Sunday, 11 September 2011

:-> Bunga Nasi Kerabu Dah Kembang tapiiiii....


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Inilah rupa bunga yang digunakan untuk buat nasi kerabu bewarna biru. Bunga Nasi Kerabu atau nama lainnya Bunga Telang.

Ada kejadian pelik bagi E-na mengenai pokok bunga telang ini. Begini ceritanya...E-na tanam benih yang mak kirim masa autumn tahun lepas. Tumbuh 3 pokok tapi belum sempat berbunga mati sebab winter. E-na biar je pasu tu kat luar rumah tanpa siram.

Bila ada hujan awal summer tahun ni, pokok bunga telang ni tumbuh semula. bukan 3 tapi 5 pokok! What a surprise!! Macam mana pokok2 ni boleh hidup sedangkan sudah mati sblm ni dan tanahnya  kering kontang  ...itu yang menghairankan E-na.

 Pokok Bunga Telang posing dalam rumah...kat luar panas sgt masa nak shot ni...


Pandangan sisi bunga nasi kerabu...Seronok tgk bunganya yang cantik tapi rasanya pokok ni pun tak boleh nak hidup lama...hama telah menyerang daun2nya...nampak kan dalam gambar kat atas ni daun bunga telang tidak cantik menghijau...colournya bertompok putih...huhuuuu....


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM.

17 comments:

Mas said...

tangan ena memang serasi ngan pokok..
itu yang subur jerk tanaman ena...he3

Liza said...

Sedapnya kalau dpt mkn nasi kerabu biru...nak2 masa raya ni kan...hihihi

Aida Azryn said...

lawo ah gambar! ;)

cHeRyNa PiReS said...

sha pun tanam pokok nieh. mmg full of surprises...tp kan pokok nieh datang dari biji benih...mungkin ada yg tersesat masa nak dicambahkan? sebab sha punya sha letak dlm satu pasu. alih2 ada kat 3 pasu yg berdekatan!

Adry@Daun said...

As salam E-Na,
Pokok telang biru atau butterfly pea ni ada umbisi(mcm ubi) kat dlm tanah. Biarpn pokok induknya dh mati, umbisi dlm tnh akn meneruskan legasinya.... Jika tiba waktunya ia akan bercambah dgn sendirinya.

Juwita Jamaludin said...

kak ena.. lawanya bunga tu.. tak pernah tengok ini first time tau.. ingat dulu nasi kerabu buat dari pewarna biru.. hihihihih

IXORAROXI said...

Salam..kalau buat nasi kerabu poslaju sikit ya :)

Amie said...

agaknya dia berhibernasi dalam tanah masa winter & sempat bertunas di dalam tanah tu, sebab sama kot halnya dengan bunga ros & buang-bungaan lain yang mati masa winter lepas tu tumbuh semula di musim bunga...

Kak Rosaliza said...

Assalam e-na, cantiknya bunga nasi erabu tu, suka akk tgk, pkk ni mmg lasak la, sbb yg akk punya pun mcm mati je, biar gitu je, alih2 mmg hidup n tumbuh lagi heheh.

mmg berhasillah tanaman e-na ni

Chik Mimi said...

wah best ni Ena ,akak ada benih tak tertanam lagi hehehe,musim panas ni jemur nnti boleh buat nasi kerabukan

Ida,Japan said...

sugguh rajin dan sejuk tgn org yg menanamnyer...lepas ni boleh buat nasi kerabu biru letak daun ni la ye e-na

lina_pg said...

wow nice pic..senang la nnt nk wat ns kerabu main petik jerr..tu la kan org nak seribu daya..tak hendak seribu dalih.Ni dok jauh di perantauan pun tanam pkk telang, kite dok mesia ni gn pewarna jer uhuks..

Acik Erna said...

E-na..mungkin sebeb cuaca berbeza..benih tu tak mati lagi masatu..
dah kena hujan dia bercambah balik..
Lagi pun Ena memang sesuai dengan tanaman2 ni..tu sebab nya pokok tu hidup jugak..sebab sayangkan ena..

Umihoney said...

Salam
Rasanya pokok ni jenis kekacang kot jadi benihnya tertanam dan tak mati walau tanh kering ..tunggu masa bila ada air dia tunas

Cantik gambarnya

Umi

ctiza said...

Sabtu lepas sy makan nasik kerabu yg sis-in-law masak. Sebab xde bunga ni, dia masak nasi tu kaler kuning!

アヌム ちゃん said...

wahh hidup segar bugar pokok tuu..bunga pun cantik..tak pernah try tanam apa2 dekat sini..huhu

rostina76 said...

salam perkenalan....kagumnya tgk tanaman2 ena.bkn saje kreatif memasak tapi sejuk tangan u ni menanam....teringat pokok ni masa @Msia dulu.Bibik i tanam tapi xtahu nama apa...tq for sharing,dpt info nama pokok ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...