Kek Coklat lembab disirami coklat ganache yang sedap...rasa yang sungguh memikat. Resepi Kek Coklat Moist dari FB kak Ummi Zawiyah dan E-na gabungkan dengan resepi Coklat Ganache dari Nadz. Seperti biasa E-na suka menggunakan sukatan metrik jadi bila resepi menggunakan cawan, E-na akan timbang bahan-bahan yang perlu dan taip semula resepi untuk rujukan di masa depan. Bagi yang ingin menggunakan sukatan cawan boleh refer resepi asal nun di bawah.
RESEPI KEK COKLAT MOIST
Loyang 20cm
Bahan-bahan:
- 2 biji telur (+-130g)
- 90 gram serbuk koko
- 200 gram susu pekat manis (lebihkan sedikit jika mahu manis)
- 200 ml fresh milk / susu cair
- 100 gram gula
- 200 ml minyak jagung / minyak masak
- 240 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila (optional)
- 200 ml air panas
Cara Membuatnya:
- Sapu sedikit marjerin pada loyang. Alas loyang dengan baking sheet. Ketepikan.
- Ayak Tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula menggunakan whisker sehingga hancur.
- Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak. Kacau Sebati
- Kemudian masukan tepung yang telah di ayak tadi sambil di kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
- Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan kek di atas redai.
- Siram dengan coklat ganache. Boleh hias mengikut citarasa anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
RESEPI COKLAT GANACHE
Bahan-bahan:
- 200 gram coklat masakan
- 150 ml whipping cream
- 1 sudu besar butter
Cara Membuatnya:
- Panaskan Whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
- Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
- Kacau sehingga cair sepenuhnya.
- Masukkan butter dan kacau sebati.
- Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna Coklat Meiji.
_________________________________________________________________________________
Resepi Asal seperti berikut:
kek coklat moist.
(resepi Amy)
2 biji telur
1 cwn serbok koko
1 cwn susu pekat manis
1 cwn susu rendah lemak
1 cwn gula
1 cwn minyak jagung
2 cwn tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
1 cwn air panas.
caranya:
Pukul telur dan gula ,hingga gula hancur+
vanila,kacau masuk susu cair ,kacau,masuk susu pekat manis,kacau masuk
minyak,kacau sebati,masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga
sebati.(tepung gandum,b.power.soda bikarbonat dan serbok koko diayak terlebih
dahulu). Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang telah
dialas kertas dan disapu sedikit minyak/mentega. bakar dlm oven mengikut
kepanasan oven masing-masing.ummi bakar selama 1 jam dengan suhu 150C.
Untuk Topping (E-NA TAK GUNA TOPPING NI UNTUK KEK DI ATAS )
Serbuk koko+ susu cair + susu pekat manis dan minyak
Kacau atas api bila pekat tutup api. tuang atas kek yang telah sejuk dan hias ikut suka hati masing-masing.
- Black Beauty Chocolate Cake (hello kitty dan number 7)
- Steamed Moist Chocolate Cake
- Kek Coklat Kukus
- Kek Coklat Mc Queen
12 comments:
nmpak sedap sungguh kek awak tu...toping pon tebal...so inviting!
E-na....dah lama tak try topping coklat kek yang macam Ena buat tu...ingat nak try buatla nanti...:)
cntik kejadian kek ni..nmpk sedap sgt..
as-salam
mmg npk moist kek coklat tu..mesti sedap...
nyum2 sedapnyer kek coklat, dengan moist n cantik.. feberet erma ni kak.. ader lagi? nak sepotong sedapnyer....
cantiknya kak ena..resipi ni nak try jugak nnti..
pengsan tgk kek choc yg cantik & sedap ni...
aduh..sejuk2 ni mmg best isi perut dengan kek hehe
Amboiiii , sedap nyaa kak!
malas nya sy nk buad :) akak pos kann sikit ^_^
akak , dh buad pancake ?
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/pancake.html
jmput singgah even mcm tak jadi :D hehe
ayoyoooo..tergoda lagi gue...ngeces..tolong gue..
that chocolate cake looks soooo delicious....yummmmmmm!!
Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datanglah hehe 😂
Post a Comment