Wednesday, 25 November 2009

:-> Banana Yogurt Loaf



Bancuhan kek ni untuk pan loaf bersaiz 20cm x 11cm tapi E-na guna pan loaf yang keck tu yang dapat dua ketui seperti gambar kat bawah ni...
Banana Yogurt Loaf
Bahan-bahan :
  • 100g butter (suhu bilik)
  • 90g gula
  • 2 biji telur dipukul sedikit dengan 1 tsp essen vanilla
  • 320g pisang yang telah dilenyek (3biji besar) + 1/2 tbs lemon juice
  • 125ml plain yogurt
  • 130g tepung gandum
  • 60g tepung cake
  • 1tsp cinnamon powder (bole kurangkan klu x suka)
  • Sedikit kepingan almond /almond cincang

Cara Membuatnya:

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan campuran telur tadi dan di pukul lagi.
  3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan plain yogurt dan pukul lagi.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kek, baking soda dan cinnamon powder yang telah di ayak ke dalam bancuhan tersebut.
  5. Masukkan ke dalam loaf pan yang telah di alas dengan cooking sheet.
  6. Buatkan seperti potongan di tengah2 adunan, taburkan kepingan almond di atasnya.
  7. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga masak.

    Best Regards,
    ^_^LovelyKitchen^_^


    Source : Florence

:-> Maki Sushi


Ini lah rupenya Maki Sushi versi mesia...he he x pandai lg nak menggulung. Maki tu maknanya 'gulung' ye bukannya sushi yang kena maki @ marah!

Maki Sushi
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras jepun yang telah di masak seperti biasa.
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
  • 3 biji telur
  • Timun
  • Tuna mayonis
  • kani /crab stick
  • Nori / seaweed
Cara Membuatnya :
  1. Goreng telur yang telah di pukul dgn sedikit garam di dalam pan.
  2. Biar tebal telur tadi dan di goreng dgn api perlahan.
  3. Bila dah masak potong panjang.
  4. Bentangkan Nori. Yang kasar di atas.
  5. Letakkan nasi lebih kurang 2/3 nori
  6. Tekan2 rata dan padat.
  7. Letakkan timun, telur, kani, tuna.
  8. Gulung nori tadi.
  9. Potong se suka hati.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday, 24 November 2009

:-> Ayam Tandoori


Perencah Ayam Tandoori Maggi ni memang sedap... kalau kat mesia pun memang E-na guna. Masa nak datang sini ari tu angkut bebanyak buat stok... nak masak pun senang dan cepat.
Kalau tambah bahan-bahan lain lagi sedap tapi yang ni E-na bakar dan ikut cadangan kat belakang tu je...Makan panas-panas teringat cam kat kedai mamak lak..he he
Ayam Tandoori
Bahan-bahannya:
  • 6 ketul ayam
  • 2 1/2 sudu besar perencah tandoori maggi
  • 2 sudu besar plain yogurt
  • sedikit garam
  • sedikit minyak masak
Cara membuatnya :
  1. Ayam dibersihkan dan di tos.
  2. Perap dengan semua bahan kecuali minyak selama 30 minit.
  3. Masukkan ke atas tray yang di alas dengan aluminium foil,sapu sket dengan minyak masak,dan titiskan beberapa titik minyak masak di atas ayam.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree selama 30 minit.
  5. Selepas 15 minit, balikkan ayam.
  6. Dah masak keluarkan dan bolehlah ngap je...


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> American Chocolate Cake


Dah 2 kali try buat American Chocolate Cake ni. Yang ni gambar 1st time buat x lembab sangat...E-na rasa sebab lama sgt pukul kot dalam 3 minit...
Kat bawah ni cara 1st E-na buat...

  1. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air.
  2. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  3. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja)
Pas tu kali kedua try buat dengan masukkan semua bahan sekali gus dan pukul bagi rata jer then bakar...errrmmm rasanya lebih sedap n moist...so x payah nak asing2kan bahan...masuk je semua sekali, pukul bagi sebati pas ru terus je bakar. Tapi tak amik lak gambar kali kedua buat tu...hu huuu.

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cawan tepung gandum*(200g)
  • 2 cawan gula castor(180
  • 3/4 cawan cocoa powder*(60g)
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 biji telur
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 cawan corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp garam, 1 tsp Nescafe powder di campur dengan satu cawan air panas

Cara Membuatnya:

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan.
  3. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 minit.

Bahan Topping/Ganache:- (Note: wat separuh dr bahan ni)
  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/3 cawan serbuk koko (akak guna Van Houten)
  • secubit garam
*E-na guna ready made chocolate je tu nak cepat...he he


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Ummi

Saturday, 21 November 2009

:-> Menang Lagi!!!!



Hi hi hi ni kes berjangkit dari Kak Ina KL kot, dapat rezki berturut-turut.... Semalam dalam demam-demam berjalan jugak dari blog ke blog, tup tup jumpa game kat blog Linda berhenti jawab jap, kena kira jumlah payung dalam gambar kat atas tu...suka2 je pas tu balik la...tgk2 tengahari ni ada msg kat shoutmix dari linda kata E-na menang game tu..he he rezki org demam la ni...sblm tu kat blog Fairylily yang study kat Australia nuuu...alhamdulillah...

Terima kasih ye Linda menganjurkan game di alam maya ni...semoga murah rezki, sihat dan berbahagia selalu...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday, 20 November 2009

:-> Nombor Bertuah...



Ini bukan n3 masak2 tapi contest kat blog Fairy...jalan blog K.Ina jumpa contest ni....g pulak blog Fairy errrmmm suke2 tapi best gak yek...Tq buat Fairylily atas game dan hadiah tu ye..moga sihat2 selalu and take gud care of yourself...


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


:-> Chocolate Chips Bun


Chocolate Chips Bun
Bahan-bahannya :
  • 110ml air
  • 100ml fresh milk
  • 260g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 16g gula (2 sudu besar)
  • 12g susu tepung (2 sudu besar)
  • 5g garam (1 sudu kecil)
  • 20g butter
  • 2 sudu besar choco powder
  • 3g dry yeast (1 sudu kecil)
  • Chocolate chips

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan susu ke dalam bread maker.
  2. Kemudian masukkan separuh dari tepung roti diikuti dengan garam, susutepung, butter, dan choco powder.
  3. Masukkan pula baki tepung roti tadi bersama dengan tepung gandum.
  4. Buatkan sedikit lubang pada tepung td dan masukkan dry yeast kedalamnya.
  5. Pilih menu doh dan tunggu hingga selesai.
  6. Bila dah siap keluarkan doh dan tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kpd 12 bahagian, lebih kurang 48g setiap satu.
  8. Jika mahukan bun yang besar boleh bahagikan kpd 9 bhgn shj.
  9. Kemudian ambil satu bahagian dan masukkan chocolate chip (lagi byk lg sedap) secara berselerak supaya tidak berkumpul di satu tempat. Bentukkan menjadi bulat.
  10. Buat semua sehingga selesai.
  11. Masukkan ke dalam oven yang TIDAK di ONkan dan letakkan semangkuk air panas di bawah tray doh td dan tutup pintu oven.
  12. Langkah ini untuk mempercepatkan proses pengembangan roti.
  13. Bila dah kembang dua kali ganda, selepas 15-20minit gitu, bolehlah di bakar.
  14. Bakar dengan suhu 180 selama 15 minit.
  15. Bila dan masak sapukan sedikit marjerin dipermukaan roti untuk mengilatkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday, 19 November 2009

:-> Lompat Tikam



Lompat Tikam....jangan tanya E-na kenapa kuih ni diberi nama Lompat Tikam, memang E-na tidak ada jawapan untuk soalan tersebut....he he

LOMPAT TIKAM

(A) PULUT MERAH

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan air (bergantung kpd jenis beras pulut)
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah
  • 4 inchi daun pandan
  • beberapa titis minyak masak
Cara Membuatnya :
  1. Beras pulut di cuci.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali minyak masak ke dalam rice cooker.
  3. Kacau supaya pewarna bergaul rata.
  4. Masak seperti biasa.
  5. Bila hampir kering masukkan beberapa titis minyak masak dan gaul rata.
  6. Biarkan sehingga pulut masak.

(B) ADUNAN HIJAU
Bahan-bahan :
  • 150g tepung beras
  • 700ml air
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau (Lebih sedap jika blender daun pandan dan ambil airnya)
  • Sehelai Daun Pandan
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam periuk dan kacau bersama tepung beras dan air kapur.
  2. Kemudian barulah hidupkan api.
  3. Dengan menggunakan api sederhana, kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  4. Bila agak pekat keluarkan daun pandan tadi. Kacau sehingga mendidih dan 'meletup-letup'. Ianya perlu betul-betul masak kalau tidak ianya lembik dan tidak sedap.
  5. Tips untuk mengetahui adunan betul-betul masak ialah permukaannya agak berkilat, terasa semakin ringan ketika mengacaunya dan sudah tidak terasa tepung.
  6. Sejukkan di dalam loyang dan bila betul-betul sejuk barulah di potong.
  7. Adunan ini agak lembut dan hendaklah menggunakan sudu untuk mencedoknya. Jika mahukan adunan yang keras dan boleh dipotong bolehlah kurangkan sukatan air.
  8. E-na sukakan yang lembut jadi E-na masukkan terus ke dalam silicon mould untuk senang dikeluarkan nanti.
(C) KUAH SANTAN
Bahan-bahan :
  • 200ml santan dalam tin
  • 1/4 tsp garam (ikut citarasa masing-masing)
  • 3/4 tbs tepung beras (lebihkan jika mahu kuah yang pekat)
  • Daun pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  2. Kacau sehingga mendidih dan menjadi pekat.
(D) AIR GULA
Bahan-bahannya:
  • 50g kurosato/ gula melaka
  • 1 tbs gula pasir
  • 1/4 cawan air (boleh tambah jika x suka pekat)
  • Daun Pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan kacau sehingga hancur.
  3. Berhati-hati jangan sampai hangit nanti pahit.

CARA MENGHIDANG :
  1. Masukkan sedikit pulut merah dan adunan hijau ke dalam pinggan.
  2. Siram dengan santan dan air gula.
  3. Sedia untuk di makan.
  4. Rasanya seperti makan cendol je kan sebab bahan yang sama cuma bentuk yang berbeza.
  5. Kalau di musim panas boleh tambah ais di dalamnya...adussss sedap bangat!





Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 18 November 2009

:-> Jemput-jemput Pisang


Mai mkn jemput-jemput pisang...menu yg ringkas, senang nk sediakan dan yg paling best, gerenti licin! Anak-anak E-na mmg suka sangat makan jemput-jemput pisang ni...Resepi dah post dulu, boleh tgk kat SINI.

Kalau malas nk click, di bwh ni ada E-na masukkan juga resepi jemput-jemput pisang versi lovelykitchen...klu nak try la kan...

JEMPUT-JEMPUT PISANG (4 orang)

Bahan-bahan:-
• 1 cawan pisang yang dilenyek (2 atau 3 biji bergantung pd saiz)
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak ke dalam bekas. Kacau biar
rata.
2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik 2 sudu dan ceduklah
sikit-sikit dan masukkan ke dalam minyak panas.
3. Selalu balik-balikkan supaya jemput2 ni bulat dan comel.
4. Goreng sampai perang. Alas jemput-jemput dengan kitchen tissue selepas di angkat
dari kuali.
5. Siap untuk dimakan sebagai hidangan minum petang atau untuk breakfast.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^



Tuesday, 17 November 2009

:-> Nasi Berlauk



Salah satu sarapan pagi yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang adalah Nasi Berlauk. Biasanya Nasi putih yang berlaukkan gulai ikan tongkol atau ayam, timun dan sambal lada kering.

Tapi E-na buat gulai ikan Aji ...x jumpa ikan tongkol kat sini. Di gandingkan dengan daging goreng dan sambal tomato goreng serta timun.

Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahannya:-)
  • 1 ekor ikan tongkol saiz kecil
  • 3 asam keping
  • garam
  • sedikit kurosato/ gula melaka
  • Air
Untuk Gulai
  • 200ml santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 inchi kunyit
  • 1cm halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar chilli powder
  • 1 asam keping
  • sedikit kurosato/gula Melaka
  • garam dan perasa
Cara membuatnya :
  1. Ikan di bersihkan dan di potong kecil.
  2. Masukkan kedalam periuk bersama sedikit air, asam keping, garam dan kurosato.
  3. Air hanya cukup2 untuk masakkan ikan sahaja jangan banyak supaya isi ikan menjadi pejal.
  4. Rebus sehingga masak. Ketepikan.
  5. Blender lengkuas, kunyit, halia, bawang putih dan bawang merah bersama chilli powder.
  6. Masukkan santan, air, asam keping,kurosato dan bahan bahan yang di blender td ke dalam periuk.
  7. Masak sehingga mendidih. Kacau supaya tidak berketul.
  8. Kemudian masukkan garam dan perasa.
  9. Masukkan ikan yang di rebus tadi, biarkan mendidih dan agak pekat sedikit.
  10. Boleh lah di angkat dan dihidangkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^




Monday, 16 November 2009

:-> Donut - Resepi 2


Resepi ke dua donut ni E-na buat untuk breakfast dan untuk minum petang sakali. Satu resepi ni dapat banyak..lain kali kena buat separuh je... Kelebihan resepi kali ini bagi E-na adalah senang nak terap dengan acuan donut. Satu lagi tidak perlu tunggu doh naik dua kali ganda. Dari start buat terus jer terap, goreng, decorate dan ngap...cepatkan...

Dibawah ini gambar sebelum di goreng...seperti biasa Ena akan gunakan sepenuhnya doh yang telah di canai supaya doh tidak diuli, di canai semula berulang2 kali yang akan menyebabkan doh menjadi tidak gebu atau liat.

Inilah hasil terapan, pelbagai bentuk ada...yang bulat kecil tu adalah bahagian tengah (lubang) donut, manakala acuan bunga tu E-na guna untuk terap lebihan2 yang tidak cukup untuk menggunakan acuan donut. Bila dah masak donut yang kenit-kenit tu untuk si kenit E-na, senang dia nak pegang kan...

Yang di di atas ni donut pedas... untuk hubby yang x berapa suka kuih manis-manis...paip mayonis dan chilli sauce...

Donut -Resepi 2

Bahan-bahan

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Hasue

Sunday, 15 November 2009

:-> Sour Chicken


Sour Chicken

Bahan-bahannya:-)
  • 6 ketul ayam
  • 2 sudu besar oyster
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 batang serai dititik
  • 3 biji cili api- nk pedas tambah lagi
  • Bawang besar - dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 ulas bawang merah _dimayang halus
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan perasa
Cara Membuatnya:-)
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan di goreng sebentar. Jangan sampai garing, sekadar masak je. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam pan dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Kecilkan api dan masukkan oyster, sos ikan dan cuka. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan serai dan sedikit air.
  5. Masukkan bawang besar dan ayam, kacau rata.
  6. Masukkan baki air tadi,cili api, garam dan perasa.
  7. Kacau dan kalau agak kering bolehlah di tambah sedikit air lagi.
  8. Bila bawang sudah layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  9. Lagi cantik jika dimasukkan traffic light capsicum.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^




:-> Horenso Tumis Lada Hitam


E-na x tau nama ape sayur ni...rupa macam sawi tapi bila masak rasanya lembut sket dari sawi seakan2 rasa bayam... harganya pula mahal sket dari sawi yang biasa tu. E-na panggil je sawi lembut...rupanya yang belum di masak seperti gambar di bawah...

Kira adik beradik sawi lah yek...E-na masak tumis lada hitam...

Baru tau nama sayur ni 'Horenso' atau pun 'Bayam Jepun'. Ros Tokyo yang bagi info ni, tq Ros.

Horenso Tumis Lada Hitam
Bahan-bahannya :-)
  • Horenso @ Bayam Jepun
  • Sedikit daging ayam dihiris halus
  • Bawang putih dan bawang merah di mayang
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Air
  • Garam dan perasa
Cara Membuatnya:-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, kacau rata.
  4. Masukkan air sebagai kuahnya.
  5. Biarkan mendidih, kemudian masukkan sayur dan garam serta perasa secukup rasa.
  6. Bila dah masak angkat dan hidangkan.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday, 14 November 2009

:-> Mochi-mochi Bread



Hari ini baru sempat E-na snap gambar Mochi-mochi Bread ni. Roti ini adalah roti putih biasa yang biasanya kita buat sandwich. Sebelum ni kalau beli roti tu tak pernah la pulak nak tengok tekstur roti tu tapi bila buat sendiri ni banyak yang nak tahu apa akan jadi kalau lebihkan bahan ini atau kurangkan bahan itu.
Jadi walaupun hanya a loaf of a white bread, banyak knowledge baru yang E-na dapat darinya. Macam Mochi-mochi bread ni memang nama yang tertulis dalam resepi asalnya.Mungkin sebab teksturnya yang agak bulat-bulat macam mochi jepun ni itu yang di panggil Mochi-mochi Bread. Mochi dalam nihongo adalah beras pulut. Beras pulut jepun ni bulat2 beza sket dr beras pulut di malaysia. Nanti E-na upload gambar Mochi pulak.Di bawah ni ada close up tekstur roti ni...ye ke bulat2? he he nanti E-na buat roti lain pulak kita compare yer...

Walau bagaimana pun dari segi rasanya...sedap dan lembut gitu! Resepi asal menggunakan air tapi E-na suka campurkan separuh susu dan separuh air..untuk roti yang lagi lembut dan rasa yang lagi sedap...ni citarasa di rumah ni, jadi bagi yang x suka susu bole guna air semuanya.

Mochi-Mochi Bread
Bahan-bahannya:-)
  • 110ml air
  • 100ml fresh milk
  • 290g tepung roti
  • 16g gula (2tbs)
  • 6g susu tepung (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 15g butter
  • 3g dry yeast (1tsp)
Cara Membuatnya :-)
  1. Masukkan susu dan air ke dalam Bread Maker.
  2. Masukkan separuh tepung diikuti dengan gula, garam, butter dan susu tepung.
  3. Kemudian masukkan baki tepung tadi.
  4. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  5. Pilih menu yang sesuai dan tekan on. Kali ini E-na guna 'GEBU' dan untuk bake colour E-na guna yang 'HALUS'(x gelap sgt).
  6. Tunggu sehingga selesai.
  7. Bila sudah masak, biarkan sekejap baru di keluarkan dari bread maker.
  8. Sejukkan di atas redai.
  9. Bila dah sejuk bolehlah dipotong.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...