Friday, 9 September 2011

:-> Lemang Tanpa Buluh dan Lemang Pulut Kuning Special (Step by Step)


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Lemang Tanpa Buluh sesuai untuk hidangan tetamu di hari raya atau open house. Rasanya tidak terhad pada perantau tapi untuk yang tinggal di bandar atau di desa juga boleh menjadikannya sebagai salah satu juadah untuk tetamu. Senang tidak perlu bermain dengan buluh dan asap api. Tapi Lemang guna buluh tu lagi sedappppp....ada kepala lemang!!! lemak2 gitu...favorite E-na..


Lepas kukus laksam  tadi dapat mesej minta resepi lemang Tanpa Buluh. E-na usahakan untuk publish hari ini sebab empunya diri nak buat open house esok. Harap entry ini dapat membantu  ye. E-na sertakan disini cara E-na buat lemang langkah demi langkah. Semoga gambar dan cara membuatnya dapat di fahami dengan mudah. 

Di bawah ini gambar 'buluh' yang E-na gunakan untuk membuat lemang...hihii. Bekas rempah sebenarnya. Barangan Daiso 105 yen.  Saiz Acuan Lemang E-na ni 10cm x 5.5cm. Boleh guna gelas plastik / bekas plastik lain yang sesuai.


RESEPI LEMANG TANPA BULUH
menghasilkan 5 batang lemang bersaiz seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
(Boleh tengok disini cara masak pulut STEP BY STEP)
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.


Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....Thanks my dear Hubby atas idea untuk buat lemang pulut kuning. Muaaahhhhs!! 
Boleh tengok gambar Lemang yang telah E-na hidangkan pada open house yang lepas dan open house tahun lepas di sini dan disini.

TIPS MEMBUAT LEMANG DARI LOVELY KITCHEN
  • Tambahkan air panas 1-3 sudu besar jika pulut masih lagi keras, kemudian kukus semula 5- 10 minit.
  • Mesti kacau 10 minit sekali supaya pulut masak sekata.
  • Lebihkan santan kurangkan air jika mahu lebih rasa lemak. Tapi jika terlalu lemak juga akan cepat muak, tambahan lagi nanti nak cicah rendang kan...lemak juga..
  • Tunggu pulut suam sedikit baru masuk dalam acuan...kalau nak buat juga masa panas tekan guna sudu.
  • Bagi yang suka lemang yang garing...lepas kukus boleh masukkan dalam oven dan bakar sekejap.
  • Tekan pulut padat ke dalam acuan supaya tidak berderai semasa memotong lemang nanti dan cantik potongannya.


NOTE : 

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

28 comments:

Amie said...

Assalam ena,
idea yang sungguh kreatif & inovatif! Nampak cantik & kemas. Tahniah....dapat kita kongsi bersama.

quinnie said...

salam e-na..kemas je rupa lemang e-na nih..saya pun kadang2 suka buat lemang versi cam ginih..lagi lemak dari beli yg siap dibakar...saya biasanya lepas kukus tu saya panaskan dalam oven pulak...terlebih rajin...kekekek..saya suka lemang tu kesin skit....:)

lz2109 said...

tq E-na.leh liza wat mlm ni tok open house esok.tq very much

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ena...
wah sungguh kreatif yer ena... idea yang cukup baik...kemas gitu lg... :).

Kak Rosaliza said...

kreatifnya e-na..cantik n nmpk sedap mcm lemang ori tu

Asmara said...

sugoii!! akak terornya! tak terpikir guna acuan, hihi.. kita tak penah buat lemang, tp sekali sekala mencuba pun boleh jugakkan. thanks kak atas idea yg sungguh bernas! hehe..

akuzle said...

gini rupernyer... hebat2...

Sheila Shafeareen said...

Salam ena, satu ider yg baik mmg peminat lemang pernah try tapi x berapa cun...nak buat stail ena ni...npk lg mudah...tq sharing cara pembuatan lemang...x sabarnya....daun pisang tu npk cantik pulak

K.Nor said...

sangat kreatif!! :)

AMINVIOS said...

perghhhh terbaik la......tapi aroma daun pisang tu tak terasa la.......kalau dah gulung tu masuk microvave lak boleh tak? baru aroma daun pisang ada....hehehe...tapi terbaik la....

Juwita Jamaludin said...

Kak ena ita buay juga tp versi malas punya x guna daun pisang... Hahaha jadi la buat lepas rindukan

Ida,Japan said...

Dh lama tinggin nak buat pulut balut daun pisang ni....memandangkan daun pisang tak der, niat di hati terpaksa dibatalkan.....kalau ada daun pisang, ida nak balut cam buat sushi pun ok gak kut....comei2 jer lemang tu..bila2 boleh la ida try resepi e-na ni, selalu msk pulut berlemak ni ida kukus 2x tak pakai loyang..len kali nk try la cara pakai loyang ni...psstt..ida dh try tauhu lembut tu buat tauhu fa...emm..sedap la..thanks a lot ye na

Acik Erna said...

Assalam Ena..sungguh tak sangka..pandai ena buat lemang walaupun tanpa buluh..
kita disini pun tak pernah buat lemang pulut kuning ena dah membuat nya..memang kreatif..

Mas said...

wahhh..kretifff...
cantik lemang e-na tu..

selamat hari raya e-na..
maaf zahir batin yerk...

nuwairani ismail said...

bagusnya kak ina...sy tak terfikir langsung nk buat mcm ni...

nur easy said...

betul tu.. kreatif sungguh..

izahdaut said...

kemas cantik elok je. kreatif lemang pulut kunig tuuu

Cheq Sue said...

salam aidilfitri e-na

bagus jugak buat idea lemang ni...boleh la cuba nanti

salam kenal ya..

Azmiezas said...

kreatif u e-na..

ainie syeema said...

kreatif nye kak ena nieh! boleh la ainie buat lemang sndiri lepas nie.hehe

~~zAnAfAhMi~~ said...

Ena ni, org nak diet, dia tyg lemang la pulak...akak alergi dgn lemang tau, asal nampak je nak makan, asal makan je..nak lemang...hehe..

Ena, dok negeri org mmg kena kreatif kan?

ijan said...

Wow..idea yang sangat bagus ni.... memang nampak mudah je :)

izan mama mia said...

ya..kreatif ..ler

ma'chiks said...

salam E-Na, tq byk2 share idea gimana nk buat lemang tanpa buluh.boleh lah sya cuba.

ann said...

wah... tabik spring tgk lemang nih... br rasa betapa bestnya dok kat negara sendiri.. huhuhu...

aya aina said...

naye ye lpas kukus daun pisang tu jdi kecut je..salah tknik ke ape?hehe xpn plut bwt lmbik sgt kot.

E-na Zarina said...

aya aina
kukus sekejap je bg nampak layu sikit daun pisang tu..biasanya daun pisang akan mengecut sikit je...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Mohon akak share resepi ye Ena Zarina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...