Monday 16 November 2009

:-> Donut - Resepi 2


Resepi ke dua donut ni E-na buat untuk breakfast dan untuk minum petang sakali. Satu resepi ni dapat banyak..lain kali kena buat separuh je... Kelebihan resepi kali ini bagi E-na adalah senang nak terap dengan acuan donut. Satu lagi tidak perlu tunggu doh naik dua kali ganda. Dari start buat terus jer terap, goreng, decorate dan ngap...cepatkan...

Dibawah ini gambar sebelum di goreng...seperti biasa Ena akan gunakan sepenuhnya doh yang telah di canai supaya doh tidak diuli, di canai semula berulang2 kali yang akan menyebabkan doh menjadi tidak gebu atau liat.

Inilah hasil terapan, pelbagai bentuk ada...yang bulat kecil tu adalah bahagian tengah (lubang) donut, manakala acuan bunga tu E-na guna untuk terap lebihan2 yang tidak cukup untuk menggunakan acuan donut. Bila dah masak donut yang kenit-kenit tu untuk si kenit E-na, senang dia nak pegang kan...

Yang di di atas ni donut pedas... untuk hubby yang x berapa suka kuih manis-manis...paip mayonis dan chilli sauce...

Donut -Resepi 2

Bahan-bahan

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Hasue

9 comments:

Watierman said...

Wah berdonat sakan yer E-Na...sorry baru sempat menjenguk...banyak nya donut..boleh habis ke...ada lebih..sila masukkan dalam tupperware untuk Akak..hihihi!

zarin said...

thank u e-na.
i baru beli acuan donut yg cute last nite..beli je tp tak cari resepi wat donut lg..
tup tup e-na dah taruk resepinya...ish harus i buat dgn segera nih..

ain said...

comel comelnya donut e-na. nak 5 6 ketui boleh ke..???

Achik said...

wah..terliur manje tgk donut nie..
sdapnye kalau dpt mkn petang2 yg sejuk begini...nyam2~

MamaFaMi said...

Macam macam pesen donut yang E-na buat. Menyelerakan sekali.

nurindah said...

Salam e-na,
hihi. kita pun tumpang makan2 kat cni, ya?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

E-Na..E-Na...

menggugat perut jer...hehehe..

skang ni try to dietlah hehe..bukan on diet..

tp sumbat gak bila kat depan mata...

comei2 sumernya... tak tau pulak donat ada mould ...?

E-na said...

Watierman : Ye la kak banyak betul hasilnya...nasib baik my kids semuanya suke donut, so diaorg la tukang abiskan..tapi ada E-na simpan utk akak ni...he he

Zarin : elok sangat la tu...kena rasmi acuan baru tu yek..nanti E-na g mkn kat umah Zarin lak ye..

ain : tq kak...boleh sgt, banyak E-na buat tu ambik je la..kih kih kih

ManjE : Makan je la kenyang2 kat lovelykitchen pas tu bau balik...

MamaFami : Tu pesen nak cepat siap kak...sekali gelek boleh terap setakat yang muat..he he

Nurindah : Sila2 jangan malu2 nanti E-na bancuhkan Teh o panas yek..

A.z.r.i.n.a03.07 :bagus jugak nak try diet, E-na ni cuaca makin sejuk so perut lapo jer...mmg xde can nak try pun utk diet ha ha ha..
Ha ah ada donut mould saiz besar dan kecil...senang keje terap2 jer...

ayousha said...

e-na, nnt sy nak try la buat donut ni. x yah beli donut big apple..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...