Thursday, 8 September 2011

:-> Menu Open House Raya Pertama


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri walaupun di perantauan. Seperti tahun-tahun sebelumnya Hari Raya kami di Nagoya sangat meriah dengan rumah terbuka. Biasanya bila syawal menjelma semua menu raya dapat kami nikmati di rumah2 terbuka Nagoya, terasa seperti berada di Malaysia. 

Bagi memeriahkan suasana pada hari raya pertama E-na dan hubby mengadakan majlis rumah terbuka pada jam 3 petang bertempat di Yamate Biru 601 (istana kami lah tu..hihi) bersamaan 30 August 2011 /1 Syawal 1432H.

Gambar kurang memuaskan...kamera buat hal pula ptg tu...byk gambar yang tak jadi...sayang betul...Hanya ni je yang dapat di paparkan...ada sekeping dua gambar dari kamera kawan. Thanks ya..

Antara menunya Kek Lebaran mesti ada. Sudah biasa masa dengan mak lagi setiap kali raya mesti buat kek sebagai penyeri hidangan. Kali ini E-na buat sebiji Kek Lapis Masam Manis Kukus(Hawflakes) dan sebiji Kek Chocolate Cheese Comei.


Menu utama kami, Lemang Tanpa Buluh...sejak dok jepun ni setiap kali raya mesti buat lemang. Kali ni ada special Lemang Pulut Kuning. Idea Hubby sebenarnya minta buatkan Lemang Pulut Kuning. Cantik juga kan, bila ada dua warna di atas meja.


Rendang Pedas Ayam Chef Wan sentiasa menjadi pilihan E-na. Sangat senang di sediakan. Biasanya akan ada yang memuji kesedapan Rendang Pedas Ayam Chef Wan. Tapi kali ni rendang daging lagi sedap dari ayam ...ni pendapat tukang rasa kesayangan E-na, sape lagi Mr. Hubby la...Biasalah bila dah ada 2 jenis mesti di banding2kan. Tapi lain orang lain citarasanya kan...



 E-na juga masak kuah kacang daging untuk di makan bersama dengan ketupat segera atau nasi impit.


 Ada juga bihun  bersama eksesorinya daun bwg, bawang goreng, sambal kicap, hirisan lemon dan hirisan daging. Masa gambar di ambil E-na sedang hiris daging dan lemon, tu yang xde hirisan daging dan lemon dalam gambar...



Dan juga pelengkap hidangan raya kami, beberapa jenis biskut raya yang sempat E-na buat. 


Itulah juadah open house kami di petang raya pertama. Penuh rumah petang tu dengan tetamu dan riuh rendah dengan suara kanak2 bermain...memang happening! Thanks pada semua tetamu yang hadir menceriakan suasana hari raya di perantauan.You all memang best!! Semuanya dari Nagoya dan ada 2 family dari Gifu...Moga Allah merahmati kalian semua. Amin.

Sebagai rujukan E-na sertakan sekali kuantiti juadah yang disediakan pada hari tersebut. Mungkin boleh di jadikan panduan untuk yang memerlukan. Sebenarnya untuk E-na sendiri juga nanti. Setiap kali nak buat makan-makan akan pening dok fikir berapa banyak nak masak. Risau tak cukup dan sayang juga kalau berlebihan banyak sangat. Membazir pula kan.

Hidangan Open House untuk 35 dewasa dan 20 kanak-kanak(anggaran) Lovely Kitchen.
  • 2kg Ayam untuk Rendang Pedas Ayam - 1kg seekor dan 1kg boneless
  • 1.5kg Daging untuk rendang daging
  • 1.5kg beras pulut untuk Lemang
  • 4 ketul besar ketupat Adabi
  • 200g kacang tanah untuk kuah kacang daging
  • 2 bungkus bihun
  • 1kg tulang untuk sup tulang
  • 1 biji kek Lapis Asam Hawflakes Kukus (20cm bulat)
  • 1 biji kek Chocolate Cheese Comei (18cm segiempat)

Klik 'LIKE' jika suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

16 comments:

Ida,Japan said...

wahhhh...meriahnyer menu2 tu....tahun ni ida msk sikit jer menu sbb dh combine ngan kwn....

nur easy said...

ramai jemaah kat sana ya..seronok tu kumpul ramai2..;)

missbby said...

salam, amboi sedap betul nengok menu especially lemang pulut kuning tu..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ena..
wah meriah sungguh menu kat atas tu ... semua nampak sedap2 tu.... ada kek2... lemang.... ada rendang... mmg best... sedap2!!!

Lieya said...

Lemang tanpa buluh ehhh??? Camne buatnye tu?? Heeee

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

issyyyy speechless la
banyak giler akak masak...rajin betul
nak recipe rendang ayam pedas chef wan itew boley x? nk try plak ngeee

KakAsma said...

Assalam Ena,Salam Lebaran dari akak..
meriah nyer tengok pic Ena.akak pun tak de buat cam Ena..eeee macam nak join ajer kalau ada buat lagi hehehe..semuga bergembira ya..maaf zahir batin

rara pinkmafia said...

wow beshnya lemang tu.

kzai said...

salam lebaran diperantauan Ena..meriah meja dipagi syawal...semoga ena dan family gembira dihari mulia ini ye..maaf zahir batin...

Acik Erna said...

assalam Ena..meriahnya makanan..rajin Ena masak..kek yang Ena buat cantik2..dah tentu rasanya pun sedap2kan..

Amie said...

wow! meriahnya... rasa nak datang beraya rumah Ena!

Azmiezas said...

amboi..meriahnya..
mcm x terasa beraya diperantauan..
kan?..apa2 pn lemang pulut kuning nampak sgt best..

nuwairani ismail said...

adeh!!! meriahnya beraya di nagoya! kalau mcm ni, sy pon nak beraya di nagoya jugak la!

Deliah's Deli said...

lemang pulut kuning tu mmg menarik n kreatif!kat sini pun sy x jumpa lg yg bt mcm tu. :)

akuzle said...

e-na neh kalo masak kalahlaaa chef...ehehehhe

POSH76 said...

sukala menu2 ni sedap!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...