Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Request dari my little boy nakkan 'kek kete'. Selepas E-na buat Barbie Cake (yang ni pun belum publish dalam LK lagi) untuk Damia dan Shasya, setiap kali mama buat kek mesti dia tanya 'kek qaeed mama?' E-na tangguhkan bukan tak mahu buat tapi memikirkan bahan-bahan yang limited untuk buat buttercream. Selalu guna whipped cream, mudah cair jadi tak sesuai guna nozzle pelbagai bentuk. Di tambah pula mamanya tiada skill dalam mendeco kek. Yang jadi kat atas ni pun macam kartun je...1st time buat kek 3D kereta.
Untuk kek kereta E-na guna resepi Kek Coklat Cheese Comei. Asalnya kek ini moist tapi telah diovercook jadi macam brownies. Rasanya tetap mantain sedap! Resepi untuk buat Kek Lightning Mc Queen tengok disini.. Kek bersaiz 18cm loyang 4 segi. E-na Guna Cream cheese untuk cream kek kereta ini.
CARA-CARA MEMBUAT KEK KERETA.
- Potong bahagian tepi kek setebal 2 inci (agak 1/3 kek, e-na tak ukur tepat masa buat tu) ketepikan kek kecil. Terbalikkan kek besar, bahagian bawah yang rata ke atas. Kek ini elok je naik tinggi di tengah. Jadi bila di terbalikkan seperti keliling kek tergantung. Potong bahagian depan kek untuk membentuk depan kereta. Potong sedikit di penjuru kek seperti gambar 1.
- Ambil bahagian kek kecil dan potong membentuk spoiler kereta seperti gambar 2.
- Potong lagi kek kecil membentuk roof kereta seperti gambar 3. Ketepikan.
- Sapu cream berwarna putih sebagai coating di permukaan atas dan keliling badan kereta. Bawah kereta tidak perlu di sapu cream.Kemudian sapukan pula pada sekeliling spoiler dan roof kereta dan lekatkan di atas badan kereta seperti gambar 4.
- Lukis cermin depan, cermin sisi, lampu depan dan belakang, mulut, mata kereta dengan menggunakan pengcungkil gigi. Sekadar nampak bayang2 sahaja.Sapukan keseluruhan badan kereta dengan cream bewarna merah, tinggalkan bahagian cermin, lampu, mulut dan mata. Kemudian sapukan pula cream putih untuk cermin depan, mulut, lampu depan dan belakang. Diikuti dengan warna kuning untuk lampu signal depan dan belakang serta nombor 95.Sedikit warna biru untuk mata dan warna hitam untuk anak mata kereta. Boleh tulis nama di atas spoiler dan umur di bahagian depan kereta. Warnakan pula cermin sisi dan bahagian atas kereta dengan cream kelabu. Rujuk gambar no 5.
- Setelah kerja-kerja mengecat kereta siap, bolehlah di pasang tayar menggunakan biskut oreo seperti gambar 6.
Gambar 7 : Pandangan depan
Gambar 8 : Sisi kiri kereta
Gambar 9 : Pandangan belakang kereta dengan no pendaftaran 5522 (special number...hiks!)
Gambar 10 : Sama tak? Semasa proses membuatnya ada teguran dari qaeed hafiy 'kete apa xde tayar'...'cantik sikit je, warna mata tak sama'...adeiiii hebat engineer 3 tahun ni, semua sudut ditelitinya...Nasib baik bila dah siap tuan punya kereta sangat berpuashati dengan kek birthdaynya....'Sama macam kete Qaeed'. Lega mama mendengarnya...hilang penat mengadap kek ni hampir sehari dari proses membakar kek sambil berhenti kejap2 buat keje umah dan masak makan.
Sekarang mamanya boleh bernafas lega, tiada lagi pertanyaan 'kek kete qaeed mana?'
Lagi Cake Deco di Lovely Kitchen :
Black Forest Cake Step by Step
Kek Kucing Miaw Miaw
Kek Strawberry
Cheese Cake Deco
Triple Chilled Strawberry Cheese Cake
Hello Kitty Cake
Strawberry Mousse Cake
Lagi Cake Deco di Lovely Kitchen :
Black Forest Cake Step by Step
Kek Kucing Miaw Miaw
Kek Strawberry
Cheese Cake Deco
Triple Chilled Strawberry Cheese Cake
Hello Kitty Cake
Strawberry Mousse Cake
Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!
15 comments:
uwaaaa meraung nyer
ai bab2 gini tangan mmg keras
takut buat x jadi bentuk car plak ngeee....
Salam Ena,
Wahhh...creativenya Ena, kalau dpt kat anak akak kek ni mau dia usung ke sana sini, sayang nak mkn. Anak akak suka sgt ngan citer2 Lighting McQueen, Ramone, Chick Hicks n Stinger. Klu ternampak buku2 ni, mesti nak beli.
waaahhhhhhhh...
cantikkk la ena....
kretiffff.....
mas gak tak reti2 mendeko gini...
sugoi!! akk spoiler tu tak jatuh ke masa nak deco2? chantekk! :D
Asmara...spoiler tu elok je terletak atas badan kete...lebihkan sikit je ke belakang...dan sudah kena gam dengan cream cheese tu jadi dia lekat kuat as...
Ya Allah kreatifnya awak!beruntung qaeed dapat mama macam awak
E-na..pandai jugak e-na buat kek bentuk kete ni..mesti anak e-na suka..
alamak...sayang je nak makan
as-salam
wow!hasil kerja yang kreatif..
salam..cantik keretanya ;)
salam ena,
thanks for dropping by to my kitchen...
cantik kek tu..pandai you buat :D
salam ena..kreatif la..untung anak2 u dpt mak yg pandai masak & kreatif..
E-na,dah ok dah kek kete tu...comel...suke3.
wahh...kek kete dia dh kuar dh...cantikkk!!
ye la, whipping cream kurang stable kalau nk buat deco lebih2 ni...nk buat buttercream cam renyah, last2 whipping cream jugak la gunanya...deco pakai cream cheese ok ye e-na..
wah bagusnya... akak buat stp by step thanks ye kak boleh la buat untuk fateh nanti hihihihi.. tentu dia suka..:)cantik kak kek akak tu
Post a Comment