Tuesday 17 November 2009

:-> Nasi Berlauk



Salah satu sarapan pagi yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang adalah Nasi Berlauk. Biasanya Nasi putih yang berlaukkan gulai ikan tongkol atau ayam, timun dan sambal lada kering.

Tapi E-na buat gulai ikan Aji ...x jumpa ikan tongkol kat sini. Di gandingkan dengan daging goreng dan sambal tomato goreng serta timun.

Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahannya:-)
  • 1 ekor ikan tongkol saiz kecil
  • 3 asam keping
  • garam
  • sedikit kurosato/ gula melaka
  • Air
Untuk Gulai
  • 200ml santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 inchi kunyit
  • 1cm halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar chilli powder
  • 1 asam keping
  • sedikit kurosato/gula Melaka
  • garam dan perasa
Cara membuatnya :
  1. Ikan di bersihkan dan di potong kecil.
  2. Masukkan kedalam periuk bersama sedikit air, asam keping, garam dan kurosato.
  3. Air hanya cukup2 untuk masakkan ikan sahaja jangan banyak supaya isi ikan menjadi pejal.
  4. Rebus sehingga masak. Ketepikan.
  5. Blender lengkuas, kunyit, halia, bawang putih dan bawang merah bersama chilli powder.
  6. Masukkan santan, air, asam keping,kurosato dan bahan bahan yang di blender td ke dalam periuk.
  7. Masak sehingga mendidih. Kacau supaya tidak berketul.
  8. Kemudian masukkan garam dan perasa.
  9. Masukkan ikan yang di rebus tadi, biarkan mendidih dan agak pekat sedikit.
  10. Boleh lah di angkat dan dihidangkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^




10 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ikan Aji camne rupanya ya..

Cendana Kasih said...

apasal nama ikan aji plak? pernah g haji ker?

UmMi 3A/TintaCyber said...

E-na ikna aji tu..ada kat jepun je ke? nama ikan tu klass betulkan...

zarin said...

memang sedap nasi berlauk...almaklumle i ni kan org kelantan...
tp sampai la ni tk pas2 lagi wat gulai ikan tongkol tu..
eh, ya la ikan aji tu camner?


psst..nak tanya sikit nama e-na ni zarina ke? bukan apa, kengkadang i terperasan i masuk umah i sendiri sbb nama i pun zarina kuikuikui...soklan tkde kena mengena ngan resepi :D

fzi said...

Salam e-na...
mmmm bestnya nasik belauk....ado ikke ayo tuh dale peti...bulih wat ghatek ni... :))

Ermayum said...

naper ikan tu kita kena rebus dulu ek naper tak leh masak cam masak lemak tu?:) just curios- my hubby org treg suka nasi ni but belum kesempatan membuat nya thanks for sharing the resipi

Fa'e said...

e-na, kat cni ikan tongkol panggil ape ekk? k fae nih, bab2 nama ikan mmg fail la...

tu ar, dolu2 mak suh blajo... malas! hehe...

Anonymous said...

Sedapnye nasi belauk... ikan ape pun takpe kak.. kite nak sepinggan!!! heheh

cikmanggis said...

mmm terkenang masa dulu dulu bersarapan nasi berlauk!!

Watierman said...

Nasib naik nasi berlauk..akak baru goreng telur mata kerbau..bawa mai nak bagi kalau tak de lauk...hihi
Menarik lak tu lauk dia..akak wat balik lah telur mata kerbau ni...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...