebusan cili dan bilas dengan air paip sehingga air jernih.
  3. 2 batang serai dihiris nipis.
  4. Kisar cili kering, serai, halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga hancur.
  5. Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
  6. Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya.
  7. Masukkan santan dan air.
  8. Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam keping.
  9. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.
  10. Masukkan gula, garam dan perasa.
  11. Seimbangkan rasa pedas, masin dan masam. Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masam. 
  12. Bila kuah dah cantik naik minyak boleh tutup api.
  13. Kemudian boleh bakar ayam. Alas aluminium foil di atas tray oven. Lipat keliling aluminium foil setinggi 2cm sebanyak 2 kali lipat. Ini untuk mengelakkan air ayam mengalir di atas tray.
  14. Sapu rata minyak masak di atas permukaan aluminium foil.
  15. Letak ayam di atas aluminium foil dan titikkan minyak di atas ayam supaya tidak kering.
  16. Bakar dengan suhu 220 degree selama 15-20 minit. Kemudian terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit.
  17. Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam dan bakar lagi dengan suhu 230 degree selama 10 minit.
  18. Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
  19. Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani atau apa sahaja nasi pun boleh. Selamat mencuba dari E-na Lovely Kitchen.

Note
  • Asalnya yang mak E-na ajar tak perlu ditumis kuah percik, terus je masuk masuk sekali arung semua bahan dalam kuali dan kacau sampai pecah minyak dan pekat. Tapi sebab E-na guna santan tin, kalau tak tumis baunya macam tak wangi dan tak pecah minyak la kuah percik E-na....kurang seri...he he
  • Suhu bakar ayam juga bergantung pada oven masing2...
  • Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry KEK PUDING KARAMEL PELANGI. Thanks... 

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda.

17 comments:

Ida,Japan said...

lamanyo tok buat ayam percik putih ni...kalau buat pun, anak2 tak mkn...susah betul diaorg ni

Cheq Sue said...

e-na, cu royak sikit camana nk buat percik jantung pise tu...minat ni... x pernah dgr plk

Ina Haireina said...

sedap nye ayam percik kelantan... selalu tercari2 resepi.. tapi jumpa yang susah nak jumpa barang.. tengok kak e-na punya mula rasa bunga2 nak buat la.. barang semua ada kat dapo... terima kasih kak e-na share resepi ni.. hehehhe..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Tetiba terlioq plak ni
Esok kena kuar cr ayam sekor kt kedai Pakistan la
Sedap mkn ngan nasik panas2 khen (~_~;)

Adry@Daun said...

Ayam percik Kelate??? Huhu...rindunya nk mkn.. Saya pn duk oversea gak tp dlm Malaysia lagi...hehe.. Sejak duk sini mmg tak jumpa ayam percik yg resepi Kelate ori..

Acik Erna said...

Assalam E-na terima kasih..acik ambik resepi ye..

::Azura Rahman:: said...

adededeh.. sedapnyer..

EmbunRosaliza said...

Assalam e-na last akk mkn n buat masa puasa hari tu, tapi tak secantik yg e-na punya, comel je percik tu

Chah said...

mmg terangkat! mkn dengan nasik kerabu..perghhsss

rahel said...

saya makan ayam percik ngan nasi puteh je..memang enak tul..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak E-na..
Sedap ayam percik ni. naz suka kuah nya pedas2 sikit.. Rajin akak.. Naz yg duduk di kelantan pun tak pernah buat..hehehe...

Yana Shaiful said...

sedapnya ayam percik..lamo doh xmake :=)

Mamasya said...

Asmlkum Ena

Sedapnya ayam percik Ena hidangkan ni...dah lama tak buat. suka sgt dgn kuah percik mkn dgn nasi tak kira putih atau merah..dua2 sedap.
moga Ena cepat semboh...

tun_telani said...

lama sgt2 tun x mkn ayam percik nih.. tun suka la kalau kuah dia kaler yg merah, yg putih kurang sket.

skrg mmg musim demam kak.. tun pun dh 2-3hari ber'sweater' nih.. hasben tun dh siap mc, demam teruk sgt. mari kita makan ubat ^^

cik kintan (mazlina) said...

ayam percik yang sungguh menyelerakan

Nota Matahati said...

Assalamualaikum sis ina..sy baru lps makan ayam percik yg sy buat guna resepi sis. Alhamdulillah, sgt2 sedap & kena dgn selera sy. Kuah pn dpt byk, so puas hati sbb sy mmg suka kuah percik. InsyaAllah blh buat lagi lain kali. Terima kasih byk2 sbb share resepi ni :)

Nur haura afeeya said...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

.................................................................

▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
..................................................................

▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

...............................................................


Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...